Anda di halaman 1dari 39

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

Bandang Galayan Claudia Yantie Latip Nurul Syazwani Awang Noordin Roy Penggang Stewart Padan

Teknologi sukan memainkan peranan yang amat penting dalam sukan. Penggunaan dan aplikasi amalan kejuruteraan dan teknologi dalam sukan berkembang setiap hari dan telah mengubah banyak potensi atlit sukan serta membantu dalam mengembangkan kemahiran mereka.

PERALATAN DAN KEMUDAHAN SUKAN

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

PAKAIAN

PERTANDINGAN

PERALATAN DAN KEMUDAHAN SUKAN

BOLA SEPAK PINTAR

Microchip Smartball atau dikenali juga dengan bionic ball merupakan bola sepak yang telah dilengkapi dengan mikrocip di dalamnya.

Mikrocip yang berukuran 15 cm ini direka untuk membantu pengadil dalam memutuskan dan memastikan kedudukan bola di atas padang.
Mikrocip akan mengirimkan mesej mengenai kedudukan bola sama ada bola telah memasuki gawang gol atau bola telah keluar padang ke jam tangan yang digunakan pengadil dengan bantuan Goal Line Technology (GTL) yang berada di garis gawang dan garis keluar.

Sistem ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor dalam permainan, cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.

Bola ini juga tahan lasak dan tidak bocor.

SIM GUARD ELEKTRONIK (ANTI-DIVE SHIN PADS)

Teknologi ini diletakkan diantara tumit dan kaki yang mana ia tidak mengganggu pemain ketika beraksi.

Penggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan ketika beraksi
Alat ini juga dapat mengesan diving dan menjadikan pemain yang memakai alat ini mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.

DOPLER LIDAR

Doppler Lidar merupakan sistem radar yang digunakan ketika berlayar. Ia berfungsi untuk menjangka cuaca yang kebiasaannya digunakan di televisyen.

Ia mempunyai laser yang menentukan masa dan kelajuan arah angin selain penunjuk arah ketika sedang berlayar di laut yang luas.

ALAT PENGUJI KETANGKASAN

Mengukur tahap ketangkasan dan kelajuan pergerakan tubuh badan seseorang untuk bergerak ke pelbagai arah dalam keadaan stabil. Alat ini mampu mengenal pasti bakat awal kanakkanak dalam bidang sukan. Menguji tahap kecekapan dan ketangkasan individu

ALAT PENGESAN TUMBUKAN

Teknologi adalah berasaskan kepada platform penderia kita dan mengintegrasikan rangkaian sensor kepada atlet,badan dan tangan Sistem ini boleh digunakan untuk mengurangkan keperluan untuk pertandingan serta menyediakan kaedah yang boleh dipercayai menentukan keputusan perlawanan
manfaat lain yang dipersembahkan di sini termasuklah keupayaan untuk menganalisis prestasi atlet selepas perlawanan atau sesi latihan seperti menilai keberkesanan latihan dan kesan latihan.

NIKE SPORTBAND

Merupakan alat terbaru untuk mengukur masa yang diambil oleh seseorang pelari pecut. Pelari boleh menilai tahapnya sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk mengambil masa larian. Alat in akan mengeluarkan bunyi sebelum masa diambil sebagai peringatan untuk permulaan larian.

PAKAIAN SUKAN

KASUT BOLA SEPAK PINTAR (ADIZERO F50)

Kasut ini dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan. miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

SPEEDO LZR RACER SWIMSUIT

NASA dan Institut Teknologi Australia telah menggunakan teknologi elastin nilon dan bahan polyurethane dalam mencipta baju renang ini. Baju renang ini mampu membantu membentuk tubuh badan seseorang perenang berada dalam keadaan posisi hidrodinamik selain membantu memudahkan kemasukan oksigen ke dalam otot. Ia juga mempunyai ultrasonik yang telah dikimpal bagi mengelakkan material daripada kendur. Kelebihan yang terdapat pada baju renang speedo ini ialah ia membantu seseorang atlit sebanyak 2% dari kelajuan asal perenang itu sendiri.

TECHNO WEAR

Teknologi Techno Wear sebenarnya pada awal penciptaannya hanya untuk olahraga renang dan dipasang pada kostum renang Namun setelah kematian mengejut pemain Manchester City: Marc Vivien-Foe akibat serangan jantung mengejut kerana terlampau letih, David Evans dari Universiti Northumbria telah menghasilkan kostum sepak bola yang dapat memonitor tahap hidrasi dan detak jantung pemain. Kostum hi-tech ciptaannya menggunakan bahan electro-textile dan pengesan yang digunakan merupakan sensor ECG yang dapat merakam detak jantung yang akan menghantar signal ke komputer di tepi lapangan bagi memonitor keadaan pemain Selain itu pengesan tersebut juga dapat memonitor tahap dehidrasi dan keletihan pemain dengan cara mengoleskan jelly silikon pada belakang pemain yang akan bereaksi ketika berpeluh.

PERTANDINGA N

HAWK EYE

Ini adalah salah satu teknologi yang paling popular digunakan dalam dunia sukan. Ia boleh menjejaki trajektori bola, seterusnya membantu mengambil keputusan yang betul. Teknologi ini digunakan secara meluas dalam sukan kriket dan tenis dan dijangka akan digunakan dalam bola sepak pada tahun 2012, dengan titik permulaan sebagai Barclays Premier League. Dalam tenis Eye Hawk menawarkan ilustrasi berkomputer arka bola melantun dan mengenal pasti kedudukan sebenar bola apabila ia mencecah tanah, membantu pengadil dan hakim garis mengenal pasti pemenang titik.

Kelebihan teknologi seperti ini ialah ia mampu menggunakan kamera yang boleh merakam 600 frame sesaat (FPS)pada garisan gol. keputusannya akan dianalisa oleh komputer dalam sekelip mata dan disalurkan kepada pengadil. Mata manusia mampu merakam lebih kurang 16 frame sesaat (FPS)

Ia akan menjadi menarik untuk diperhatikan bahawa sistem melibatkan 4 kelajuan tinggi kamera yang mengambil imej pada sudut yang berbeza di seluruh gelanggang tenis dan triangulates lokasi, kelajuan dan arah bola menggunakan data yang dikumpul dari setiap sudut.

INSTANT REPLAY

Teknologi ini boleh memainkan rakaman video acara tertentu atau kejadian dalam masa yang sangat singkat, sekali gus membantu hakim membuat keputusan penting.
Ia digunakan dalam penyiaran televisyen secara langsung acara sukan untuk menunjukkan sebahagian daripada permainan yang penting atau ketara, atau bermain yang agak jelas pada pandangan pertama.

Beberapa organisasi sukan memberi izin kepada pengadil untuk berunding rakaman ulangan sebelum membuat keputusan mengenai mainan diragui. Perundingan itu mempunyai beberapa nama: video pengadil, pengadil video, rasmi ulangan segera dan lain-lain.

SPIDERWEB CAM

Teknologi ini memudahkan penganjur perlawanan merakam perlawanan secara menyeluruh.

Kebiasaan teknologi ini digunakan dalam acara olahraga,bola sepak,dan tenis.


Spider camera ini dapat menghasilkan pandanan 3 dimensi atau 3d. Kamera ini mampu bergerak tanpa dibatasi mengikut sudut yang ingin dikehendaki oleh perakam yang menggunakan teknologi ini.

TEKNOLOGI GARISAN GOL (GLT)

Berdasarkan pertikaian-pertikian gol yang selalu berlaku dalam perlawanan bolasepak, maka dibangunkan teknologi garisan gol untuk membolehkan bola itu sendiri membuat keputusan dengan mencipta "smartball" di mana ia dimasukkan cip komputer untuk membolehkan komputer membaca kedudukan bola sebenarnya.

Teknologi ini di bina oleh sebuah Syarikat German, Cairos Technologies dan The Fraunhofer Institute for Integrated Circuits.

Ia dibantu oleh pengeluar barangan sukan Adidas.


Teknologi ini akan menggunakan bantuan jaringan penerima gelombang isyarat di sekeliling padang untuk mengesan kedudukan sebenar bola dalam masa sebenar, termasuklah sama ada bola sudah melepasi garisan gol. Signal akan dipancarkan serta merta kepada alat penerima yang dipakai oleh pengadil.

CRICKET SNICKOMETER

Snickometer yang digunakan di dalam permainan kriket ini terdiri daripada sejenis mikrofon kecil yang sensitif dan terletak di salah satu daripada tiga stump (spring stump) yang dipacakkan. Mikrofon ini juga dilengkapi satu sensor yang dapat mengukur bunyi. Apabila bola terkena kayu pemukul atau bat, sensor yang terdapat pada mikrofon akan menangkap bunyi tersebut. Pada masa yang sama, sebuah kamera berkelajuan tinggi akan merakam pergerakan bola kriket tersebut. Sensor tersebut juga berperanan untuk menangkap dan membezakan bunyi yang dihasilkan bola sama ada bola tersebut terkena pukulan kayu pemukul (bat) atau terkena objek yang lain.

SUMBER RUJUKAN
http://metro.co.uk/2011/04/08/anti-diving-shinpads-developed-tostop-footballers-cheating-650028/ http://www.ausport.gov.au/ais/innovation http://www.sinarharian.com.my/sukan/adidas-malaysia-pamer-kasutbola-sepak-pintar-pertama-1.18521 http://www.telegraph.co.uk/technology/news/8592677/Wimbledon2011-the-top-five-tennis-technologies.html http://en.wikipedia.org/wiki/Snickometer http://www.topendsports.com/sport/cricket/equipment-snickometer.htm

Anda mungkin juga menyukai