Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN A PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN KPKK

1.

SPESIFIKASI SLOGAN

a) Rasional Slogan Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas slogan yang dicadangkan secara padat dan ringkas dalam Bahasa Melayu. Penghasilan Slogan perlu selari dengan visi dan misi KPKK.

b) Keaslian Slogan Semua slogan hendaklah baru dan asli. Setiap peserta hendaklah tidak meniru slogan tersedia ada atau seakan-akan sama dengan

kepunyaan orang lain dalam dan luar negeri. Panel penilai berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.

2.

SYARAT PENYERTAAN

a)

Pertandingan adalah terbuka kepada warga KPKK seluruh negara. Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak lebih dari tiga (3) penyertaan.

b)

Pemegang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

c)

Semua penyertaan yang diterima menjadi hak milik KPKK dan boleh digunakan tanpa syarat serta tidak akan dikembalikan.

d)

KPKK berhak menggunakan slogan yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek.

e)

KPKK tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau apa-apa kos yang ditanggung oleh peserta.

f)

Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta dan dihantar di dalam kertas bersaiz A4 dan hanya ditulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Panjang slogan hendaklah tidak melebihi 5 perkataan.

g)

Penyertaan dibuka selama sebulan bermula daripada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2011.

h)

Penyertaan yang tidak mengikut kehendak syarat-syarat penyertaan di atas dan dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan dan penyertaan akan terbatal secara automatik. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

i)

Penyertaan hendaklah dihantar kepada :

Pertandingan Mencipta Slogan KPKK Unit Komunikasi Korporat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Aras 1, Kompleks Sultan Abdul Samad 50610 Kuala Lumpur

j)

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada : Tel : 03-2612 7300 Emel : ariah@kpkk.gov.my Tel : 03-2612 7340 Emel : jasminawati@kpkk.gov.my

Puan Ariah Judah

Puan Jasminawati Md Jamin -

E m e l

Anda mungkin juga menyukai