Anda di halaman 1dari 16

Nama: Zainul Akhtar bin Farid Albar Kelas: 6 Dinamik Nama Guru: Cikgu Mahathir

Isi Kandungan
1.Industri Berat 2.Industri Ringan 3.Industri Desa 4.Industri Pemprosesan

muka surat
3 4 5 16

Perindustrian Berat

Pemasangan/pembuatan kenderaan

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Contoh :

membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

Satu lagi contoh inndustri berat:

Industri Ringan

Pemprosesan minuman

a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). b. Jenis perindustrian yang terpenting. c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya. d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan. f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia

Industri Desa

Pemprosesan kerepek/makanan ringan

a. b.

Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.

c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. d. e. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. Terkenal di Kelantan dan Sabah.

Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

INDUSTRI DESA Industri Desa merupakan perusahaan kecil yang ditempatkan dikampung-kanpung dan diusahakan oleh orang-orang kampung untuk mengeluarkan barang yang mudah dalam bentuk tradisional atau tradisional.

Industri Desa mempunyai ciri-ciri berikut ; a) bertempat di desa

b) berskala kecil-kecilan c) menggunakan bahan mentah tempatan d) berasaskan teknologi tradisional e) bermodal kecil f) berasaskan tenaga buruh mahir dan kurang mahir. JENIS-JENIS INDUSTRI DESA Terbahagi kepada dua iaitu a) Industri Kraf Tangan b) Industri Makanan INDUSTRI KRAF TANGAN Terbahagi kepada beberapa jenis:

Industri Anyaman - menggunakan bahan rimba tempatan seperti pandan ,buluh rotan dan lainnya. -Rotan menghasilkan perabot, bakul, tikar dan tirai - Selangor, Kedah dan Sabah. -Mengkuang ,pandan menghasilkan tikar, beg tangan ,tudung saji dan lainnya. - Pahang , Terengganu dan Sabah.

Industri tenunan, tekatan dan sulaman - berasaskan sumber bahan tekstil. Menghasilkan bantal, beg tangan kain sarung, alas meja dan lainnya .Johor, Kedah dan Sabah.

Industri Pertukangan Kayu, - berasaskan sumber kayu tempatan. Menghasilkan keluaran perabot berukir,pintu, meja ukiran kayu. Terengganu ,Pahang dan Kelantan. Industri Tanah Liat - berasaskan bekalan tanah liat tempatan. Menghasilkan labu air,pasu,periuk tanahdan tempat abu rokok .- diseluruh Malaysia.

Industri Batik - menggunakan sumber tekstil . Menghasilkan baju, kusyenn alas meja kain sarung dan lainnya yang berasaskan kain batik.- Terengganu dan Kelantan.

Industri Logam - Berasaskan sumber logam seperti perak, besi, tembaga ,timahdan gangsa. Menghasilkan keluaran seperti periuk, tepak sireh,rantai,talam,keris dan lainnya. -serata Malaysia.

Industri Aneka Kraf - berasaskan sumber kayu , tanduk, gading, kulit binatang , batu karang dan kulit siput Menghasilkan gendang, rebana, cendera mata ,barang perhiasan - serata tempat di Malaysia.

INDUSTRI MAKANAN. Menggunakan bahan mentah tempatan dan terbahagi kepada bahagian berikut:

Industri Keropok - bahan mentah ikan ,udang dan sotong dan terdapat di Kelantan dan Terengganu. Kerepek - bahan utama terdiri dari ubi, dan pisang. Terdapat di seluruh Malaysia.

Gula Melaka - bahan utama nira kelapa dan diusahakan di Melaka.

Dodol - dodol kelapa dan dodol durian . Terdapat di Melaka, Terengganu dan Perak.

Belacan dan Cencaluk - bahan utama udang kecil dan terdapat di Pulau Pinang dan Melaka.

Budu - bahan utama ikan bilis ddan diusahakan di Terengganu dan Kelantan.

Jeruk Buah-buahan - menghasilkan jeruk mempelam,pala , acar limau dan nanas. Terdapat di seluruh Malaysia.

Ikan dan Udang kering - hasilkanikan bilis, ikasn kerapu, snek makanan ringa yang popular. Diusahakan di perkampungan nelayan diseluruh malaysia.

KEPENTINGAN INDUSTRI DESA Industri Desa berperanan dan menyumbang perkara -perkara berikut :

Untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk desa. Hasil kraftangan yang dipasarkan samada di dalam atau ke keluar negeri secara langsung akan menambahkan sumber pendapatan dan meningkatkan taraf hidup penduduk desa.

Membuka dan mewujudkan peluang pekerjaan. Teknologi industri desa adalah teknologi yang diwarisi dan mudah dipelajari oleh golongan tua atau wanita desa. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat desa. Peluang pekerjaa ini juga dapat mengelakkan penghijrahan masyarakat desa ke bandar.

Merupakan daya tarikan kepada pelancong. Keunikan dan keaslian serta hasil kraftangan penduduk desa yang bermutu begitu diminati oleh para pelancong . Ini menambahkan pertukaran wang asing.

Dapat mengekal dan meningkatkan warisan seni budaya bangsa. Projek industri desa adalah berasaskan kemahiran dan seni pertukaran penduduk desa. Ini dapat menjamin kemahiran pertukaran dikekal, dipertingkat, serta diwarisi. Ia membolehkan generasi baru terus mengenali warisan seni bangsanya.

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. Galakan pertumbuhan industri desa adalah merupakan langkah wajar untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara disamping mengimbangi pembangunan bandar. Ini membolehkan ekonomi bandar dan desa dapat disepadukan untuk menjamin pe,namgunan negara yang lebih seimbang.

Memperluaskan penggunaan sumber-sumber tempatan. Menerusi pertumbuhan industri desa,sumber asli tempatan sebagai bahan mentah dapat digunakan untuk menghasilkan barangan yang berguna . Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran. Penggunaan bahan mentah tempatan juga akan memberikan pendapatan kepada penduduk desa.

Mengisi masa lapang. Kebanyakan penduduk desa melakukan kerja bermusim. Semasa diluar musim mereka mempunyai banyak masa lapang yang boleh dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang produktif dan menguntungkan.

MASALAH INDUSTRI DESA.

Masalah Kekurangan Modal. Projek industri desa dikendalikan oleh pemilik dengan bantuan keluarganya sendiri. Cara operasi dan hasil pengeluaran adalah kecil kerana kekurangan modal.

Masalah Penghijrahan. Ramai penduduk desa khususnya yang muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Didesa kekurangan tenaga kerja untuk membangunkan industri ini.

Masalah Pemasaran dan Promosi. Pemilik projek industri desa kebanyakannyan kurang pengetahuan, masa dan sumber kewangan yang menghadkan kemampuan mereka untuk

membuat promosi jualan dan pengiklanan. Ini menyebabkan pasaran bagi barangan industri adalah terhad.

Masalah Pengurusan dan Pengalaman. Oleh kerana kurangnya ilmu pengetahuan ,kepakaran dan pengalaman menyebabkan mereka tidak berkebolehan untuk mengendalikan perniagaan dengan cekap.

Persaingan Dengan barangan Lain. Barangan industri desa mendapat persaingan hebat dengan barangan lberteknologi moden lain di pasaran.

Pekerja yang kurang motivasi dan kurang produktif. Kebanyakan pekerja dalam industri ini adalah kurang mahir dan tidaj berpengetahuan. Oleh itu taraf produktiviti mereka rendah dan menganggap pekerjaan mereka sebagai pekerjaan sambilan. Komitmen mereka terhadap pekerjaan adalah kurang dan ini menyebabkan taraf produktiviti mereka rendah Teknologi yang rendah. Industri desa merupakan industri yang bercorak buruh intensif dan mempunyai teknologi yang rendah. Mereka menggunakan teknologi yang diwarisi dan tradisional. Kaedah pengeluaran tidak inovatif,bercorak tradisional dan ketinggalan zaman.

PERANAN KERAJAAN DAN AGENSI LAIN DALAM MEMAJUKAN INDUSTRI DESA Industri desa telah dikenal pasti sebagai industri yang berpotansi untuk dimajukan. Oleh kerajaan dan agensinya telah menyalurkan bantuan alam empat bidang iaitu: 1. PENGURUSAN

KEMAS berfungsi memberi latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada penduduk desa seperti pembuatan perabot, kerja kimpalan, membaiki radio,jahitan ,persolekan dan lainnya. Projek Gerakan

Pembaharuan dilancarkan untuk memberi didikan dan bimbingan kepada penduduk desa supaya mereka lebih berdikari.

MARA menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan, MARA telah menubuhkan Institiut Kemahiran MARA dan Pusat Giat MARA di seluruh negara dengan memberi latihan dan pendidikan kepada penduduk desa dalam bidang kemahiran seperti pertukangan kayu, kimpalan, kraf tangan, elektronik dan lainnya. Institiut Perdagangan MARA memberi latihan kepada anak-anak desa dalam bidang pengurusan perniagaan, perakaunan dan pengurusan kewangan. Sekolah latihan Komputer pula memberi latihan dalam pengendalian komputer dan pemprosesan data. MARA juga melancarkan Progran Latihan Keusahawanan khusus untuk penduduk desa yang bertujuan mewujudkan sekumpulan usahawan yang dinamis dan berdaya maju.

Jabatan Pembangunan Koperasi berfungsi membantu penubuhan dan pembangunan koperasi industri desa.

Jawatankuasa Penyelaras di peringkat kementerian, negeri, dan daerah dibawah Kementerian pembangunan Negara dan Luara Bandar berfunsi untuk menyelaras dan melaksanakan projek-projek industri desa. 2. KEWANGAN

MARA memberi bantuan kewangan dan kredit kepada projek minidustri desa yang berkemungkinan berjaya.

KEMAS menyediakan bantuan pinjaman untuk mendirikan projek-projek industri desa yang diluluskan, disamping bantuan alat kelengkapan, mesin dan subsidi bahan.

BANK RAKYAT DA N BANK PERTANIAN memberi bantuan pinjaman peribadi kepada pengusaha proje industri desa.

3.PENGELUARAN

KEMAS, MARA dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) menganjurkan kursus, seminar dan bengkel dan latihan kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan para usahawan industri desa danga ilmu dalam pengeluaran moden, penggunaan mesin dan kelengkapan moden serta peningkatan mutu pengeluaran.

4. PEMASARAN

Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung Sdn Bhd berfungsi membantu pemasaran semua jenis hasil keluaran industri desa.

Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd berfungsi mengendalikan rantaian kedai yang menjual hasil kraf tangan di seluruh Malaysia.

BATIK MALAYSIA BERHAD ditubuhkan untuk memasarkan dan Memberi nasihat tentang hasil keluaran batik.

Perbadanan Kraf Tangan Malaysia (PKKM) berfungsi mengadakan Promosi dan memasarkan hasil kraftangan ke seberang laut.

Infokrat berfungsi untuk mengadakan promosi di dalam dan diluar negeri . Ia juga berperanan sebagai pusat maklumat bagi hasil kraf tangan Malaysia. Infokraf juga berfungsi untuk meluaskan pasaran keluar Negeri.

industrian Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit

a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. d. Contoh : Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap

Anda mungkin juga menyukai