Anda di halaman 1dari 9

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel
(ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan
pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumbersumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman


individu.
Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi
pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan mengembangkan
sekolah-sekolah bestari. Selain itu, mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan
pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan
penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti
swasta dalam negeri.
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi
pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi
iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam
pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi
ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh

mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu
diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.
Seseorang

guru

perlu

berpandangan

jauh

dan

mempunyai

visi

terutamnya

dalam

perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam


alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan
inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh
mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada
perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap
pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan
diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.
Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya inovasi dan budaya
ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan
berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan.
Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam
bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam
menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia
akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu
pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi
dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep Satu Malaysia itu sendiri.
Jadi untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran
pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya
dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi
profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke


profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan
memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.
Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti
latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir
aras tinggi yang diperlukan murid.
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai
tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi
membantu guru mencapai potensi penuh.
Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan
pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.
Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi,
potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau
menjadi guru pakar.
Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar dengan
menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan menggunakan instrumen
penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran
secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.
Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kementerian
akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan
tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.
Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional
Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum
boleh dilantik.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama
satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.
Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan
infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.
Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan
kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini.
Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh
menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai
alat ulang kaji

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan


negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga
2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi
Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan
bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata
global.
Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran
menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan
kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.

Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang
berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti
penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi
menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi
ekonomi negara (bahasa Inggeris), jelas laporan tersebut.
Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan
melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan
perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua
atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat
Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum
sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani
isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di
persekitaran ekonomi global masa kini.
Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula, semua
sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada
standard minimum.
Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi
untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional.
Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah
model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang
berjaya.
Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat
pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi, tambah laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan
tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan
awal dalam beberapa bidang kritikal.

Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada
masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian
dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi.
Dalam

12 bulan yang akan datang,

kementerian mempunyai kesungguhan

untuk

melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris
dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat
pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan
akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet, jelas laporan berkenaan.
SUMBER : http://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-pendidikan/

Anda mungkin juga menyukai