Anda di halaman 1dari 7

Labah-labah menerima dua kad jemputan perkahwinan iaitu daripada gajah dan arnab.

Labah-labah risau memikirkan tentang undangan itu kerana keduaduanya adalah pada hari yang sama.

Labah-labah pergi ke rumah gajah untuk bertanya tentang waktu majlis itu diadakan. Saya belum pastikan lagi masanya, kata gajah.

Labah-labah pergi ke rumah arnab pula. Namun, arnab juga belum menetapkan waktu jamuan itu.

Labah-labah memikirkan idea untuk menyelesaikan masalah itu. Tiba-tiba ia mendapat idea.

Tiba hari majlis perkahwinan di rumah gajah dan arnab. Labahlabah memangggil dua ekor anaknya. Setiap seekor diberinya tali yang panjang.

Seekor anaknya disuruh pergi ke rumah gajah. Seekor lagi ke rumah arnab. Sebelum keduaduanya pergi, hujung tali-tali itu diikat pada pinggangnya.

Sebaik sahaja jamuan bermula, sama ada di rumah gajah ataupun arnab, kamu tariklah tali ini. Ayah akan pergi segera ke sana, kata labah-labah.

Selepas itu, seekor anak labah-labah pergi ke rumah gajah, seekor lagi pergi ke rumah arnab.

Labah-labah hanya menunggu di rumah. Jika anaknya yang pergi ke rumah gajah menarik tali, ia akan pergi ke rumah gajah. Jika anaknya yang ke rumah arnab menarik tali dulu, ia akan pergi ke rumah arnab.

Namun begitu, gajah dan arnab mengadakan jamuan pada waktu yang serentak.

Sebaik sahaja jamuan bermula, kedua-dua anak labah-labah mula menarik tali dengan kuat.

Labah-labah tidak dapat menahan tarikan yang kuat itu. Akhirnya ia pengsan.

Disebabkan bapa mereka tidak datang ke jamuan itu, kedua-dua anak labah-labah pun pulang.

Anak-anak labah-labah terkejut apabila melihat bapa mereka pengsan.

Setelah sedar daripada pengsan, labah-labah mengakui yang caranya itu agak bodoh dan tidak berkesan. Akhirnya, ia tidak dapat menikmati jamuan di kedua-dua rumah gajah dan arnab.

AKAL LABAH-LABAH

MORAL
Berfikir dahulu sebelum bertindak.

GLOSARI
1. Undangan: 2. Serentak: 3. Pengsan: Jemputan untuk ke suatu majlis/tempat. Melakukan sesuatu pada waktu yang sama. Dalam keadaan tidak sedar akan apa yang berlaku.

SOALAN
1. Berapa banyakkah kad jemputan yang diterima oleh labah-labah? 2. Mengapa labah-labah pergi ke rumah gajah sebelum majlis bermula? 3. Apakah yang berlaku kepada labah-labah setelah anak-anaknya menarik tali tersebut?

Anda mungkin juga menyukai