Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan satu tugas yang sangat mulia baik di mata masyarakat mahupun dari sudut agama. Sejarah silam membuktikan bahawa guru merupakan tulang belakang kepada sesebuah tamadun manusia. Hal ini demikian kerana tugas guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat danseterusnya wujudlah masyarakat yang berintelek dan bertamadun,dari dalam dan luaran. Guru dan kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Guru membentuksahsiah masyarakat. Tanpa guru, maka pincanglah masyarakat. Dalam era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, tanggungjawab guru sangatlah berat. Sama ada kita sedar ataupun tidak, lantaran terlalu dihidangkan dengan masalah yang sama seantero dunia, guru kini dilihat sebagai satu watak penting dalam pembangunan kemanusiaan. Lantaran itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dalam setiap langkah di dalam dunia perguruan yang serba mencabar ini..Guru mempunyai tiga tugas utama, iaitu tugas professional, tugas kemanusiaanan tugas kemasyarakatan. Tugastugas professional menyampaikan ilmu pengetahuan,keterampilan dan nilainilai lain yang setara yang belum diketahui pelajar dan seharusnya diketahui oleh mereka. Tugas kemanusiaan pula adalah membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas sebagai seorang manusia dengan sebaikbaiknya. Tugas-tugas kemanusiaan itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.Tugas kemasyarakatan pula memerlukan seseorang guru itu melibatkan diri dalam perhubungan sesama masyarakat.Lantaran itu, guru perlu mempunyai pengetahuan luas dalam segala aspek kehidupan. Guru boleh merujuk pelbagai sumber untuk menambahkan ilmu ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk menjadikan seseorang guru itu berkebolehan dalam setiap ilmu hidup. Kejayaan dan kecemerlangan merupakan cita-cita setiap insan.

Anda mungkin juga menyukai