Anda di halaman 1dari 13

2.0 PENGENALAN Ismail Faruqi seorang guru praktikum yang menghadapi masalah dengan pelajar-pelajar tahun 5.

Kelas ini mempunyai bilangan pelajar seramai seramai 30 orang. Sebilangan daripadanya mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas seperti banyak bercakap, ketawa dan sentiasa mendominasi kelas. Ismail Faruqi menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) kerana selalu diganggu oleh pelajar yang ingin mendominasi kelas itu. Pada suatu hari, Ismail Faruqi merancang untuk mengadakan ujian formatif berbentuk kuiz. Pada hari tersebut pula, guru pembimbing Ismail Faruqi tidak hadir dan ini memberi peluang kepada Ismail Faruqi untuk melakukan aktiviti tersebut dengan bebas. Ismail Faruqi membuat perbezaan pendekatan dalam pengajarannya berbeza dengan guru pembimbingnya. Kebiasaannya guru pembimbing hanya memberi tugasan bertulis secara individu kepada para pelajar dan menggunakan kaedah kumpulan kepada pelajar kelas ini. Pada permulaan pengajaran, Ismail Faruqi mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan mengikut pilihan mereka. Ismail Faruqi beranggapan bahawa kelasnya akan menjadi bising, akan tetapi ianya memberi keseronokan kepada pelajar-pelajarnya dan ini merupakan salah satu teknik pembelajaran yang afektif. Ismail Faruqi menyedari bahawa setiap kumpulan yang dibentuk adalah mengikut ras dan tahap pencapaian akademik. Ismail Faruqi juga mengetahui bahawa pelajar cina dan pelajar melayu tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan. Walaupun dia telah menyedari faktor ini, namun dia menganggap perkara ini biasa sahaja. Semasa aktiviti dijalankan, berlaku pergaduhan antara pelajar cina (Hafiz) dan pelajar melayu (Lee Wei). Ismail Faruqi segera meleraikan mereka apabila keadaan menjadi semakin teruk. Selepas meleraikan pergaduhan itu, Ismail Faruqi mencadangkan untuk meneruskan permainan tadi walaupun menyedari ia kurang berjaya sehingga tamat kelas. Setelah kelas berakhir, dua orang pelajar tersebut bergaduh di luar kelas. Ismail Faruqi memanggil mereka masuk ke dalam kelas. Hanya Hafiz yang mengikut arahan,
2

manakala Lee Wei lari ke koridor dan bersembunyi di suatu sudut. Oleh kerana Hafiz tidak memulakan pergaduhan itu, Ismail Faruqi merasakan dia tidak perlu berbincang dengan seorang pelajar sahaja lalu Ismail Faruqi melepaskan Hafiz. Ismail Faruqi mengimbas kembali kejadian yang berlaku tadi. Meskipun pencapaian akademik Lee Wei lemah, dia tidak pernah menimbulkan masalah. Ismail Faruqi kurang mengetahui tentang latar belakang Lee Wei dan tambahan pula Lee Wei lebih tua dan berbadan besar dari pelajar lain dalam kelasnya. Ismail Faruqi merasakan bahawa dia tidak patut membiarkan Lee Wei melanggar arahannya, lalu dia segera mencari Lee Wei di tempat letak basikal dan memberitahu tujuannnya untuk berbincang. Lee Wei memberi respon dengan berkata, saya tidak ada masa untuk semua ini!. Ismail Faruqi merasa berang dan terus ke pejabat dan merujuk ke bahagian disiplin. Keesokannya, apabila Lee Wei sampai ke sekolah, Ismail Faruqi menyerahkan notis hukuman dan membawa Lee Wei berjumpa guru disiplin. Ismail Faruqi menerangkan kepada Lee Wei bahawa kelas tahanan akan bermula selepas kelas kerana tindakannya yang mengingkari arahan Ismail Faruqi semalam. Semasa Ismail Faruqi menyelesaikan kerjanya, dia terdengar Lee Wei berbisik kepada pelajar lain di sebelahnya, saya akan patahkan rahangnya, sambil mengepal penumbuk. Namun begitu, Ismail Faruqi tidak mengendahkan perbualan itu. Apabila Ismail Faruqi meninggalkan kelas, dia sekali lagi bertembung dengan Lee Wei. Ismail Faruqi menjeling kepada Lee Wei, dan Lee Wei menjawab, jangan lihat saya, budak!. Ismail Faruqi merasa marah dengan kelakuan Lee Wei lalu menghampirinya. Ismail Faruqi berkata dengan nada yang geram, masuk, duduk dan jangan lakukan apa-apa yang boleh mendatangkan keburukan kepada kamu. Hanya duduk dan tunggu En. Rosli jumpa kamu!. Semasa Ismail Faruqi mengingatkan Lee Wei tentang kelas tahanan pada tengahari tersebut, Lee Wei memberi alasan dia harus mengejar bas untuk pulang ke rumah. Ismail Faruqi membenarkan Lee Wei pulang tetapi dengan syarat, dia harus menunggu pada esok hari di bilik tahanan itu. Lee Wei memberitahu dia mengikuti
3

penahanan ini hanya kerana arahan En. Rosli. Apabila Ismail Faruqi menerangkan sebab Lee Wei ditahan dalam bilik ISS, tiba-tiba dia berkelakuan liar dan mula bertanya mengapa Hafiz tidak dihukum. Ismail Faruqi cuba menerangkan sebab sebenar hukuman dikenakan kepada Lee Wei, namun Lee Wei tidak mahu mendengarnya. Lee Wei memanggil Ismail Faruqi bodoh dan menyindirnya supaya kembali belajar ke universiti. Ismail Faruqi mula merasakan perbezaan bangsa dan latar belakang menyebabkan timbulnya

persengketaan antara dia dan Lee Wei. Lee Wei menunjukkan perangai yang buruk seperti makan di dalam kelas dan tidak mendengar arahan Ismail Faruqi serta mengganggu kelas. Apabila keadaan tidak terkawal, Ismail Faruqi terpaksa memanggil dan meminta bantuan dari guru di kelas sebelah. Guru perempuan itu mengarahkan Lee Wei duduk dengan nada yang lembut dan Lee Wei mematuhinya. Ismail Faruqi merasakan dirinya gagal untuk mengawal situasi sekaligus menampakkan dia tidak dapat menjadi seorang guru yang cemerlang. Dua hari kemudian, semasa perbincangan dengan guru Bahasa Inggeris dan guru Pendidikan Khas , dia mendapati Lee Wei pernah memasuki kelas pelajar bermasalah tingkah laku pada dua tahun lepas, dan berperangai baik, sehinggalah diinklusifkan ke aliran perdana. Ismail Faruqi merasa bersalah dan menyesal kerana membuat keadaan Lee Wei menjadi begini .

3.0 ANALISIS KES 3.1 MENGENAL PASTI MASALAH KES Berdasarkan kajian kes yang saya lakukan saya mendapati bahawa masalah utama dalam kes ini ialah guru yang tidak dalam menangani situasi pelajar yang bermasalah. Menurut Mok Soon Sang (2009), menyatakan bahawa guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi ini akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Dalam kes ini saya mendapati Ismail Faruqi adil dengan Lee Wei apabila bleiau tidak menghukum Hafiz yang turut terlibat dalam pergaduhan tersebut. Mengakibatkan Lee Wei memberontak iaitu membuat bising, bercakap dengan kuat dan lari dari kelas tahanan. Hal ini jelas bahawa Ismail Faruqi tidak mempunyai kualiti peribadi yang tinggi iaitu adil dalam menangani masalah Ricahrd dan Hafiz kerana beliau tidak mengenakan hukuman terhadap Hafiz yang secara terang-terangan terlibat dalam pergaduhan tersebut. Selain itu juga, masalah ini jelas kelihatan apabila Ismail Faruqi seakan-akan tidak mempedulikan pembahagian kumpulan yang tidak seimbang antara para pelajarnya. Jelas kelihatan bahawa pembahagian kumpulan tersebut sangat diskriminasi. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Ismail Faruqi tidak professional dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana beliau tidak mengendahkan ketidakseimbangan pembahagian kumpulan tersebut. Akibatnya, wujud perbalahan antara Hafiz dan Lee Wei dan hal ini hanya dapat dikawal seketika sahaja. Selain itu juga, Ismail Faruqi tidak dapat mengawal tingkah laku Lee Wei yang menganggu proses pengajaran dan pembelajarannya dengan membuat bising dan memberontak Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Ismail Faruqi tidak dapat mengurus tingkah laku pelajarnya sehinggakan pelajar mengganggu sesi tersebut pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini sudah tentu akan menggaggu para pelajar yang lain untuk menuntut ilmu.

Kesimpulannya, masalah ini telah mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut gagal dan pelajar dilihatkan menguasai situasi dalam bilik darjah tersebut. Hal ini, mengakibatkan murid-murid kurang rasa hormat dan biadap terhadap gurunya.

3.2 PUNCA DAN KESAN KAJIAN KES. Melalui kajian kes ini juga saya dapat meneroka beberapa punca terjadinya masalah terbabit. Antara punca tersebut ialah guru tidak ada kompentasi dalam menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Choong Lean Keow (2008) salah satu aspek guru yang efektif ialah kebolehan mewujudkan peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah dan menangani tingkah laku bermasalah. Di dalam kes ini saya mendapati guru tersebut tidak memantau aktiviti yang berlangsung serta tidak mewujudkan peraturan bilik darjah sehinggakan murid-murid dapat menguasai situasi di dalam kelas tersebut. Hal ini kita jelas dapat melihat apabila Lee Wei dan Hafiz mula berbalah antara satu sama lain. Kesannya, dengan terjadinya perbalahan tersebut mengakibatkan kelas menjadi sangat bising sehingga menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran pada hari itu terganggu. Hal ini sudah tentu motivasi pelajar untuk belajar menurun dan pelajar akan berada dalam keadaan terumbang ambing kerana mereka tidak tahu apa yang mereka mesti lakukan dengan keadaan kelas yang menganggu itu. Selain itu juga, saya mendapati puncanya ialah dari segi strategi pengajaran guru yang tidak berkesan. Dalam kes ini saya melihat guru tersebut menggunakan kepimpinan Laissez Faire. Menurut Meyers, Rust & Wayne, 2001 menyatakan guru berkepimpinan laissez faire ini kurang memberikan bimbingan dan sentiasa bersikap acuh tak acuh dalam pengajarannya. Dalam kes ini saya melihat bahawa Ismail Faruqi mengarahkan pelajar membentuk kumpulan mengikut kumpulan sendiri dengan harapan aktiviti yang dijalankan akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Namun, strategi Ismail Faruqi ini gagal kerana pelajar membahagikan kumpulan mengikut warna kulit dan tahap pencapaian akademik sehingga menyebabkan Lee Wei dan Hafiz bergaduh sesama mereka. Kesannya, murid yang rendah tahap pencapaiannya tidak mungkin dapat
6

meningkatkan prestasinya dan mereka akan terus mundur dalam akademik. Di samping itu juga kesan ini akan memberikan impak jangka panjang kepada ekonomi Negara keran tidak daapt melahirkan insan-insan yang gemilang yang dapat memacu Negara ke tahap globalisasi. Ini sudah tentu profesion keguruan akan dipandang remeh oleh masyarakat amnya. Guru yang tidak berpengalaman juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah ini. Menurut www.pts.com.my, 31 Mac 2010, 12.00pm, guru berpengalaman merupakan guru yang mempunyai pengetahuan yang banyak dalam menentukan dan memilih proses serta strategi pengajaran dan pembelajaran serta mahir dalam menguruskan bilik darjah. Dalam hal ini jelas kelihatan bahawa Ismail Faruqi tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar kerana beliau dilihat gagal dalam mengawal situasi pelajarnya yang memberontak sewaktu sesi pembelajaran dan pengajarannya. dalam bilik darjahnya. Buktinya, Lee Wei bercakap dengan kuat. bergaduh sewaktu Ismail Faruqi melaksanakan membuat bising dan pengajaran dan

proses

pembelajarannya. Walaupun Ismail Faruqi dapat meleraikan pergaduhan tersebut namun ianya tetap berlarutan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, guru tidak dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Hal ini, secara tidak lengsung akan menjejaskan objektif pendidikan yang mahukan para pendidik melahirkan produk yang berkualiti kerana generasi baru merupakan produk yang akan memaju Negara ke arah kegemilangan di mata dunia. Jika hal ini di pandang remeh nescaya Negara kita akan Kesimpulannya, berdasarkan punca-punca dan kesan-kesan yang telah saya kaji ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya guru yang efektif dalam bilik darjah yang membawa kepada keberkesanan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

4.0 CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH 4.1 CADANGAN BERDASARKAN RUJUKAN Dalam dunia penuh mencabar ini tidak daapt dinafikan bahawa senarai cirri-ciri guru yang efektif dalam bilik darjah tidak akan ada penghujungnya. Hal ini kerana, setiapa orang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap stigma ini. Menyedai hakikat ini saya telah membuat beberapa rujukan mengenai cadangan literature berkaitan kajian kes saya ini. Antaranya ialah menurut Mc Ewan (2001) menyatakan terdapat 10 ciri-ciri yang dipunyai oleh seorang guru yang efektif. Oleh sebab itu, cirri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar iaitu peribadi, berunsurkan pengajaran dan intelektual. Guru yang berperibadi termasuklah seperti cirri-ciri berdedikasi terhadap pengajaran, meudahcarakan pembelajaran dan prihatin terhadap kebajikan murid,ibu bapa dan rakan sejawat. Manakala, ciri guru yang berunsurkan pengajaran ialah keupayaan megnurus bilik darjah, tingkah laku dan masa serta bersemangat untuk belajar. Dalam hal ini, dilihatkan Ismail Faruqi seakan-akan tidak bermotivasi dan bersemangat sewaktu mamasuki kelas tersebut dan ditambah pula dengan ketidakhadiran guru pembimbingnya. Hal ini menyebabkan Ismail Faruqi menghadapi salah percaturan terhadapt pemilihan strategi pengajaran dan pembelajarannya. Ciri yang terakhir mengikut tokoh ini ialah intelektual yang meliputi ciri-ciri seperti gemar membaca mentelaah, meneroka sesuatu dan serasi dengan norma masyarakat. Didapati Ismail Faruqi tidak mempunyai nilai ini dan mengakibatkan beliau sukar untuk mengangani masalah dalam bilik darjahnya. Seterusnya, menurut Goh (2005) menggunakan konsep 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan iaitu positif, proaktif dan bersifat pencegahan. Guru yang mempunyai sikap positif percaya murid-murid akan belajar. Hal yang demikian guru tersebut akan berusaha denga sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Hal ini secara tidak langsung dapat menyemai keyakianan dalam diri murid bahawa mereka boleh belajar. Seterusnya pula ialah cirri proaktif iaitu guru tidak hanya masuk ke dalam bilik darjah
8

lalu mula mengajar apa yang telah dirancangkan. Sebaliknya guru seharusnya, membuat pertimbangan mengenai tahap kognitif dan perbezaan jantina murid-murid untuk guru menyusun tempat duduk yang sesuai bagi murid-murid tersebut. Hal ini yang demikian, guru yang proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Berdasarkan kes ini Ismail Faruqi dilihatkan tidak mengendahkan pembahagian kumpulan yang tidak seimbang dan penuh diskriminasi sehingga tercetusnya perbalahan antara anak muridnya.

Seharusnya, Ismail Faruqi perlu proaktif agar hal sebegini dapat dielakkan dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif. Seterusnya cirri pencegahan iaitu guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Untuk itu guru perlu menentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta menyediakan garis panduan yang tertentu. Dalam hal ini jugan, Ismail Faruqi secara jelasnya tidak dapat mengawal masalah tingkah laku Lee Wei seperti membuat bising, memberontak dan bergaduh dengan rakannya. Hal ini boleh diselesaikan dengan Ismail Faruqi menetapkan peraturan dalam bilik darjahnya dan tingkah laku tersebut dapat dihapuskan. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Seterusnya menurut Halizah Hamzah (2008), cirri-ciri guru efektif dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kualiti peribadi, kompentensi pengajaran dan pembelajaran dan penghayatan dan amalan nilai. Kualiti peribadi ialah guru perlu mempunyai sifat-sifat seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan sifat kemanusiaan yang tinggi. Hal ini kerana guru yang mempunyai kualiti periabadi yang positif boleh membantu seseorang guru melaksanakan tanggungjawab dan komitmen yang baik. Selain itu juga, kompentensi pengajaran dan pembelajaran pula ialah pengetahuan ikhtisas sebagai seorang guru termasuklah kemahiran pedagogi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kemahiran-kemahiran ini perlu ada bagi seorang guru keran tanpa adanya kemahiran ini tidak lengkap bagi sesorang itu bergelar pendidik. Akhir sekali ialah penghayatan dan amalan nilai iaitu seorang guru perlu menghayati dan mangamalkan nilai-nilai seperti yang dituntut oleh profesion perguruan. Dengan ini guru akan lebih dihormati dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain. Dalam kes ini dilihatkan Ismail Faruqi kurang kualiti peribadi diri, kurang
9

kompentensi pengajaran dan kurang penghayatan dan amalan nilai sehinggakan beliau gagal dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. 4.2 CADANGAN BERDASARKAN KES Ramai pendidik mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedah menangani masalah disiplin bilik darjah. Hal ini juga sering dilihat sebagai sesuatu yang guru perlu lakukan sebelum pengajaran dan pembelajaran sebenar bermula. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Jika guru tidak dapat mengatasi masalah tingkah laku murid ini nescaya bilik darjah menjadi tidak terurus. Oleh sebab itu, menyedari hakikat ini, berdasarkan kajian kes yang saya lakukan saya ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah terbabit. Menurut Abdul Ghani Abdullah (2009), penggunaan pemikiran yang kreatif mampu membantu guru mencari jalan penyelesaian dan menangani murid-murid yang bermasalah tingkah laku. Hal ini yang demikian, guru seharusnya mempunyai daya kreativiti untuk menarik minat pelajar terutamanya yang mempunyai masalah tingkah laku ini agar mereka bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik, menggunakan strategi pengajaran yang efektif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi. Dengan ini, murid-murid yang bermasalah akan lebih terarik untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru serta tidak mustahil mereka mampu berjaya seperti insan normal yang lain. Seterusnya ialah guru perlu memupuk kemahiran komunikasi yang betul dengan murid. Menurut, Mok Soon Sang dengan komunikasi yang berkesan antara guru dan murid keberkesanan aktiviti pengajran dan pembelajaran bukan sahaja dapat dipertingkatkan tetapi juga masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect. Didapati melalui komunikasi yang berkesan antara guru dan murid menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat efektif serta pengurusan bilik darjah menjadi sangat sistematik. Hal ini yang demikian, murid-murid akan menjadi lebih seronok dan aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan komunikasi guru
10

yang berkesan dalam bilik darjah. Di samping itu juga, murid-murid akan lebih menghormati dan berbudi bahasa dengan gurunya. Seterusnya, guru perlu memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat fokus kepada pembelajaran dan secara tidak langsung masalah tingkah laku dapat dikurangkan. Menurut Mook Soon Sang (2003), pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektif secara optimum. Kita dapat melihat dengan jelas hal ini di mana betapa pentingnya strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam kita menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Jika guru memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai nescaya objektif yang ingin disasarkan tidak akan tercapai.Oleh yang demikian, guru seharusnya memilih strategi pengajaran dan pemebelajaran yang sesuai seperti kolaboratif, kaedah inkuiri-penemuan dan juga kaedah deduktif. Hal yang demikian bukan sahaja memudahkan guru dalam menyampaikan ilmu tetapi juga murid-murid dapat menerima ilmu dengan berkesan. Seterusnya, guru perlu mempunyai kolaborasi dengan guru-guru yang lebih berpengalaman. Hal ini yang demikian, guru akan dapat pendedahan mengenai masalah masalah murid dan dapat menentukan strategi peneyelesaian masalah yang efektif. Didapati ini secara tidak langsung akan membuka minda guru tersebut dan guru tersebut tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru dalam mengatasi muridmurid yang bermasalah tingakah laku ini. Selain itu juga, guru perlu ada kecerdasan emosi yang tinggi. Menurut Oxford Dictionary of Current English(1986) mendefinisikan emosi sebagai satu perasaan kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri seperti kasih sayang ataupun takut. Manakala, kecerdasan emosi secara umumnya ialah pengendalian diri, ketahanan menghadapi kegagalan, mengatur suasana hati supaya beban tekanan tidak melumpuhkan tumpuan berfikir dan kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri. Dalam hal ini, kecerdasan emosi amat penting dalam diri seseorang guru kerana tanpa kecerdasan ini mustahil bagi seseorang guru itu menghadapi pelbagai karenah muridmurid yang dari pelbagai karenah dan latar belakang. Jika tidak nescaya guru terbabit

11

akan rapuh emosinya dan melakukan keputusan dan tindakan diluar norma seorang guru. Kesimpulannya, dengan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan ini kita jelas dapt melihat bahawa terdapat pelbagai aspek bagi seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang efektif dalam bilik darjahnya. Seterusnya, dapat mengurusakan bilik darjah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajarannya.

12

5.0 KESIMPULAN Pegurusan bilik darjah merupakan proses membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran, demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan. Hal yang demikian, konsep pengurusan bilik darjah ini boleh dipandang sebagai kerajasama di antara guru-guru dan murid-murid untuk mengurus segala aspek kehidupan bilik darjah, di samping aktiviti dan kemudahan-kemudahannya. Oleh sebab itu, kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus dalam bilik darjah akan mewujudkan suasana emosi yang selesa, displin bilik darjah yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kita sebagai guru haruslah peka terhadap masalah murid-murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan efektif. Hal ini amat penting kerana guru merupakan insane yang bertanggungjawab daalm mencorakkan generasi muda kita. Hal ini kerana mereka merupakan asset berharga Negara yang akan mengambil tampok kempimpinan Negara kita. Jika kita memandang remeh akan hal ini sudah tentu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan modal insane gemilang tidak akan tercapai. Secara tidak langsung juga profesion keguruan akan dipandang enteng oleh masyarakat. Di samping itu juga, seorang guru itu harus mempunyai ciri-ciri guru efektif agar ilmu yang hendak disampaikan dapat diterima oleh murid-murid. Jika kita memperlekehkan perkara tersebut mustahil kita dapat menguruskan bilik darjah dan tingkah laku murid dengan berkesan. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang guru haruslah mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri tersebut agar tanggungjawab dan amanah yang diberikan dapat kita galas dengan penuh kesungguhan dan ikhlas. Justeru, kita sebagai seorang guru haruslah berdedikasi dalam menguruskan bilik darjah dan tingkah laku agar profesion keguruan tidak diperkotak-katikkan oleh mereka
13

ayng tidak bertanggungjawab. Hal ayng demikian guru haruslah memantapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan mengenai hal ini sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat masa kini. BIBLIOGRAFI Buku Ilmiah Abdul Ghani Abdullah, Ph.D et. al., (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur; Pts Professional Publishing Sdn. Bhd. Haliza Hamzah et.al (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan; Oxford Fajar Sdn. Bhd. Keow, choong lean (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk PPSMP. Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Sang, Mok Soon (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor; Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sang, Mok Soon (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Laman Web www.pts.com.my www.pdb.com/scrib

14

Anda mungkin juga menyukai