Anda di halaman 1dari 2

28. a.

Huraikan perkara-perkara berikut dalam bentuk esei: Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran/bidang yang dipohon. (tidak melebihi 500 patah perkataan)

Mata pelajaran sains merupakan satu mata pelajaran teras yang penting dalam era globalisasi.. Mata Pelajaran Sains di sekolah rendah mula diperkenalkan secara berperingkat pada tahun 1995 kepada semua murid Tahap dua bagi mengantikan mata pelajaran alam dan manusia. Kesedaran dalam memupuk minat dan kesedaran generasi masa kini dalam mempelajari dan menguasai mata pelajaran sains ini adalah satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru untuk dilaksanakan. Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik mengalas tugasan untuk mencari inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains sekolah rendah agar lebih efisen dan berkesan. Usaha saya bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains adalah melalui tiga pendekatan iaitu pertama saya akan bertindak sebagai fasilitator untuk membaiki tahap kefahaman dan tanggapan murid-murid mengenai mata pelajaran sains. Fasilitator di sini membawa maksud pembantu kepada murid-murid dalam mengenali matapelajaran sains pada peringkat awal. Sebagai seorang pembantu, saya perlu peka dan sentiasa menambah pengetahuan dari masa ke semasa mengenai topik yang akan disampaikan melalui buku rujukan yang terkini. Saya juga bertanggung jawab mewujudkan suasana santai dan tidak mengganggu minat serta emosi murid. Di samping itu, saya sentiasa menggalakkan murid untuk bertanya dan berbincang mengenai topik yang diajar agar dapat membaiki keyakinan diri murid-murid. Langkah ini berupaya meningkatkan minat murid-murid untuk terus mempelajari dan menerokai mata pelajaran yang diajar. Kedua, saya akan meningkatkan kemahiran dan penguasaan saya dalam mempelajari bidang teknologi maklumat secara menyeluruh. Di sini bermaksud, saya akan menambah pengetahuan secara langsung dengan menghadiri kursus atau tidak langsung dengan melayari internet untuk menambah pengetahuan. Kelebihan ini dapat saya praktikkan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih dinamik dan menarik. Memasuki ke abad teknologi dan perkomputeran yang serba canggih, saya akan sentiasa mencari peluang memantapkan kemahiran dalam pembelajaran dan pengajaran agar lebih berkesan,mudah difahami dan lebih efisen. Penyampaian yang menarik dan mudah difahami ini boleh diaplikasikan melalui beberapa contoh perisian komputer yang sekiranya dikuasai boleh memperkasakan proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga, untuk meningkatkan tahap profesionalisme saya, setiap tugasan yang diamanahkan kepada saya akan ditetapkan sasarannya. Sasaran ini adalah sebagai indek yang akan dijadikan sebagai kayu ukur terhadap pencapaian setiap sesi pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan samaada dalam tempoh jangka panjang mahupun jangka pendek. Melalui penetapan sasaran ini juga, saya boleh membuat hipotesis tahap kemahiran penyampaian saya dan aras kefahaman murid dalam setiap sesi pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan. Pendekatan di atas adalah antara usaha yang akan saya lakukan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains.

b.

Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang melebihi 500 patah perkataan)

(tidak

Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru, Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Sebagai seorang Guru Cemerlang peranan dalam merencanakan generasi masa kini untuk menjadi sebagai sebuah produk yang berguna sejajar dengan Dasar Kerajaan yang mementingkan keseimbangan intelek dan rohani seseorang. Wawasan saya sebagai seorang Guru Cemerlang adalah untuk mewarisi golongan alaf baru dengan budaya ilmu yang seimbang dari sudut kerohanian, intelektual dan fizikal. Hal ini boleh direalisasikan dengan penghasilan modul-modul yang menerapkan ketiga-tiga aspek tersebut sebagai teras utama. Sebagai contoh, modul kerohanian adalah penekanan terhadap ketahanan sosio emosi dan keagamaan yang boleh diterapkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran secara kerap. Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat. Dari segi intelektual, individu didedahkan dengan sumber pendidikan daripada pelbagai sumber dan digalakkan untuk membuat penerokaan bahan-bahan ilmiah supaya daya pemikiran positif dan kreatif. Dalam memmbentuk individu yang mampu berdaya saing, ketahanan fizikal adalah satu perkara penting yang mestilah disemai semenjak bangku sekolah lagi. Penambahbaikan aktiviti ko-kurikulum sekarang adalah perlu bagi memantapkan lagi ketahanan fizikal dan seterusnya membentuk mental yang kental sejajar dengan teras 1Malaysia iaitu ketabahan dan kesetiaan. Untuk merealisasikan wawasan ini, saya mengharapkan setiap guru perlulah melengkapkan diri mereka dengan beberapa aspek berikut seperti mahir dan bertrampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan muridmurid, menguasai dan menggunakan teknologi terkini dan memiliki keyakinan dan faham tugas serta tanggungjawab sebagai pendidik. Harapan saya sebagai guru cemerlang adalah untuk membantu generasi masa kini menjadi satu produk yang bertaraf dunia setanding dengan negaranegara moden yang lain tetapi tetap berteraskan keilmuan yang berkualiti dan berpegang kepada asas-asas nilai Rukun Negara Malaysia. Di samping itu, saya juga mengharapkan dapat membantu rakan sekerja dalam penyediaan modul dan pemudahcara dalam memperkasakan sistem pendidikan Negara. Kesimpulannya, semua guru cemerlang mestilah mempunyai wawasan yang akan dijadikan sebagai indikator asas dalam membantu perkembangan dunia dari segi aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai