Anda di halaman 1dari 2

Kawasan gelanggang permainan ini meliputi luas 12.

5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas. Durasi permainan adalah selama 40 minituntuk dua sesi dengan tambahan 5 minituntuk pertukaran dua sesi tersebut.

PERATURAN BERMAIN Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah. Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas. Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atasstruggle. Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona. Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk

memastikan keadilan dalam permainan.

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh. Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Anda mungkin juga menyukai