Anda di halaman 1dari 10

Analisis Video Hotel Trivago

STRUKTUR AYAT PENDEK / AYAT TUNGGAL

Terdapat penggunaan sturktur ayat yang pendek dalam video yang saya lihat.
Antaranya ialah “Sekali pandang saya akan menyukainya”, perkataan ini akan membantu
pelanggan atau penonton untuk memahami tentang iklan yang disampaikan.

Seterusnya, dalam iklan ini terdapat penggunaan ayat seperti “Membuat pilih yang
betul untuk saya dan untuk di juga dia”. Dalam ayat ini menyatakan bahawa jika kita
menggunakan aplikasi TRIVAGO kita dapat membuat pemilihan hotel dengan lebih baik dan
dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

PENGGUNAAN KAEDAH, UMPANAN, PUJUKAN, KEMESRAAN, GESAAN DAN DOA

Dalam iklan ini, terdapat penggunaan kaedah umpanan, pujukan, dan kemesraan
contoh ayat “Dengan menawarkan coklat manis atas bantal, makanan enak dengan
perkhidmatan bilik”. Perkara ini menunjukan benda-benda yang menjadi idaman kepada
setiap manusia. Hal ini akan menarik minat dan perhatian para penonton dan pelanggan.

KAEDAH PERNYATAAN

Dalam video iklan ini juga terdapat penggunaan kaedah pernyataan seperti “Trivago
menggumpulkan pelbagai ulasan tentang hotel dari seluruh dunia”. Penyataan ini
menunjukan fungsi aplikasi TRIVAGO jika digunakan. Dengan ini penonton dapat maklumat
yang jelas tentang iklan ini walaupun penonton tidak melihat iklan ini secara penuh.

Umpanan

Ayat berunsur umpan ini adalah ayat untuk membuatkan seseorang terpedaya atau
terpikat. Contoh dalam iklan Trivago ialah,
“Hotel ini saya akan menyukainya, coklat manis atas bantal, botol syampu mewah di bilik
mandi”
Bandingan

Unsur bandingan adalah untuk membolehkan pendengar membuat perbandingan


dan meyakinkan pendengar tentang kelebihan produk berbanding produk lain.
Contoh dalam iklan Trivago ialah,

“Bandingkan harga dengan pelbagai laman web sedunia untuk carikan tawaran
hebat, Hotel Trivago”

Unsur Retorik/ Manipulasi Bahasa Secara Berkesan

Unsur retorik ialah seni menggunakan bahasa yang indah dan menarik untuk me-
mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Contoh dalam iklan Trivago ialah,

“Boleh dikatakan sekadar pandang, saya akan menyukainya”

Unsur Pertanyaan

Berdasarkan video tersebut, bagi mempromosikan lagi dan menegaskan lagi


bahawa applikasi trivago adalah yang terbaik, kaedah ini dilakukan. Kita pasti akan
senang dan mudah mengingati jika imgin mencari sesuatu, jawapannya adalah
apllikasi yang mereka sediakan. Contoh dalam video tersebut ialah “Hotel? Trivago!”.
Hal ini juga menjawab persoalan atau masalah pelanggan yang hadapi masalah
mendapat hotel di mana sahaja. Oleh itu, unsur pertanyaan ini pentinga dalam laras
bahasa iklan.

Mempunyai slogan

Berdasarkan video tersebut, laras Bahasa iklan hotel trivago ini juga mempunyai
slogan yang menarik perhatian pendengar. Contohnya, “Hotel? Trivago” yang selalu
dinyatakan dan selalu mudah untuk disebut oleh orang ramai. Pada pendapat saya,
slogan berfungsi untuk masyarakat lebih mudah mengingati iklan yang mereka
mempromosikan. Slogan applikasi ini juga selalu digunakan dalam semua iklan yang
pernah dihasilkan , dan masyarakat juga mengingati trivagi berdasarkan slogan ini.
Oleh disebabkan itu slogan amat penting dalam laras bahasa iklan.
Analisis video KFC

Berdasarkan video iklan Mc Donalds berikut, dapat dianalisiskan beberapa ciri-ciri


laras bahasa iklan yang digunakan dalam video tersebut. Antaranya ialah penggunaan
unsur grafik dan ilustrasi pada iklan bercetak contohnya pada penghujung video tersebut
disertakan kata-kata atau ayat yang mempunyai unsur grafik. Selain itu, video ini juga turut
mempunyai ciri gambar bergerak dan muzik yang jelas pada keseluruhan video. Seterusnya,
video tersebut juga menggunakan kaedah umpanan, pujukan dan kemesraan bagi menarik
minat sesiapa yang menonton iklan tersebut. Kemudian, video ini juga mempunyai unsur
retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan untuk memujuk para penonton video iklan
tersebut untuk membeli produk mereka. Video tersebut juga turut mempunyai ciri-ciri laras
bahasa iklan yang baik iaitu menggunakan kaedah pernyataan contohnya, ayat ‘Sedapnya
Jadi Rakyat Malaysia’ digunakan. Video tersebut mempunyai ciri perkaitan konsep pada
keseluruhan video iaitu bersempena hari kebangsaan Malaysia, Mc Donalds membuat video
berkaitan masyarakat Malaysia yang bersatu padu sedang menikmati menu Mc Donalds
dengan pelbagai ragam.
SOALAN 2
HURAIKAN CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN BAHASA KLASIK DI
BAWAH:
“ Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu
Bendahari dan Temenggung, dan segala Menteri dan Orang Besar , segala sida-sida
duduk di seri balai; maka sega anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan
segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang
muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala Bentara yang di kiri itu,
daripada anak cucu menteri yang patut menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan
Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang
akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal
Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa
bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara”

CIRI-CIRI CONTOH
1. Struktur ayat pasif atau ayat songsang Adapun apabila raja dihadap orang di
dengan pendepanan predikat dan diikuti balairung, maka Bendahara dan Penghulu
dengan subjek di belakangnya. Bendahari dan Temenggung, dan segala
Menteri dan Orang Besar...
2. Penggunaan bahasa istana. ...daripada anak cucu menteri yang patut
menjadi Bendahara dan Penghulu
Sebagai contohnya, perkataan-perkataan
Bendahari dan Temenggung; dan kepala
kata ganti nama seperti ‘patik’, ‘hamba’,
bentara yang di kanan itu, daripada anak
‘tuanku’ dan sebagainya digunakan.
cucu hulubalang yang akan patut jadi
Perkataan kata kerja seperti ‘titah’ dan
Laksamana dan Seri Bija Diraja;...
‘sembah’ turut digunakan. Di samping itu,
nama-nama jawatan seperti ‘laksamana’,
‘bendahara’ dan ‘hululabang’ turut
diselitkan dalam laras bahasa klasik.
3. Ayat yang digunakan dalam laras bahasa ... segala sida-sida duduk di seri balai;
ini biasanya panjang, berulang-ulang dan maka sega anak raja-raja itu duduk dikelek-
berbelit-belit. Hal ini menyebabkan kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-
pembaca sukar atau keliru dalam sida yang muda-muda duduk diselang-
memahami maksud sebenar ayat tersebut. selang antara Bentara, dan hulubalang
muda-muda berdiri di ketapakan balai
memikul pedang, dan kepala Bentara yang
di kiri itu,...
SOALAN 3
Ciri-ciri Laras Bahasa kreatif dalam cerpen:
1) Keindahan Bahasa
* Penggunaan bahasa kiasan dan bernada puitis.
Contoh dalam cerpen:
Bagaikan benang yang kusut, dia kembali menyelusuri dan memilihnya benang kenangan
itu
satu persatu. Segala tergambar jelas bagaikan baru semalam berlaku.

2) Keutuhan Karya
* Setiap perkara yang disampaikan oleh pengarang merupakan hasil pemilihan pengarang
dan tiada unsur kebetulan.
Contoh dalam petikan:
Kenangan kembali mengimbau di kepala otaknya yang seketul cuma. Sejak lahir dan hingga
berusia 72 tahun hanya otak itu sahajalah yang dimiliki.

3) Bersifat Imaginatif & Figuratif


* Hasil gabungan realitit dengan imaginasi, penulis dapat mengunggkapkan kata yang
tersendiri dan memberi kesan kepada pendengar atau pembaca. Sifat figurative bersifat
hiperbola, personifikasi, metafora dan sebagainya.
Contoh dalam petikan:
dia kembali duduk dan ketika itu
ingatannya mengetuk pintu hati dan terbukalah kenangan lamanya sewaktu dia masih lagi
berkhidmat dalam pasukan keselamatan di hujung musim darurat.
* Contoh di atas memiliki unsur personifikasi iaitu salah satu bentuk figuratif berdasarkan
sebahagian ayat yang digarisi.

4) Penggunaan Bahasa Baku


* Digunakan dalam sastera untuk menunjukkan dan mengekalkan identiti bahasa di mana
penyebutan vokal secara tepat.
Contoh dalam petikan:
“Aku rasa, jika susah sangat dapat kerja lain, baik aku sambung. Bukan senang nak dapat
tawaran seperti ini,”
5) Penggunaan Pandangan Orang Pertama
* Sudut pandangan orang pertama seperti aku dan saya dapat menarik hubungan di antara
pembaca dengan pengarang serta dapat memberikan gambaran jelas terhadap perkara
yang disampaikan.
Contoh dalam petikan:
“Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas jasa dan khidmat bakti pengorbanan tuan yang telah disumbangkan bagi
mempertahankan keselamatan dan keamanan negara semasa darurat (1948-1962).
Sesungguhnya perjuangan dan pengorbanan yang diberikan amat besar kepada agama,
bangsa dan negara. Saya berdoa semoga tuan senantiasa dilimpahkan kebahagiaan hidup
dan berada di dalam sihat sejahtera.”
SOALAN 4

Anda dikehendaki mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara berikut:

i. Definisi laras Bahasa

(i) Menurut Za’ba (1962), laras merupakan rupa susuk bahasa yang dipakai apabila
bercakap atau mengarang sama ada ia berbentuk perkataan, jalan bahasa, cara
susunan dan juga bentuk peribahasa.
(ii) Menurut Brian Seaton (1932), beliau mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa
yang wujud daripada situasi berlainan seperti umur, jantina dan tajuk
percakapan.
(iii) Menurut Ure dan Ellis (1977), laras bahasa merupakan jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi tertentu. Ia menitikberatkan pemilihan kata
atau disiplin mengikut sesuatu bidang dan akan berubah berdasarkan fungsi dan
keadaan.
(iv) Menurut Nik Safiah Karim (1982), laras didefinisikan dengan cara atau gaya
penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa pula merupakan variasa bahasa
yang boleh dituturkan daripada sekumpulan varias yang ada pada setiap
penutur.
(v) Berdaarkan definisi-definisi yang telah diberkan olh tokoh-tokoh bahasa, dapat
dirumuskan bahawa laras bahasa merupakan variasa bahasa yang berbeza-
beza bentuk dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dalam bidang
tertentu.
ii. Ciri-ciri laras bahasa umum
Ciri-ciri keperihalan:
1. Situasi luaran
2. Situasi persekitaran

Situasi luaran
 Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
 Merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan
tindak-tanduk anggota masyarakat.

Situasi persekitaran
 Cara penyampaian
 Perhubungan sosial dan peribadi
 Bahan
 Fungsi sosial

Ciri-ciri linguistik:
1. Aspek bunyi
2. Aspek perkataan
3. Aspek ayat

iii. Contoh petikan laras bahasa umum,

Jam loceng berbunyi pukul enam pagi. Benry bangun. Dia pergi bilik mandi gosok gigi lalu
cuci muka. Kemudian, Benry mandi lalu pakai baju sekolah. Dia juga sikat rambutnya depan
cermin. Sebelum bertolak, Benry makan roti lalu minum susu. Benry menunggang basikal
pergi sekolah.
Contoh petikan laras bahasa iklan

Slogan: Gaya, Mutu dan Keunggulan


Gesaan: Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini
Mesra: TV9 dekat di hati
Kaedah Pertanyaan: KFC Bucket Berbaloi
Bandingan: FEB lebih bersih dan harum
Pertanyaan: Menghadapi masalah perut buncit? Slim Word!
Kaedah Umpan: Wang Tunai RM 5000 menunggu kunjungan anda
Perkaitan Konsep: Iklan Air Asia: Now Everyone Can Fly

Contoh petikan laras bahasa kreatif

Contoh petikan laras bahasa klasik

Telah didengar oleh Raja Jin akan sembah Tuanku Malim Deman terlalu bijaksana pandai
berkata-berkata dengan halus manis serta pula lemah lembut aturannya, makin bertambah-
tambah kasih sayangnya akan Tuanku Malim Deman. Maka Raja Jin pun lalu bertitah “
Ayuhai anakanda, jika sekiranya anakanda hendak pergi ke mana-mana pun insya Allah
taala bolehlah ayahanda menyampaikan seperti maksud anakanda itu, akan tetapinya
hendaklah anakanda berjanji dahulu dengan ayahanda ”.

Anda mungkin juga menyukai