Anda di halaman 1dari 47

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Disediakan oleh: Noor Azmilia Binti Aziz Siti Sarah Binti Abdul Wahab Shaari @ Shaarani

Tahap Perkembangan Bahasa


0-1 bulan mengeluarkan suara lain selain tangisan. mengenali suara tertentu saja, seperti muzik yg sering mereka dengar ataupun suara lain yg familiar. Memalingkan pandangannya pd suara yg mereka kenali. 1-4 bulan Mula mengeluarkan suara tertentu dlm komunikasinya dgn org yg sudah mereka kenal menangis ketika mereka mahukan sesuatu. Mula tertawa. Mereka dapat menghubungkan suara dengan objek tertentu & dengan gerak badan.

4-8 bulan sudah mengenali nama mereka (panggilan mereka). dapat mengucapkan satu kata tertentu atau mudah. meniru suara tertentu spt mengecap-ngecap bibir @ cuba membunyikan lidah (tongue clicking). Mereka mengulang-ulang suara tertentu. 8-12 bulan Bayi mula meniru apa yang diucapkan pengasuhnya Mereka mengucapkan kata pertamanya. dapat mengungkapkan setuju atau tidak dengan menganggukkan atau menggelengkan kepala mereka. Mereka mula menyedari nama pengasuhnya dan akan bereaksi ketika nama pengasuhnya disebut atau dipanggil. Mereka mula dapat berinteraksi secara verbal dengan pengasuhnya.

KONSEP PENGAJARAN
1. Ia merupakan aktiviti/ proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan @kemahiran tertentu. 2. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.

3. Thomas F. Green tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

4. Beliau berpendapat, didalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar.

Manakala, teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

DEFINISI PENGAJARAN

Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolah ilmu dan kemahiran.

Konsep mengajar
Mengikut Kamus Dewan (1988), pendekatan adalah : cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.

2. Dalam konteks pendidikan,ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. 3. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan iailah satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik.
( kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan)

Pendek kata, pendidikan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

CIRI-CIRI PENGAJARAN
1. Guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid berperanan sebagai pelajar. 2. Hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. 3. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah instruksi(mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi seterusnya pelaziman.

4. Pengajaran mempunyai erti perkataan dan penggunaan bahasa ataupun simbol 5. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan pelbagai bentuk: berpusatkan guru, berpusatkan murid, atau berpusatkan murid dan guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP: 1. 2. 3. 4. INDUKTIF DEDUKTIF ELEKTIF CERAKINAN

KONSEP INDUKTIF

KONSEP INDUKTIF
Melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsirkan maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan.
Didalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting.

Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.
Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan.

Contoh-contoh khusus

Memerhati, mengkaji, Mengenal pasti, mentafsir

Membuat kesimpulan

Kaedah induktif adalah salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa.

Contoh-contoh khusus

Memerhati dan mengkaji

Mentafsir dan Membuat kesimpulan

Ikan emas, Udang, kerang, Sotong, Berudu

Bernafas melalui insang

Haiwan hidup didalam air mempunyai insang untuk bernafas

JENIS PENDEKATAN INDUKTIF

1. Membentuk satu kesimpulan daripada contoh tertentu. Misalnya mencari segitiga yang sama daripada pelbagai jenis. 2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan ke bawah.

3. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis struktur ayat bahasa. 4. Membentuk teorem melalui aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

5. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan seperti berikut :

1. Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus menyediakan contohcontoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan.
2. Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

3. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. 4. Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri. 5. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.

6. Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. 7. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. 8. Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. 9. Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.

KONSEP DEDUKTIF

Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan Kamaruddin Haji Husin 1988;81: Satu pendekatan mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan Pendekatan memggunakan penguasaan peraturan/hukuman daripada aspek penggunaan Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik

Definisi Deduktif
Konsep deduktif boleh dikategorikan sebagaisesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas contohcontoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakanuntuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui.

Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

JENIS-JENIS DEDUKTIF
1. Penyelesaian masalah
Misalnya setelah murid mempelajari fungsi imbuhan ber, mereka disuruh membuat beberapa ayat menggunakan imbuhan ber.

2. Membentuk kesimpulan baru


Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus luas segitiga bersudut tegak.

3. Membuktikan hipotesis
Ini dapat dilakukan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI DEDUKTIF

1. Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan terlebih dahulu. 2. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

3. Kesimpulan,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah duketahui serta difahamkan. 4. Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur yang betul. 5. Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.

6. Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

KONSEP elektif

1. Perkataan elektif berasal daripada bahasa inggeris elektif bermaksud pemilihan.

2. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam kelas.
3. Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif.

4. Disamping itu, pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan. Khasnya, semasa melaksanakan aktiviti pemulihan dan penggayaan secara serentak.

5. Sehubungan ini, guru akan menggunakan pendekatan dan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan bagi aktiviti penggayaan. Strategi pemusatan guru untuk aktiviti pemulihan.

Pendekatan Cerakinan / Analisis


i. Pendekatan cerakinan atau analisis didasari oleh Teori Gestalt, menurut pendekatan ini, pengajaran bacaan mesti bermula dengan unsur-unsur yang bermakna. Pengajaran bacaan daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur lebih kecil.

ii. Pendekatan Cerakinan atau Analisis berpengang kepada kaedah pengajaran berikut:
Kaedah perkataan Kaedah frasa Kaedah Kalimat

iii. Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf.

Ayat

Perkataanperkataaan

suku kata

Huruf-huruf

Contoh : Ayat : Buku saya tebal Perkataan-perkataan : buku saya tebal Suku kata : bu + ku, sa + ya, dan te +bal Huruf-huruf : b, u, k, u, s, a, y, a, t, e, b, a, l.

iii. Kaedah yang bersesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

http://www.scribd.com/doc/15081191/konse p-pengajaran www.scribd.com/ 14163533-teoriperkembangan-kanak.

Anda mungkin juga menyukai