Anda di halaman 1dari 11

AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF

Ayat Pasif
Ayat yang mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yang diterangkan.Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan di-, ter-, ber-, dan ke--an.

Imbuhan diContohnya:
Subjek Kata kerja pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan

1. Barang itu sudah


diambil 2. Sampah sarap 3. Sup tulang itu dimasak dibakar

oleh Ali

semalam.

oleh ayah

pagi tadi.

oleh emak

tengah hari tadi.

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-,kata sendi nama oleh pada binaan oleh+FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.Ayat-ayat di atas misalnya boleh menjadi : 1. Barang itu sudah diambil Ali semalam. 2. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi.

3. Sup tulang itu dimasak emak tengah


hari tadi.

Namun demikian, sekiranya binaan oleh+FN itu terletak jauh daripada kata
kerja, maka oleh tidak tidak boleh digugurkan. Contohnya:

1. Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. *Barang itu sudah diambil semalam Ali.

2. Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. *Sampah sarap dibakar pagi tadi ayah.

3. Sup tulang itu dimasak tengah hari tadi oleh emak. * Sup tulang itu dimasak tengah hari tadi emak.

Imbuhan terContohnya:
Subjek 1. Tembok itu Kata kerja pasif terlanggar Oleh+Frasa Nama oleh lori Keterangan pada bahagian bawahnya. 2. Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa setahun.

3. Biji saga itu


4. Buku abang

tertelan
terambil

oleh abang
oleh adik

semalam.
di atas meja.

Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter- , kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan misalnya:

1. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.


*Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya. 2. Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa setahun. * Istana raja terbina rakyat dalam masa setahun. 3. Biji saga itu tertelan oleh abang semalam.

* Biji saga itu tertelan abang semalam. 4. Buku abang terambil oleh adik di atas meja. * Buku abang terambil adik di atas meja.

Untuk ayat pasif,semua bahagian binaan oleh+FN boleh juga digugurkan.Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan.Contohnya: 1. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.

Barang itu sudah diambil semalam.


2. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi.

Sampah sarap dibakar pagi tadi.


3. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya.


4. Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa setahun.

Istana raja terbina dalam masa setahun.

Imbuhan berContohnya: Subjek Predikat

Baju itu

berjahit dengan
benang sutera.

Surat anaknya

belum berjawab.

Imbuhan ke--an
Contohnya: Subjek Mereka Predikat kehujanan sepanjang hari. Seluruh kampung kegemparan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai