Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan Teknologi Video Pengadil

Generasi 20-an sekarang merupakan perintis kepada penciptaan berbagai teknologi canggih yang semakin berkembang maju dengan begitu pantas sekali.Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja teknologi baru yang dicipta.Kadang-kadang kita sebagai pengguna alatalat canggih itu pun tidak terkejar dengan kepantasan pertumbuhan teknologi-teknologi tersebut.Bagi membolehkan sesebuah teknologi itu dicipta,banyak faktor yang perlu diambil kira.Misalnya, perkara yang perlu diambil berat sebelum mencipta sesuatu teknologi itu ialah kita perlu memikirkan apakah kelebihan yang terdapat pada teknologi tersebut yang membolehkan ia layak dipasarkan,adakah ia akan memikat hati pengguna dan sebagainya.Seperti yang telah diterangkan di awal penulisan ini,tajuk penulisan yang kita bincangkan ialah penggunaan teknologi video pengadil dalam bidang sukan khususnya dalam sukan bolasepak kerana bolasepak dianggap sukan nombor satu dunia.Pengkhususan yang dibuat adalah kerana teknologi video pengadil ini masih belum diguna pakai dalam sukan bolasepak.Banyak pihak yang telah menyuarakan pendapat mereka kepada Football International Federation Association(FIFA) mengenai penggunaan teknologi video pengadil ini.Ramai pakar-pakar yang optimis dengan penggunaan teknologi ini dalam sukan bolasepak.Apakah kelebihan yang terdapat pada teknologi video pengadil ini yang melayakkan ia diguna dalam sukan bolasepak? Antara kelebihan yang terdapat pada penggunaan teknologi video pengadil dalam sukan bolasepak khususnya ialah ia dapat membantu pengadil perlawanan membuat keputusan yang tepat,adil lagi saksama.Seperti yang kita sedia maklum,pengadil yang memainkan peranan penting dalam sukan bolasepak ialah dua orang pengadil penjaga garisan dan seorang pengadil dalam padang yang merupakan pengadil utama dalam membuat sebarang keputusan.Siapakah pengadil?Pengadil juga adalah manusia biasa.Manusia tidak sempurna.Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil sangat penting.Sekiranya terdapat sedikit kesilapan atau kesalahan dalam pengadilan,sudah pasti ia akan mengundang kontroversi dalam kalangan pemain dan juga penonton.Sering kali kita dengar di kaca tv mengenai pergaduhan antara pemain-pemain dan juga rusuhan penyokong-penyokong bolasepak angkara tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.Contohnya kesilapan yang telah dibuat oleh pengadil ialah ketika perlawanan antara Jerman vs England pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.Pada perlawanan tersebut,Frank Lampard pemain England telah menyepak bola dengan begitu padu lalu terkena palang gol dan bola tersebut melantun jatuh melepasi garisan gol dan kemudian melantun keluar.Bola itu telah melepasi garisan gol dan ia sangat jelas kelihatan melalui rakaman yang dibuat oleh pihak wartawan.Akan tetapi, pengadil perlawanan telah menafikan jaringan tersebut kerana ia mengatakan bola tersebut tidak melepasi garisan gol.Disini kita dapat menguraikan jarak penglihatan manusia sangat terbatas dan memerlukan pertolongan melalui penggunaab teknologi canggih.Oleh sebab itu,penggunaan teknologi video pengadil dalam sukan

bolasepak khususnya perlu dipertimbangkan.Ini adalah kerana ia dapat membantu pengadil dari melakukan kesilapan dalam pengadilan dan sekaligus dapat mengelakkan kontroversi. Selain itu,penggunaan teknologi video pengadil dalam sukan bola sepak khasnya dapat membantu pengadil mengesan penipuan dalam permainan.Penipuan dalam permainan bola sepak jelas kelihatan semakin ketara sejak akhir-akhir ini.Pemain bola sepak sekarang boleh didefinisikan sebagai pelakon.Ini kerana terdapat banyak aksi lakonan yang telah dirakam oleh lensa kamera jurnalis.Ramai pemain bola sepak profesional sekarang bukan sahaja berlatih untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam perlawanan,malah merekan juga berlatih atau dilatih untuk berlakon dalam perlawanan.Misalnya berlakon buat-buat jatuh,berlakon buat-buat sakit apabila diterjah sedangkan terjahan tersebut tidak mengenai pemain tersebut.Contohnya kita dapat lihat pada perlawanan El Classico di antara Real Madrid Vs Barcelona.Pada perlawanan tersebut,pemain pertahanan Real Madrid,Pepe telah diarahkan keluar padang apabila beliau telah dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana dari jauh kelihatan beliau telah membentes keras pemain Barcelona,Dani Alves.Setelah tempoh sebenar permainan tamat,hasil daripada rakaman lensa tv telah merakam detik dimana terjahan yang dilakukan oleh Pepe ke atas Dani Alves tidak mengenai kaki Dani Alves.Dalam rakaman tersebut jelas kelihatan Dani Alves telah menipu dan menyebabkan Pepe diarah keluar padang.Pepe telah dihukum atas kesalahan yang beliau tidak lakukan akan tetapi Dani Alves terlepas begitu sahaja.Ramai pemain-pemain professional yang lain telah mengutuk penipuan yang dilakukan oleh Dani Alves.Justeru itu,penggunaan teknologi video pengadil dalam sukan bola sepak harus dikuatkuasakan secepatnya agar dapat digunakan sebagai bukti yang dapat mengesan penipuan yang dilakukan oleh para pemain dan sekaligus dapat menghukum pemain-pemain. Di samping itu,teknologi video pengadil juga dapat digunakan sebagai bahan bukti untuk menghukum pemain-pemain yang menipu dalam permainan sekiranya pengadil dalam padang terlepas pandang semasa tempoh perlawanan sebenar berlangsung.Seperti yang telah diterangkan dalam contoh di atas,Dani Alves telah bebas tanpa sebarang hukuman dikenakan ke atas aksi penipuan yang telah dilakukan di dalam padang.Ini kerana batas penglihatan pengadil agak terhad dan mungkin juga penglihatan pengadil terlindung oleh pemain-pemain lain.Oleh sebab itu mengapa video pengadil perlu digunakan secara rasmi dalam sukan bola sepak dengan secepat yang mungkin.Dengan adanya video pengadil,segala aksi pemain akan dirakam dan selepas tamatnya tempoh sebenar permainan,rakaman tadi akan diulang tayang dan dianalisa oleh jawatankuasa pengadil.Sekiranya terdapat babak-babak yang terlepas pandang oleh pengadil,pemainpemain yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Dengan penggunaan teknologi video pengadil ini,ia dapat memuaskan hati penyokong.Siapakah penyokong?Penyokong boleh diibaratkan sebagai pemain ke-12 bagi sesebuah pasukan.Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil amat penting kerana ia dapat mempengaruhi emosi setiap penyokong.Sekiranya pengadil membuat keputusan yang

salah,sudah pasti emosi penyokong akan terganggu dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah dibuat oleh pengadil.Jadi,dengan penggunaan video pengadil ini,ia dapat membantu pengadil membuat keputusan yang tepat, adil dan saksama sekaligus ia dapat memuaskan hati penyokong dan dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Sebagai tambahan,video pengadil juga dapat mengesan pembelian dalam sesebuah permainan.Apakah yang dimaksudkan dengan pembelian permainan??Pembelian permainan dalam erti kata lain pemain-pemain menjual perlawanan kepada pihak lawan atau pihak atasan bagi sesebuah pasukan membeli pengadil.Ia juga boleh ditakrifkan sebagai rasuah.Era 20-an merupakan era yang sangat moden.Era dimana duit sangat penting.Dengan adanya duit,boleh dikatakan kita memiliki segalanya kerana kuasa duit sangat berpengaruh.Seperti yang kita tahu,pengadil merupakan orang yang sangat penting dalam sesebuah permainan.Pengadil merupakan orang yang menentukan keputusan dalam sesuatu perlawanan.Setiap keputusan yang dibuat akan member kesan dalam sesebuah permainan.Sekiranya pengadil sesebuah permainan telah dirasuah atau dibeli,sudah pasti keputusan yang berat sebelah.Oleh itu,dengan adanya video pengadil ini segala keputusan yang dibuat oleh pengadil akan dirakam dan akan dianalisa sama ada pengadilan berat sebelah atau pun tidak.Sekiranya terdapat babak-babak pengadilan yang dicurigai,maka siasatan dapat dibuat berdasarkan rakaman yang dibuat dan sekiranya pengadil tersebut bersalah,maka hukuman yang sewajarnya menanti.

Kelemahan
Secara logiknya,setiap teknologi yang dicipta oleh manusia tidak ada yang sempurna.Semestinya terdapat banyak kelemahan pada sesuatu teknologi itu.Satu-satunya sistem yang sempurna ialah sistem yg terdapat dalam badan kita.Sistem yang diakui tiada kelemahannya.Bagi teknologi video pengadil ini,terdapat banyak kelemahan atau kekurangan pada sistem yang digunakan dalam teknologi tersebut.Antara kelemahan yang terdapat pada teknologi video pengadil ini ialah penggunaannya akan melambatkan permainan.Jika video pengadil ini digunakan semasa tempoh perlawanan sebenar berlangsung,ia akan merencatkan perlawanan.Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk memberhentikan perlawanan dan juga masa untuk menganalisa video pengadil tersebut sebelum membuat keputusan.Andai kata terdapat 5 babak yang melibatkan terjahan yang kuat berlaku ke atas pemain dan pegawai pasukan terbabit membuat bantahan dan meminta untuk melihat video pengadil,maka masa yang agak lama diperlukan untuk menganalisa video tersebut. Selain itu,untuk menggunakan teknologi ini dalam sukan bola sepak,kos yang agak tinggi perlu dibelanjakan.Teknologi sangat mahal harganya.Setiap teknologi yang canggih

ada harga yang perlu dibayar.Untuk menggunakan teknologi video pengadil dalam sukan bola sepak,banyak kamera yang berteknologi tinggi perlu dipasang dari pelbagai sudut di dalam stadium yang begitu besar.Kamera yang banyak perlu dipasang untuk merakam segala aksi pemain-pemain dan juga pengadil.Kos yang tinggi juga diperlukan untuk memasang skrin yang bersaiz besar dan berdimensi tinggi agar segala rakaman yang dirakam oleh kamera-kamera tersebut dapat ditayang dengan jelas di skrin tersebut.Sekiranya ingin menggunakan teknologi video pengadil ini,sudah pasti kita perlu membelanjakan duit untuk mengupah orang yang dapat mengendalikan video tersebut dan memerhati segala aksi yang dirakam oleh lensa kamera. Di samping itu,penggunaan teknologi video pengadil ini juga tidak menjanjikan keputusan yang seratus peratus tepat.Ini adalah kerana ada kemungkinan untuk system video tersebut gagal berfungsi atas sebab-sebab tertentu seperti kamera tidak berfungsi atau wayar kamera yang disambungkan antara satu sama lain terputus dan sebagainya.Ada juga kemungkinan untuk serangga-serangga hinggap di permukaan kamera-kamera tersebut dan menghalang pemandangan kamera tersebut.Selain itu,ada juga kemungkinan untuk pengendali yang mengendalikan video tersebut tertido dan sebagainya.Sebagai tambahan,risiko pembelian sesebuah permainan masih ada.Ini kerana risiko untuk pengendali video pengadil dibeli masih ada.Sekiranya pengendali video tersebut dibeli,maka sudah pasti video pengadil tersebut tiada fungsi kerana pengendali tersebut telah dimanipulasi oleh pihak lain dan mengawal video tersebut dengan memberi keputusan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai