Anda di halaman 1dari 2

.





.




Ya Allah ya Tuhan kami, kami mulakan dan kami akhiri majlis
kami ini dengan nama-nama-Mu yang Maha Agung, serta kami
memohon kepada-Mu agar Engkau berkatilah dan limpahkanlah
rahmat-Mu ke atas perjalanan majlis kami ini dari permulaan
hinggalah ke akhirnya.
Ya Allah, perkenankanlah, restuilah dan terimalah segala amalan
baik yang telah kami lakukan dan ampunkanlah serta maafkanlah
segala kesalahan kami, keburukan dan kekurangan dalam
amalan kami jika terdapat padanya kecelaan dan kecacatan.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar engkau bukakanlah
bagi kami pintu-pintu rahmat, belas kasihan dan pengampunan,
kesihatan dan kekuatan, keberkatan dan keselamatan,
kebijaksanaan dan kefahaman, dan bukakanlah juga bagi kami
pintu-pintu syurga dan kurniakanlah bagi kami rezeki yang halal,

kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kehidupan kami di dunia


ini dan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak serta
jauhkanlah kami daripada azab siksa api neraka yang amat
pedih.
Ya Allah, jadikanlah tujuan kami berhimpun di dalam majlis ini
semata-mata untuk mengharapkan keredhaan-Mu, satukanlah
hati-hati kami, damaikanlah segala permusuhan di antara kami
kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Bijakasana, Maha Berkuasa
serta Engkaulah Tuhan yang memegang dan memiliki segala hati
manusia. Kami memohon agar Engkau perbaikilah hati-hati kami
dan jadikanlah kami manusia yang baik lagi berguna yang
berupaya untuk menjadi khalifah-Mu yang memakmurkan bumi
ini.









.



.

Anda mungkin juga menyukai