Anda di halaman 1dari 30

Budaya

Budaya bermaksud nilai, kepercayaan, tingkah laku, perlakuan, material serta corak hidup masyarakat: Murali a/l Murugasen

Orang Cina tidak menyukai nombor 4. Orang British tidak suka nombor 13. Kebanyakan orang Eropah cium di khalayak ramai. Orang Perancis cium 2 kali. Kebanyakan orang Asia cuma mencium di tempat sembunyi. Kebanyakan orang Nigeria tidak cium langsung. Pelbagai budaya yang berbeza di kalangan masyarakat dunia berdasarkan corak hidup masing-masing.

Ahli Sosiologi telah membahagikan budaya kepada 2 bahagian iaitu: i. Bukan kebendaan (Non-Material) ii. Kebendaan (Material) Tingkah laku manusia dibentuk berdasarkan faktor sejarah serta perlakuan (Practices) yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Cuma manusia mewujudkan kebudayaan untuk terus hidup dalam masyarakat.

Kira-kira 2 juta tahun yang lalu, nenek moyang kita telah menggunakan api, senjata, peralatan yang lain, tempat tinggal dan pakaian dalam zaman batu. Pada kira-kira 250,000 tahun yang lalu, timbulnya Homo Sapiens (Thinking Person) telah mula mewujudkan masyarakat. Tamadun baru dunia telah bermula di Timur Tengah kira-kira 12,000 tahun yang lalu. Cara hidup masyarakat post-industri cuma bermula kira-kira 300 tahun yang lalu.

Komponen Utama Budaya


i. Simbol: Sesuatu yang membawa maksud tertentu serta ia diterima oleh masyarakat. Kadangkala kita mengambil mudah tentang sesuatu simbol yang muncul. Sebagai contoh, suatu wisel, lukisan graffiti, lampu merah, bahasa isyarat, dll merupakan simbol.

Oleh itu, terdapat banyak Kejutan Budaya (Culture Shock) yang berlaku. Kita tidak dapat memahami suasana budaya yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Kejutan budaya ini biasanya dihadapi oleh para pelancong dari luar negara. Sesuatu budaya yang dilakukan di negara yang dilawati mungkin akan memberi kesan kepada para pelancong. Orang Inggeris yang melawat China terkejut dengan budaya orang Cina yang memakan anjing sebagai makanan tengah hari. Orang Inggeris membela anjing di rumah sebagai binatang kesayangan mereka.

Pelancong dari Asia Tenggara yang melawat England terkejut dengan kadar alkohol yang diminum oleh rakyat Inggeris. Sehelai kot buatan kulit binatang mengambarkan simbol status tetapi terdapat masyarakat yang menentang penggunaannya kerana ia merupakan satu bentuk penindasan terhadap binatang. Jeans telah diperkenalkan kira-kira 100 tahun yang lalu.

Jeans pada mulanya digunakan oleh pekerja kilang kerana tidak mahal. Namun begitu, pada tahun 1960an, jeans digunakan oleh pelajar kaya untuk mengambarkan mereka berbeza daripada pelajar lain di universiti. Sekarang, jeans tidak memberi apa-apa simbol kepada pengguna.

Kajian terhadap simbol serta isyarat dikenali sebagai Semiotik. Pakar bahasa, Pierce dari Amerika Syarikat, Saussure dan Roland Barthes dari Perancis telah membuat kajian terhadap maksud simbol. Menurut mereka, sehelai T-shirt, sebuah lagu, sepasang bendera, sebuah lagu pop, menu, sepatah perkataan boleh memberi makna yang berbeza-beza.

Bahasa
Bahasa memainkan peranan penting dalam budaya. Bahasa membolehkan masyarakat berkomunikasi antara sama sama lain. Masyarakat barat menulis dari kiri ke kanan. Masyarakat di utara Arika dan Asia barat menulis dari dari kanan ke kiri. Masyarakat di Timur Asia menulis dari atas ke bawah.

Bahasa yang paling luas digunakan di dunia ialah bahasa Mandarin (20% penduduk dunia menggunakannya atau 1.2 billion penduduk). Bahasa Inggeris digunakan oleh (10% penduduk dunia atau 600 juta penduduk). Bahasa Sepanyol digunakan oleh kira-kira (6% penduduk atau 350 juta penduduk). Terdapat kira-kira 5 hingga 6 ribu bahasa di dunia ini.

Satu pertiga daripada 6 ribu bahasa ini digunakan oleh kira-kira 1,000 orang sahaja. Separuh daripada 6 ribu bahasa ini digunakan oleh kira-kira 10 ribu orang sahaja. Terdapat beberapa bahasa yang cuma digunakan oleh 1 orang sahaja. Ahli linguistik meramalkan bahawa kira-kira 6,000 bahasa akan pupus dalam kurun ini. Kira-kira 8090% bahasa akan pupus dalam masa 200 tahun lagi.

Bahasa Inggeris sedang digunakan secara meluas di 60 buah negara dunia. Terdapat beberapa buah negara seperti Peranchis serta Wales cuba memperkembangkan bahasa masing-masing. The Eurpean Union Commission di Brussels telah mendapatkan kira-kira 400 staf untuk menjalankan penterjemahan bahasa. Terdapat kira-kira 11 bahasa rasmi sekarang.

Bahasa dan Etnik


Pada tahun 1960an, Amerika Utara serta Eropah Barat sedar bahawa setiap etnik juga mempertahankan bahasa masing-masing. Jumlah penduduk Amerika Syarikat ialah kira-kira 230 juta orang. 32 juta rakyatnya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Di Britain, selain daripada bahasa Inggeris, bahasa Welsh, Gaelic, Punjabi, Bengali, Urdu, Gujarati, Cantonese, German, Polish, Italian, Greek, Sepanyol, dll digunakan.

Bahasa serta Reproduksi Budaya


Reproduksi Budaya (Cultural Reproduction) merupakan satu proses yang mana satu generasi akan menyalurkan budaya mereka kepada generasi baru. . Sejarah membuktikan bahawa bahasa pada mulanya memindahkan budaya melalui lisan. Sistem tulisan cuma wujud kira-kira 5 ribu tahun dahulu. Proses ini dikenali oleh ahli sosiologi sebagai Oral Cultural Tradition.

Namun begitu, terdapat kira-kira 1 daripada 5 orang di United Kingdom yang buta huruf. Terdapat kira-kira 30% peratus penduduk China yang buta huruf. Seterusnya, 80% penduduk Sierra Leone di Afrika yang buta huruf. Negara Georgia di Eropah mempunyai 100% kadar literasi.

Nilai dan Kepercayaan


Nilai (Value) dapat menentukan yang mana baik atau buruk. Kepercayaan (Belief) merupakan kenyataan spesifik individu untuk menentukan yang mana baik atau buruk. Kita telah dididik oleh keluarga, sekolah, agama serta masyarakat untuk menghayati, berfikir dan bertindak berdasarkan lunas-lunas yang rasional.

Nilai-nilai yang terdapat di Eropah telah bermula sejak zaman yang dikenali sebagai The Age of the Enlightenment. Mereka telah berpegang kepada nilai-nilai seperti Rasional, Sains, Falsafah. Munculnya juga beberapa orang penulis serta pemikir seperti (Voltaire, Hume, Diderot) dalam kurun yang ke 18. Masyarakat sedar bahawa merekalah perlu menentukan keputusan sendiri. Nilai atau pegangan mereka juga dianggap sebagai yang tertinggi. Eropah juga mengalami Sistem Feudel, Sistem Aristokrat yang bertukar menjadi Sistem Kelas (Therborn, 1995)

Norma
Di negara China, masyarakat suka bertanya tentang pendapatan (Wages) yang diperoleh oleh orang lain. Di Eropah, soalan tersebut dianggap biadap. Terdapat norma yang dilarang (Proscriptive) oleh masyarakat. Di China, memegang tangan sambil berjalan di kawasan awam dianggap melanggar norma-norma masyarakat. Di Eropah, guru-guru akan mengajar tentang safe sexdi kelas. Perkara ini dibenarkan oleh masyarakat. Ia dikenali sebagai (Prescriptive).

Willam Graham Summer (1959), seorang pakar Sosiologi, berpendapat terdapat beberapa norma yang penting kepada diri kita. Istillah yang digunakan ialah Mores. Oleh itu, masyarakat mempunyai suatu standard moral yang yang boleh dipatuhi oleh semua orang. Contohnya, seorang dewasa melakukan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak dilarang keras oleh masyarakat. Seorang barat yang tidak memakai tie ke majlis makan malam hanya melanggar etika majlis tetapi seorang yang hanya memakai tie ke majlis tersebut dianggap melanggar Peraturan Sosial (Social Mores).

Pelbagai Budaya: (Cultural Diversity)


Pengaruh Feng Shui telah mempengaruhi seluruh dunia. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mengamalkan pelbagai kebudayaan (Multicultural/Cultural Diversity) di dunia. Pada tahun 2000, Amerika Syarikat telah menerima sebanyak 55 juta pelancong ke negaranya. Negara Jepun merupakan antara negara maju yang mengamalkan satu budaya (Monocultural) akibat sekatan kerana terlibat dalam perang dunia ke-2.

Budaya Tinggi (High Culture) dan Budaya Popular (Popular Culture)


Kadangkala, kita gunakan perkataan budaya sewaktu membincangkan perkara-perkara klasik seperti sastera, muzik, tarian, lukisan, dll. Kita memuji sesetengah orang sebagai berbudaya. Sesetengah budaya cuma terdapat pada sesetengah golongan masyarakat (Hall dan Neitz, 1993). Ahli Sosiologi menggunakan istillah sebagai Budaya Tinggi (High Culture). Budaya ini terdapat pada golongan elit sahaja.

Budaya yang terdapat pada kebanyakan masyarakat dipanggil Budaya Popular (Popular Culture). Masyarakat juga menghormati pengetahuan serta kepakaran yang biasanya dimiliki oleh seseorang dalam sesuatu bidang. Golongan ini diandaikan memiliki Budaya Modal (Cultural Capital, Swartz, 1977).

Subcultures dan Counter Cultures


Subculture biasanya terdapat pada beberapa segmen yang terdapat dalam masyarakat. Antaranya termasuklah (gay, lesbian, ahli muzik jazz, penyajak, penulis, dll). Counterculture (Budaya Kuning) biasanya akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Antaranya termasuklah Mat Rempit, Penagih dadah, Hippies, dll.

Perubahan Budaya
Proses di mana kaum majoriti atau dominan mula menerima atau menyerap masuk budaya daripada kaum minoriti dipanggil Asimilasi. Proses di mana kaum minoriti menerima budaya daripada kaum majoriti dipanggil Amalgamasi. Dengan ini berlakunya satu bentuk integrasi yang kukuh dalam masyarakat. Contohnya ialah Kaum Baba serta Portugis di Melaka.

Manusia akan menyerap budaya orang lain ke dalam budayanya sendiri. Proses ini akan memperkayakan budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Difusi (Diffusion). Rekaan dan ciptaan baru telah mengayakan dunia. Contohnya, telefon dicipta pada (1876), kapal terbang (1903) dan Spray Aerosol (1941). Ciptaan tersebut mempunyai kesan yang besar kepada masyarakat dunia.

Terdapat juga beberapa diffusi dalam budaya Amerika Syarikat. Antaranya termasuklah: i. Tarian salsa dari Amerika Latin. ii. Muzik raggae dari Kepulauan Caribbean, muzik jazz dan blues dari budaya Africa America. iii. Makanan pizza dari Itali, frankfurter dari Jerman, taco dari Mexico, sushi dari Jepun, falafel dari Timur Tengah.

Penglibatan kaum wanita dalam bidang pekerjaan telah mengubah status keluarga. Masalah yang wujud dalam masyarakat seperti penceraian, ibu tunggal, jenayah, dll dapat dikurangkan sekiranya struktur budaya dapat diintegrasikan. Proses ini dikenali sebagai Cultural Integration.

Etnocentrisme dan Cultural Relativisme


Sikap menilai kebudayaan orang lain berdasarkan kepada pemahaman sendiri dan memandang rendah kebudayaan orang lain dipanggil Etnocentrisme. Cultural Relativisme bermaksud masyarakat bersikap terbuka serta mampu menerima kebudayaan orang lain dengan hati yang terbuka. Ahli falsafah, Confucius pernah berkata; All people are the same; its only their habits that are different.

Sikap mengagung-agungkan kebudayaan orang lain dipanggil Endocentrisme. Sikap takut kepada orang luar atau kebudayaan asaing dipanggil Xenophobia.

Anda mungkin juga menyukai