Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KAPIT

LOT 416 JALAN BLETEH,


96800 KAPIT, SARAWAK

MINGGU PENGURUSAN DIRI


PPKI SK KAPIT 2020

PADA

TARIKH : 26-28 FEBRUARI 2020


HARI : RABU-JUMAAT
TEMPAT : PPKI, SK KAPIT
KERTAS KERJA
MINGGU PENGURUSAN DIRI 2020
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KAPIT

1.0 PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-
murid berkeperluan khas yang mampu membawa dimensi baru dalam
dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan
pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini, pelbagai
program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas.
Penyertaan murid-murid berkeperluan khas sama ada secara langsung
atau tidak langsung di dalam atau di luar bilik darjah merupakan intipati
di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada semua
murid-murid pendidikan khas.
Sehubungan dengan itu, satu program telah dirangka bagi
mencapai segala harapan untuk murid berkeperluan khas ini. Program
tersebut adalah “Minggu Pengurusan Diri”. Minggu Pengurusan Diri
merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun untuk murid-murid
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Kapit.
Program ini dijalankan selama 3 hari bagi membantu dan memberi
pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas untuk
menguruskan diri sendiri dengan bimbingan guru-guru dan Pembantu
Pengurusan Murid. Selain daripada pengurusan diri sendiri seperti
berpakaian kemas dan bersih, murid-murid juga diberi penekanan
terhadap disiplin dan peraturan yang telah digariskan oleh pihak
sekolah. Pendedahan ini membantu murid-murid dengan kepelbagaian
keupayaan untuk lebih mengahargai diri dan sekaligus menjalani
kehidupan bermakna.
2.0 NAMA PROGRAM
MINGGU PENGURUSAN DIRI

3.0 OBJEKTIF
2.1 Membimbing murid berpakaian dengan betul.
2.2 Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas
2.3 Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti
kebersihan kuku, gigi dan anggota badan.
2.4 Memberi pendedahan tentang cara membersihkan pakaian
serta beberapa kemahiran yang melibatkan pakaian.
2.5 Menggalakkan murid menjaga kebersihan bilik darjah dan
kawasan persekitaran sekolah.

4.0 KETETAPAN PROGRAM


Tarikh : 26 Februari-28 Februari 2020
Hari : Rabu-Jumaat
Masa : 7.30 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas PPKI SK Kapit.

5.0 ANJURAN
Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Kapit.

6.0 SASARAN
Semua murid PPKI SK Kapit.
7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI ALATAN DAN


BAHAN
26 0730 pagi  Pemeriksaan Kuku
FEBRUARI  Nyanyian Lagu “Bangun Pagi  Berus gigi dan
2020 Ubat Gigi
Gosok Gigi”
(RABU)  Sabun Pencuci
 Tayangan video cara
Tangan
mengosok gigi dan cara
mencuci tangan
 Aktiviti mengosok gigi
 Aktiviti mencuci tangan
1000 pagi  Pengenalan kepada alatan  Slide Alatan dan
dan bahan mandi bahan mandi
 Menunjukkan gambar  Slide langkah-
langkah-langkah langkah
membersihkan diri (mandi). membersihkan
 Aktiviti amali mandi mengikut diri
jantina  Sabun mandi
 Simulasi memakai pakaian  Pakaian
seragam sekolah dan seragam
dandanan mengikut sekolah
kumpulan  Bedak, minyak
rambut, sikat

27 0730 pagi  Pemeriksaan Kuku


FEBRUARI  Pengenalan kepada alatan  Slide alatan dan
2020 bahan membersihkan bahan
(KHAMIS) pakaian membersihkan
 Tayangan video cara-cara pakaian
membersihkan pakaian  Video cara
 Amali membersihkan pakaian melipat
mengikut kumpulan pakaian/simulas
 Amali menjemur pakaian i guru
 Sabun pencuci
 Berus pencuci

1100 pagi  Tayangan video cara melipat
pakaian  Tayangan video
 Murid mengangkat pakaian  Meja seterika
yang dijemur  Seterika
 Simulasi menggosok pakaian
 Simulasi melipat pakaian
mengikut kumpulan
28 0800 pagi  Aktiviti kebersihan dan
FEBRUARI kecerian kelas dan kawasan
2020 sekolah mengikut kumpulan  Penyapu, Kain
(JUMAAT) iaitu di kelas dan juga lap
kawasan sekolah (menyapu
sampah, mengelap tingkap,
mencuci tandas)

1000 pagi  Aktiviti Mewarna (Kelas Bijak)  Lembaran kerja


 Aktivit mencipta pewangi
tandas (Kelas Dedikasi)  Sabun mandi,
bekas dadih,
net, tali dan
 Aktiviti menghias bekas bunga.
alatan mandi (Kelas Amanah)
 Balang plastik,
reben, gam.

8.0 BAHAN DAN PERALATAN

Bahan dan Peralatan Bilangan


Sabun pencuci pakaian 1
Bedak muka 1
Minyak rambut 1
Penyepit pakaian 1 set
Sabun mandi (cecair) 1
Sabun mandi (buku) 4
Net nipis berwarna 1 gulung kecil
Kayu aiskrim 2 set
Reben 1 gulung
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Encik John Anak Rimbar
(Guru Besar SK Kapit)
Naib Pengerusi : En. Aidil Khirzir Bin Amin Nordin
( Pen. Kanan Pentadbiran)
Pn. Mellis Laong Anak Manggat
(Pen. Kanan HEM)
En. David Ajon
(Pen. Kanan KO)

Penyelaras PPKI :En. Raymceldrin Legan Anak Rapu

Penyelaras Program : En. Nizamuddin Shah Bin Nawawi

Setiausaha : En. Nizamuddin Shah Bin Nawawi

Bendahari : Cik Rahel Henry Bakim

Ahli Jawatankuasa Kecil

En. Nizamuddin Shah Bin Nawawi


En. Raymceldrin Legan Anak Rapu
Cik Rahel Henry Bakim
Pn. Entuyan Anak Ramba
Pn. Annica Anak Jimmy
Pn. Evlyne Anak Umpa
Pn. Lensa Anak Kaya

10.0 PENUTUP
Kerjasama dan komitmen dari semua pihak amat diharapkan agar program
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.
Disediakan oleh ,

………………………………………….
(NIZAMUDDIN SHAH BIN NAWAWI),
Penyelaras Program,
Minggu Pengurusan Diri PPKI 2020,
Sekolah Kebangsaan Kapit.

Disemak oleh :

…………………………………………….
(RAYMCELDRIN LEGAN ANAK RAPU)
Penyelaras PPKI,
Sekolah Kebangsaan Kapit.

Disahkan oleh :

…………………………………………….
(JOHN ANAK RIMBAR)

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kapit.

Anda mungkin juga menyukai