Anda di halaman 1dari 6

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (EPIC) JANUARI 2014


________________________________________________________________________

NAMA NO MATRIKS SOALAN

: SAIPUL AZHAR BIN RAMLI : 820920065151001 : TAJUK 1 (TUGASAN 2 AKTIVITI 1)

RUMUSAN Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan latihan di Maktab Perguruan, Universiti atau Institusi Pendidikan Guru yang berkaitan. Seseorang Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang dalam menamatkan latihan keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan gurunya telah sempurna dan tamat. Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru dalam menempuh cabaran tugasan seorang pendidik. Perkhidmatan keguruan sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan professional (professional journey) yang jauh dan luas serta penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan selain dari menikmati keseronokan dan faedah dari profesionalismenya. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan memartabatkan profesionalisme melalui inisiatifnya sendiri dengan menguasai pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal, informal mahupun nonformal. Guru seharusnya berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya secara holistik iaitu dengan kemajuan kemahiran dan pengetahuan yang luas. Pembentangan kertas kerja oleh Dr. Nasaruddin b. Basar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri, sempena dengan Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan yang telah diadakan di Kampus induk Open University Malaysia anjuran Fakulti Pendidikan dan Bahasa adalah mengenai keperluan guru-guru untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran secara holistik dalam apa jua bidang yang diceburi dalam memartabatkan profesion keguruan ke satu tahap yang lebih cemerlang dan gemilang demi masa depan anak-anak didik generasi masa hadapan. Menurut pembentangan kertas kerja bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawaban inisiatif kendiri, fokus utama yang dikupas dalam menyerlahkan kesedaran seseorang guru dalam mengambil inisiatif kendiri yang tepat untuk memajukan diri sendiri adalah berdasarkan empat aspek iaitu Pembangunan Profesionalisme, Pembangunan Profesionalisme Kendiri, Kebertanggungjawaban Guru dan Laluan Kerjaya. Memartabatkan pembangunan profesionalisme perguruan di mata umum boleh dikecapi melalui inisiatif kendiri guru dalam memastikan penerimaannya disedari dalam masyarakat sekeliling. Transformasi pendidikan kearah Negara maju dan membangun dapat direalisasikan dengan peningkatan kompentasi. Kemajuan dalam sistem pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia memerlukan guru mengetepikan sikap selesa dengan kompetensi dan kemahiran yang telah dikuasai sebaliknya mengambil inisiatif untuk terus mengembangkan lagi taraf profesionalisme sejajar dengan keperluan pada masa kini. Penambahbaikan kompentasi Guru bukan sahaja terarah kepada membangunkan kompentasi guru secara individu tetapi turut melibatkan produk atau hasil daripada pembangunan itu dengan menghasilkan murid yang lebih cemerlang. Walaupun taraf pendidikan Negara dianggap hebat dengan kemampuan melahirkan murid-murid yang cemerlang namun masih terdapat murid yang mendapat keputusan peperiksaan yang sangat lemah atau gagal dalam kesemua matapelajaran yang diambil.

Penambahbaikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam memtransformasikan kualiti pendidikan dapat dimulakan dengan memartabatkan profesion perguruan sebagai sesuatu profesion pilihan adalah sebuah langkah kerajaan dalam melonjakkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih efisien. Walaupun profesion keguruan di lihat sejak zaman dahulu sebagai sebuah profesion yang mulia dan disanjung tinggi, namun hasrat Kerajaan untuk terus melonjakkan dan mentransformasikan kualiti pendidikan seiring dengan keperluan pada masa sekarang. Oleh itu, pendekatan secara berterusan dalam membentuk generasi sekarang perlu di ambil dalam menyediakan produk yang berkualiti dan berkeperluan terhadap kompetensi yang tertentu pada masa hadapan dalam mengurus dan mentadbir Negara pada masa hadapan. Menurut pembentangan kertas kerja dari Profesor Lee Sing Kong Pengarah Universiti Pendidikan Kebangsaan Singapura, terdapat tiga faktor utama yang telah ditetapkan sebagai garis panduan dalam mengambil tenaga kerja yang baru sama ada dari lulusan universiti atau kolej iaitu kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa dalam menarik pelanggan, kemampuan untuk berkolabirasi secara kritis dalam satu kumpulan yang pelbagai untuk menghasilkan produk baru dan juga aras kemahiran di dalam sesuatu bidang yang diceburi. Garis panduan ini digunakan pakai oleh semua agensi pekerjaan sama ada dalam bidang kerajaan, swasta mahupun persendirian. Oleh itu, garis panduan ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada guru dalam memastikan produk yang dihasilkan menepati yang faktor yang ditetapkan ini. Dari masa ke semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content) atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) dan kehadapan. Bagaimana pun, perlu disedari bahawa latihan bukan penyelesaian kepada semua masalah yang wujud di sekolah. ada kecenderungan untuk memilih latihan sebagai penyelesai kepada semua masalah. Oleh yang demikian, latihan yang dirancang seharusnya benar-benar memenuhi keperluan. Pengurusan latihan dalaman yang sistematik bermula dengan mengenal pasti keperluan, diikuti dengan mereka bentuk, pelaksanaan serta penilaian secara berkesan dapat membendung pendekatan simplistik ini. Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu langkah mentransformasi kualiti pendidikan di Negara. Kualiti dalam pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan sukar diramal kerana perubahan standard dan taraf kemajuan sesebuah Negara. Di samping itu, peningkatan kualiti pendidikan secara berterusan juga secara tidak langsung dapat mentransformasikan profesion keguruan kearah yang lebih baik dan sentiasa bergerak kehadapan dalam mencari kualiti-kualitit yang baru dan relevan. Kualiti sentiasa bergerak kehadapan untuk dikuasai. Kualiti yang dimiliki pada masa dahulu tidak boleh dibandingkan dengan kualiti yang ada pada masa sekarang. Oleh dari itu, sebagai seorang guru yang luar biasa haruslah ada inisiatif kendiri untuk meningkatkan kualiti diri dalam membentuk murid-murid generasi sekarang sebagai sebuah generasi yang berkualiti dan mampu memiliki tiga faktor keperluan yang dijadikan sebagai garis panduan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkolabirasi dan mahir dalam meneruskan kemandirian Negara pada masa hadapan.

Pembangunan profesionalisme guru adalah bagaimana guru dapat memberikan reaksi terhadap keperluan kompentensi pada masa sekarang dan masa hadapan. Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memerlukan guru untuk peka dan mampu memberikan tindak balas segera terhadap sebarang perubahan dan keperluan mengikut kesesuaian kualiti pendidikan secara berterusan. Guru hendaklah mempunyai pemikiran kehadapan dan melangkaui dari kebolehan sedia ada semata-mata. Ini kerana impak atau kesan dari hasil pembelajaran yang disampaikan oleh guru boleh memberikan kepada murid pada masa kini ataupun pada masa hadapan sama ada impak yang positif atau impak yang negatif mengikut cara kemahiran itu diterima dan diamalkan. Oleh dari itu, kemampuan guru untuk meningkatkan jati diri dan aras pemikiran seiring dengan keperluan kompentensi yang memerlukan kepelbagaian dalam kemahiran adalah sesuatu yang sangat dituntut untuk dijadikan teladan kepada murid-murid generasi sekarang dan hadapan sebagai ikutan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat siswazah di Universiti Terbuka Malaysia merupakan satu titik inisiatif kendiri yang baik dalam membaiki diri untuk terus maju kehadapan. Pengalaman pada masa kini tidak diukur dengan bilangan tahun yang ditempuhi sebaliknya di ukur dengan bilangan kemahiran yang mampu dihasilkan dan dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Kebolehan untuk menghasilkan kemahiran dan teknik yang baru hanya boleh dikecapi dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu untuk mengembangkan daya pemikiran yang pelbagai dan kreatif dalam mendidik anak. Di samping itu, kemahiran baru yang dihasilkan boleh digabungkan dan dikongsikan bersama guru untuk menghasilkan lebih banyak kemahiran baru yang dapat membawa perubahan dalam sistem pendidikan dan secara tidak langsung dapat melangkaui pengalaman yang hanya boleh diperolehi setelah bertahun-tahun mengajar. Faktor utama dalam membangunkan tahap pendidikan Negara kepada pendidikan yang berkualiti adalah berpandukan kepada guru. Kualiti pendidikan tidak akan berubah dan akan tetap kekal pada arasnya selagi guru itu sendiri tidak meningkatkan kualiti dirinya dahulu. Guru yang berprestasi tinggi dengan kualiti pengajaran dan pendidikan yang pelbagai dapat menyerlahkan kebolehan murid-murid yang berusia lapan hingga sebelas tahun sehingga Sembilan puluh peratus. Oleh dari itu, guru hendaklah mengelakkan diri dari termasuk dalam kumpulan guru yang berprestasi rendah low performance kerana faktor utama untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui guru yang berkualiti. Hubungan antara Guru dengan Guru Besar atau Pengetua terhadap impak atau hasil pencapaian murid menunjukkan Guru memberikan impak yang tertinggi sebanyak 53 markah manakala Guru Besar atau Pengetua hanya menyumbang sebanyak 20 markah dalam prestasi murid. Guru yang berkualiti dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam membantu murid untuk menyerlahkan kecemerlangannya berbanding Guru Besar atau Pengetua yang berkualiti. Hal ini disebabkan oleh masa dan hubungan guru dengan murid adalah lebih banyak diluangkan bersama. Oleh itu, Guru merupakan faktor yang utama dalam mengalas tugasan meningkatkan kualiti pendidikan murid. Kesedaran guru untuk sentiasa meningkatkan inisiatif kendiri dalam menjadi guru yang berkualiti hendaklah dilakukan secara berterusan seiring dengan peredaran zaman dalam mendidik Generasi Y.

Guru perlu menggerakkan inisiatif kendiri dengan bijak mengambil peluang yang ada seperti program pensiswazahan guru. Guru tidak seharusnya mempunyai sikap selesa sebaliknya haruslah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui meningkatkan kualiti diri. Pembangunan profesionalisme guru dalam meningkatkan kualiti pendidikan bukan sahaja boleh dikecapi melalui kursus atau seminar yang dihadiri sebaliknya boleh melalui penambahan bahan bacaan, dialog professional di antara rakan sejawat dan kajian berkaitan terhadap isu pendidikan. Sebagai contoh Kajian tindakan merupakan subjek yang ditawarkan kepada guru yang mengikuti program pensiswazahan guru di Universiti Terbuka Malaysia merupakan satu bentuk pendidikan berkualiti dalam meningkatkan kemahiran kompentensi guru dalam menyelesaikan masalah murid. Di samping itu, kajian ini juga boleh dipraktikkan kepada situasi sebenar apabila guru bertugas di sekolah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid di sekolah nanti. Selain itu, melalui pengetahuan dalam kajian tindakan guru boleh mengenalpasti kebolehan dan jenis kecerdasan murid yang sebenar untuk dikembangkan. Media sosial juga memainkan peranan yang penting dalam membantu menbangunkan kualiti profesionalisme guru. Guru hendaklah bijak mengambil inisiatif kendiri dalam menggunakan kemudahan media sosial yang luas dihujung jari dalam bidang pendidikan agar tidak ketinggalan. Kelebihan dalam bidang ICT dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan peredaran zaman generasi celik ICT selain dapat menjadikan kualiti pendidikan yang menarik. Dalam menepati kompentensi guru yang dicadangkan, guru hendaklah sentiasa berpandukan contoh kompentensi yang diharapkan berbanding dimensi yang dicadangkan iaitu pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pengajaran yang berkualiti, nilai professional yang diamalkan, aktiviti luar bilik darjah yang berterusan seiring dengan pembelajaran berterusan dan sumbangan professional yang boleh dijual kepada pelanggan dan majikan yang mengunakan khidmat seorang guru. Kebaikan dan kelebihan yang terdapat pada seorang guru yang hebat boleh dikongsikan kepada umum melalui pelbagai cara sama ada media sosial atau media cetak. Oleh itu, dengan menjadikan keguruan sebagai satu profesion adalah satu tanggungjawab yang harus diamalkan dalam membentuk pendidik yang berkualiti. Pendidik yang berkualiti bukan sahaja dapat memberi sumbangan kepada Negara tetapi turut dapat memberikan sumbangan terhadap kemajuan murid. Di samping itu, Pendidik yang berkualiti juga dapat memberikan sumbangan terhadap kemajuan diri dalam meningkatkan profesionalisme yang relevan dan boleh diterima oleh murid, masyarakat dan Negara. Oleh itu, kemajuan guru memainkan peranan yang penting dalam kemajuan murid. Kesemua guru tanpa mengira gred mestilah membantu hasrat kementerian dalam mengembangkan Pelan Pembangunan Profesionalisme dengan menjadi seorang guru yang dinamik dan efisien dalam menjalankan tugas. Pihak Kementerian turut menyediakan ganjaran bagi guru yang mengambil inisiatif kendiri dalam memajukan diri bagi menjadi seorang guru yang berprestasi tingi dengan tawaran kenaikan gred yang lebih tinggi berkesesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh guru tersebut. Pendekatan ini bertujuan untuk memberikan galakan dan dorongan kepada guru-guru yang ada untuk terus membangunkan kemajuan diri dengan meningkatkan kemahiran dan pemikiran dalam menyokong hasrat kerajaan untuk membentuk pendidikan yang berkualiti dan relevan

digunakan pada masa sekarang dan juga pada masa hadapan. Seiring dengan langkah Kementerian untuk membahagikan guru-guru kepada tiga kelompok iaitu kelompok guru berprestasi tinggi, kelompok guru biasa dan sederhana dan kelompok guru yang berprestasi rendah sebagai tujuan rujukan dan pemantauan. Guru yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut akan menikmati faedah yang setimpal atas usahanya melalui laluan kerjaya yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesimpulannya, sebagai guru hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi kendiri melalui inisiatif kendiri yang ada. Guru hendaklah sentiasa bertindak bijak dalam membangunkan kompentensi dan kualiti yang ditingkatkan hendaklah seiring dengan kehendak dan perubahan dunia pendidikan pada masa sekarang. Manakala kompetensi yang sedia ada hendaklah sentiasa ditambahbaik dan dibangunkan secara berinisiatif tanpa perlu disuruh dalam pembangunan profesionalisme keguruan demi generasi muda dan Negara untuk meneruskan legasi pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai