Anda di halaman 1dari 1

BAB 6 :KESIMPULAN

Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 17 hb Disember 2012 dan telah selamat berakhir pada 3 hb Mei 2013 di Pejabat Telekom Banting. Kini dapatlah saya membuat beberapa kesimpulan.

Selama enam bulan saya menjalani Latihan Industri di pejabat tersebut, saya telah diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang elektronik dan berkait dengan elektrik iaitu kursus yang diambil di PSA. Banyak perkaraperkara yang sebelum ini tidak deketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui tempoh Latihan Industri ini. Sesungguhnya ini dapat mematangkan para pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di Politeknik. Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan bidang yang diambil, ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya bersyukur kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta rakan-rakan sekerja.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada pelajar politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada saya. Selain daripada itu, ia juga memberi semangat serta keyakinan kepada saya untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus yangsaya diambil di PSA iaitu Diploma Kejuruteraan elektronik(perhubungan). Mulai dari saat ini saya bertekad dan terus berazam untuk terus menimba pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya ceburi.

Anda mungkin juga menyukai