Anda di halaman 1dari 14

Ahli Kump:

Sabrinahlynn

.S. Feliciana .S. Sherlyz .G. Janet .S.

Apa itu KKP? (Definisi) Merupakan batas maksimum keluaran yang dapat dihasilkan oleh ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada. Ia juga menunjukan kombinasi keluaran yang dapat dihasilkan oleh sebuah firma atau negara secara cekap dengan menggunakan sumber ekonomi sedia ada.

Apa kepentingan KKP? Ia dapat menerangkan masalah ekonomi iaitu perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

a)

b)

c)

d)

e)

Ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barang. Ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh. Faktor pengeluaran yg ada adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berkembang. Proses pengeluaran berlaku dalam jangka pendek.

Kombinasi
A B C

Kelapa Sawit (tan metrik)


0 10 20

Getah (tan metrik)


40 30 20

D E

30 40

10 0

Jadual 1.1 Jadual kemungkinan pengeluaran kelapa sawit dan getah

Sekiranya ekonomi Ingin menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada untuk mengeluarkan getah, 40 tan metrik getah akan dikeluarkan dan tiada kelapa sawit dikeluarkan. Jika ekonomi Ingin menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada untuk mengeluarkan kelapa sawit,40 tan metrik kelapa sawit akan dikeluarkan dan tiada getah yg dikeluarkan. Apabila ekonomi menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada untuk mengeluarkan getah, kelapa sawit tidak dapat dikeluarakan kerana ekonomi menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran.

Sekiranya ekonomi atau negara ingin menghasilkan kedua-dua keluaran,iaitu getah dan kelapa sawit,ekonomi Perlu memilih antara kombinasi pengeluaran B,C atau D disebabkan masalah kekurangan faktor pengeluaran dalam ekonomi. Jika ekonomi memilih kombinasi B, 10 tan metrik kelapa sawit boleh dikeluarkan, tetapi ekonomi terpaksa mengurangkan keluaran getah drpda 40 tan metrik kpd 30 tan metrik. Faktor pengeluaran yang tidak digunakan untuk mengeluarkan 10 tan metrik getah akan digunakan untuk mengeluarkan 10 tan metrik kelapa sawit

Oleh itu,pada kombinasi B,ekonomi akan mengeluarakn 10 tan metrik kelapa sawit dan 30 tan metrik getah. Pada kombinasi C & D,semakin banyak keluaran kelapa sawit dihasilkan, semakin kurang keluaran getah yang dapat dihasilkan disebabkan masalah kekurangan faktor pengeluaran dalam ekonomi. Oleh itu, kombinasi A,B,C,D dan E merupakan kemungkinan pengeluaran yang dapat menunjukkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas dalam ekonomi.

Batas maksimum pelbagai kombinasi keluaran kelapa sawit dan getah yang dapat dihasilkan oleh ekonomi dengan faktor pengeluaran yang ada ditunjukan oleh titik A,B,C,D dan E. Titik A,B,C,D dan E di sepanjang KKP menunjukkan ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh kerana ekonomi telah mencapai tahap pengeluaran maksimum. Masalah kekurangan faktor pengeluaran menyebabkan ekonomi terpaksa membuat pilihan sama ada untuk mengeluar pada titik A,B,C,D atau E. masalah pilihan akan mewujudkan kos lepas.

Pada titik A,semua faktor pengeluaran akan digunakan untuk mengeluarkan 40 tan metrik getah & tiada kelapa sawit dikeluarkan kerana ekonomi menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran. Pada titik A, kos lepas wujud dalam bentuk 40 tan metrik kelapa sawit yang tidak dapat dikeluarkan. Oleh itu,tingkat guna tenaga penuh masalah kekurangan,pilihan dan kos lepas dapat ditunjukkan oleh titik-titik di sepanjang
KKP.

Sebarang titik yangg berada di dalam lingkungan KKP, iaitu di bahagian kiri keluk tersebut menunjukkan kombinasi pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya. Jadi ini bermakna masalah pengangguran wujud dalam ekonomi. Andaikan ekonomi berada pada titik F. pada titik ini,eko akan mengeluarkan 10 tan metrik kelapa sawit dan 20 tan metrik getah. Ekonomi dikatakan menghadapi pengangguran kerana jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya, ekonomi boleh bergerak dari titik F ke titik B dengan mengeluarkan 10 tan metrik kelapa sawit dan 30 tan metrik getah atau ke titik C dengan mengeluarkan 20 tan metrik kelapa sawit & 20 tan metrik getah.

Pada titik B dan C,tahap keluaran maksimum dihasilkan dengan mengunakan semua faktor pengeluaran yang ada dan ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. Sebarang kombinasi keluaran yang berada di luar KKP- di bahagian kanan keluk tersebut menunjukan ketidakmampuan ekonomi. Misalnya,titik G mewakili kombinasi pengeluaran 30 tan metrik kelapa sawit dan 30 tan metrik getah. Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana berada di luar KKP. Pada titik ini,ekonomi tidak mampu untuk mengeluarkan kombinasi keluaran tersebut akibat masalah kekurangan faktor pengeluaran.

Titik-titik di sepanjang KKP juga dapat menunjukkan masalah asas ekonomi,iaitu apa dan berapa hendak dikeluarkan dalam ekonomi. Pada titik C ekonomi akan mengeluarkan 20 tan metrik kelapa sawit dan 20 tan metrik getah. Kombinasi keluaran ini mewakili apa atau jenis barang yang hanya dikeluarkan dan berapa atau kuantiti barang yang harus dikeluarkan.

Harap tidak membosankan.

Anda mungkin juga menyukai