Anda di halaman 1dari 4

3.

1 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Berdasarkan Hikayat lama iaitu Hikayat Inderaputera yang dikaji terdapat ciriciri bahasa melayu klasik di dalamnnya. Antaranya ialah, banyak menggunakan ayat panjang dan berbelit-belit. Sebagai contoh : Maka segala menteri itu pun berdatang sembah demikian katanya, Ya tuanku Syah Alam, patik memohonkan ampun ke bawah duli Syah Alam, jikalau dapat memohonkan janji ke bawah duli Syah Alam, jikalau dapat bertangguhan barang empat puluh hari supaya patik sekalian bicarakan ya Syah Alam.

Selain itu, dalam hikayat tersebut banyak menggunakan ayat pasif. Ayat pasif agak lumrah digunakan dalam sesebuah karya bahasa MelayuKlasik. Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek. Contohnya, Maka dilihat oleh Inderaputera Perdana Menteri duduk masyghul itu maka fikir Inderaputera di dalam hatinya, Kerana Perdana Menteri itu banyaklah kasihnya padaku akan pekerjaan ini di atas batu kepala Perdana Menteri juga tertanggung. Jikalau demikian baiklah nyawaku akan balasnya.

Ayat songsang juga banyak digunakan. Ayat songsang bermaksud ayat yang sebahagian atau keseluruhan predikat berada di hadapan binaan subjek. Perubahan kedudukan konsituen ini tidak melibatkan proses mempasifkan kata kerja transitif. Sebagai contoh : Awan hendak hujankah gerangan ini? Dan dilihat oleh Inderaputera seperti mega merah rupanya daripada pihak masyrik itu. Maka fikir Inderaput era, Awan apakah ini, mega apakah ini datang terlalu sekali.

Daripada hikayat yang saya kaji juga, ia banyak menggunakan partikal lah dan pun terutamanya pada kata kerja seperti santaplah, mangkatlah, beradulah. Sebagai contoh dalam Hikayat Inderanata : Setelah sudah segala menteri itu berkata-kata sama sendirinya demikian, masing-masing kembali ke rumahnya. Maka hari pun malamlah. Setelah hari siang maka baginda pun duduk di atas singahsana kerajaan oleh segala menteri hulubalang rakyat bala tenteranya sekalian .

Selain itu, dalam Hikayat Inderanata (Bab III) juga banyak menggunakan perdu perkataan iaitu kata pangkal ayat yang agak usang atau klise. Kata-kata seperti ini tidak lagi digunakan pada masa kini. Kata-kata seperti ini bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, tetapi ia juga digunakan pada awal-awal ayat dalam perenggan. Antaranya ialah perkataan sebermula, alkisah, hatta, adapun. Contohnya : Hatta kalakian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya. Adapun raja dalam negeri itu Raja Syahian namanya. Adapun baginda itu terlalu amat besar kerajaannya juga. Syahadan menteri Maharaja itu yang mudamuda kurang se1 empat puluh dan Maharaja Syahian itu tiada beranak.

Di samping itu, bahasa istana juga kerap digunakan dalam karya Hikayat yang dipilih iaitu Hikayat Inderanata. Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah. Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa

Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, [1], atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab. Contoh dalam hikayat tersebut ialah, Hatta keesokan harinya maka Raja Syahian pun keluar dengan segala raja. Maka baginda pun duduklah semayam di atas takhta kerajaannya dihadap oleh segala raja-raja Menteri hulubalang dan sekalian rakyat hina dina.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Sebagai contoh dalam Hikayat ialah : Maka ujar oleh Inderaputera, Ya tuanku Perdana Menteri bahawa sekalian hamba Allah lupa dan tersalah juga bahagiannya, dan patik serahkan diri patik kepada Tuhan Yang Maha kuasa akan memeliharakan hambanya.

Dalam hikayat ini juga banyak menggunakan kosa kata klasik. Pengaruh kosa kata klasik ini disebabkan oleh bahasa Sanskrit sudah terlebih dahulu bertapak di kepulauan Melayu dan penyebaran agama Islam telah membawa bahasa Arab ke kepulauan ini. Justeru itu bahasa Melayu Klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih). Sebagai contoh : Arakian maka menteri hulubalang itu pun hairanlah melihat hal baginda itu. Maka ujar segala menteri sama sendirinya, Apa juga sebabnya duli Yang Dipertuan pada sehari ini tiada keluar, dengan masyghulnya juga kita lihat kerana tiada pernah yang demikian ini; dan pada sehari-hari jikalau datang daripada berburu

baginda bersuka-suka dengan menteri hulubalang dan rakyat sekalian, dan pada sehari ini sangat Yang Dipertuan masyghul kita lihat

Anda mungkin juga menyukai