Anda di halaman 1dari 4

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSI GNMENT SUBMISSI ON AND ASSESSMENT



________________________________________________________________________
HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EPIC)
JANUARI 2014
________________________________________________________________________




























NAMA : SAIPUL AZHAR BIN RAMLI
NO MATRIKS : 820920065151001
SOALAN : (TUGASAN 2 AKTIVITI 3)
REFLEKTIF JURNAL.
1.0 PENGHARGAAN.
Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan dan
seterusnya menghantar tugasan dibawah kursus Professional Development dalam EPIC.
Tugasan ini memerlukan saya untuk memuat turun dua video pembentangan kertas kerja iaitu
video pertama yang disampaikan oleh Dr Nasaruddin bin Basar, Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru yang bertajuk Pembangunan
Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan video kedua
pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin, Ketua
Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru yang bertajuk
Motivasi Pelajar. Melalui hasil dari pembentangan kertas kerja ini saya dikehendaki
menyiapkan tugasan iaitu membuat rumusan untuk tajuk ceramah 1 (T2A1) dan seterusnya
membuat ulasan ceramah untuk tajuk 2 (T2A2). Kursus ini dijalankan secara atas talian
sepenuhnya dan segala bentuk perbincangan dan urusan penghantaran tugasan dilakukan
secara atas talian. Terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti kerana membantu saya
dengan menyediakan soalan tugasan yang jelas dan mudah difahami serta video yang dimuat
turun juga dapat berfungsi dengan baik dari aspek audio dan imej yang jelas. Tidak dilupakan
kepada eTutor En Ramlan Mala dan rakan-rakan yang banyak membantu di dalam forum.
2.0 PENDAHULUAN
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari
bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajui negara ini pada masa hadapan. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai
pendidikan harus diperkemaskan dan dimajukan dari semasa ke semasa sejajar dengan
keperluan generasi baru yang moden. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum dan perubahan minda generasi moden, guru hendaklah
mengambil inisiatif untuk memajukan diri dalam menghasilkan strategi-strategi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisen. Sistem pendidikan di negara ini akan
sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum
pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan sebuah negara
maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah
mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi serta kreativiti dan inovatif. Dari masa ke
semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan
ketrampilan dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus
diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content)
atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan (2013-2025) dan kehadapan.


3.0 REFLEKSI KENDIRI
Berdasarkan dua kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Dr Nasaruddin bin Basar, Ketua
Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru yang bertajuk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan
pembentangan kertas kerja kedua yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin,
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru yang
bertajuk Motivasi Pelajar terdapat beberapa aspek-aspek penting yang telah saya perolehi
dan sedari selepas mendengar ceramah tersebut. Antara aspek berikut ialah aspek inisiatif
kendiri dalam memajukan diri dan aspek bermotivasi. Inisiatif kendiri guru ialah kesedaran
guru yang diperolehi dari dalam diri sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam profesion dan seterusnya memartabatkan profesion keguruan ke satu tahap
yang lebih baik tanpa paksaan dan pengaruh lain. Kesedaran ini penting dalam diri seorang
guru yang sentiasa mahu memajukan diri kearah penambahbaikkan kompentasi yang lebih
berpengetahuan dan fleksibel dengan sebarang situasi baru yang dihadapi. Ini kerana,
penambahbaikan kompentasi Guru bukan sahaja terarah kepada membangunkan kompentasi
guru secara individu malahan turut memberi kesan terhadap pembangunan produk yang akan
dihasilkan kearah yang lebih cemerlang. Dalam membangunkan inisiatif kendiri guru, aspek
motivasi memainkan peranan yang penting dalam membantu guru untuk mengaktifkan
inisiatifnya. Motivasi dalam bentuk kepuasan bekerja dan ganjaran kenaikan pangkat serta
pendapatan yang lebih baik dipercayai dapat membangkitkan semangat guru untuk
memajukan diri. Guru yang bermotivasi dan mempunyai inisiatif kendiri untuk senantiasa
memajukan diri dapat membentuk dirinya menjadi seorang guru yang berkualiti.
Aspek-aspek yang disentuh dan disarankan dalam pembentangan dua kertas kerja ini
sedikit sebanyak ada menggambarkan situasi diri saya pada masa ini. Jika dibandingkan dan
diukur pada diri saya sendiri, inisiatif untuk memajukan diri dengan menyambung pelajaran
keperingkat ijazah tidak akan hadir jika saya selesa dengan kehidupan dan tahap kemahiran
yang saya miliki Saya dapati diri saya hanya menggulangi perbuatan mengajar yang sama
selama hampir 10 tahun saya disekolah. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi semasa menuntut di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, saya
hanya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran yang diulang selama bertahun-tahun
sehinggakan saya tidak membawa sebarang bahan bantu belajar dan buku kerana semua topik
dan nota sudah dihafalkan. Melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah tidak pernah difikirkan
kerana menyedari kos perbelanjaan dan yuran pengajian yang tinggi untuk melanjutkan
pelajaran keperingkat ijazah di Universiti. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
merupakan satu peluang bagi saya untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah di bawah
tajaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan
sebuah program yang dibiayai sepenuhnya, dan dikhususkan kepada guru lepasan diploma.
Menyedari keperluan untuk memajukan diri dari segi kemahiran dan pengetahuan saya
memohon program ini. Selain itu, keinginan untuk memperbaiki taraf hidup ke satu tahap
yang lebih juga merupakan satu bentuk motivasi yang saya gunakan untuk mengaktifkan
inisiatif kendiri saya. Guru yang berkualiti memiliki pengetahuan dan kemahiran yang luas
dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajarannya.
Aspek Kualiti dalam pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan sukar diramal
kerana perubahan standard dan taraf kemajuan sesebuah Negara. Kualiti yang dimiliki pada
masa dahulu tidak boleh dibandingkan dengan kualiti yang ada pada masa sekarang ini
kerana kualiti sentiasa bergerak kehadapan untuk dikuasai. Oleh itu, peningkatan kualiti
dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan secara tidak langsung dapat
mentransformasikan profesion keguruan kearah yang lebih baik dan sentiasa bergerak
kehadapan dalam menghasilkan generasi-generasi baru yang berkualiti.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang mempunyai inisiatif
kendiri dan bermotivasi, segala tugasan yang melibatkan profesion keguruan dapat
dilaksanakan dengan baik dan amanah. Memartabatkan profesion perguruan dan
membangunkan Negara melalui taraf pendidikan yang berkualiti adalah tanggungjawab
utama yang ditugaskan kepada guru-guru. Menyedari hakikat ini, guru haruslah mengambil
tindakan drastik dalam usaha memberikan sumbangan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam mempertingkatkan hasil kepada Negara. Pengetahuan dan kemahiran
pelbagai yang diperolehi selama melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah melalui Program
yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan
digunakan kepada keberhasilan murid yang cemerlang dan berkualiti yang mampu
memajukan Negara dan mentadbir Negara keperingkat yang lebih baik pada masa akan
datang. Hasrat kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru
berkualiti yang sentiasa mempunyai inisiatif untuk terus memajukan diri dan mempunyai
motivasi yang tinggi dapat dicapai. Sikap berpuas hati dan selesa di dalam diri guru
hendaklah dikikis dan digantikan dengan sikap baru yang memartabatkan profesion keguruan
di mata umum mengikut saranan dan hasrat kerajaan.
Kesimpulannya, saya beruntung kerana berpeluang mengikuti kursus perkembangan
profesionalisme dan berpeluang mendengar ceramah perbentangan kertas kerja semasa
melaksanakan tugasan. Selepas mendengar kedua-dua pembentangan kertas kerja ini, saya
menyedari bahawa tugasan ini bukan sekadar disiapkan untuk mendapatkan markah yang
baik dan lulus kursus ini, tetapi segala yang dibentangkan merupakan amanat serta saranan
yang disampaikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru-guru yang menyahut
seruan untuk memajukan diri supaya terus memikulnya dan mempraktikkannya apabila tamat
pengajian kelak. Saya juga menyedari bahawa guru merupakan harapan Negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai