Anda di halaman 1dari 4

Kriteria Pemilihan Projek Inovasi Terbaik (PIT) IPG KPM 2020

(Kategori A: Kolaboratif Pintar dan Kategori B: Dalaman)

1. Enam (6) Projek Inovasi Terbaik IPG (A) dan Enam (6) Projek Inovasi Terbaik (B)
akan dipilih ke peringkat akhir pada tahun 2020.

2. Setiap IPG perlu menghantar sekurang-kurangnya satu (1) laporan projek PIT pada
atau sebelum 29 Mei 2020 (Jumaat) disertai dengan senarai nama dan maklumat
nombor kad pengenalan setiap ahli kumpulan.

3. Setiap IPG dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) projek PIT (A/B) untuk
dinilai oleh panel penilai.

4. Setiap IPG perlu menghantar Laporan Lengkap Projek PIT (A/B) dalam bentuk hard
copy dan soft copy (CD atau diemelkan) kepada urus setia.

5. Saringan pertama akan dilaksanakan pada 1 – 30 Jun 2020. Enam (6) PIT (A) dan
Enam (6) PIT (B) akan dipilih pada sesi tersebut.

6. Semua dua belas (12) PIT yang terpilih diberi masa dari 1 Julai - 15 Ogos 2020
untuk melaksanakan proses pemurnian laporan. Laporan tersebut perlu dihantar ke
JPKK IPGM pada atau sebelum 28 Ogos 2020 (Jumaat).

7. Dua belas (12) PIT terpilih ke peringkat akhir akan dipertandingkan (pembentangan
dan pameran projek) dalam Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan
Kebangsaan IPG Kali Kelima. Lokasi akan dimaklumkan kemudian.

8. Pada hari persidangan, wakil IPG terlibat perlu membentangkan PIT yang dihasilkan
serta bersedia dengan sesi soal jawab daripada panel penilai yang dilantik. Panel
penilai akan membuat pemilihan akhir untuk menentukan pemenang bagi setiap
kategori.

9. Bagi setiap PIT terpilih ke peringkat akhir, IPG perlu menghantar empat orang wakil
iaitu dua orang wakil bagi sesi pembentangan dan dua orang wakil bagi menjaga
reruai di tapak pameran.

10. Panel Penilai akhir akan memilih TIGA (3) Pemenang PIT (A), Tiga (3) Pemenang
PIT (B) serta satu (1) Pemenang Projek Terbaik Keseluruhan PIT IPG KPM 2020.
Piala pusingan akan disimpan oleh IPG tersebut sehingga pertandingan seterusnya
diadakan.

11. Setiap ahli kumpulan yang terlibat dalam PIT akan diberikan Sijil Penyertaan.
Manakala ahli kumpulan PIT yang terpilih ke peringkat akhir akan diberikan Sijil
Penghargaan.
12. Laporan projek PIT IPG KPM perlu dihantar ke:

En. Roslan bin Mat Piah


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pengurusan Kualiti Dan Keutuhan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Email: roslan.matpiah@ipgm.edu.my
PANDUAN LAPORAN PROJEK INOVASI TERBAIK (PIT) IPG KPM 2020

Kategori Kolaboratif Pintar (A) dan Kategori Dalaman (B)

1. FORMAT LAPORAN

a) Dalam bentuk dokumen Microsoft Word ditaip langkau dua baris.

b) Gunakan fon Arial, saiz 12 pt. untuk teks, saiz 12 pt. untuk jadual dan rajah.
c) Semua jadual dan rajah mesti berserta tajuk dan dinomborkan mengikut urutan
masing-masing.
d) Gunakan kertas saiz A4 dengan jidai atas 1 inci, bawah 1 inci, kiri 1.3 inci, kanan 1
inci.
e) Nota kaki, header dan footer tidak seharusnya digunakan.
f) Masukkan nombor muka surat di bahagian tengah di bawah setiap muka surat.

2. STRUKTUR LAPORAN

Struktur laporan adalah sebagaimana berikut:


a. Tajuk
b. Pendahuluan
c. Objektif
d. Justifikasi projek
e. Strategi pelaksanaan projek
f. Hasil projek
g. Impak projek
h. Rumusan
i. Lampiran bersesuaian

3. PAMERAN

Setiap ahli kumpulan PIT perlu:


(a) Menggunakan reruai pameran sepenuhnya.
(b) Reruai pameran ditampalkan dengan paparan aktiviti atau proses
pelaksanaan PIT (A) atau (B) mengikut kreativiti masing-masing.
(c) Boleh menggunakan carta, gambar, instrumen dan aplikasi TMK.
(d) Penilaian semasa pameran akan menggunakan Instrumen Penilaian
Pameran 2020 (10%)
4. PEMBENTANGAN PIT
(a) Jangka masa pembentangan adalah selama 30 minit (20 minit pembentangan, 10
minit soal jawab)

(b) Dua orang ahli kumpulan PIT perlu membentang dan terlibat dalam sesi soal jawab
bersama panel penilai.

(c) Kaedah pembentangan adalah mengikut kreativiti ahli kumpulan PIT masing-
masing.

5. PANDUAN TAMBAHAN

(a) Laporan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu sahaja


(b) Laporan mestilah karya asli yang belum pernah diterbitkan.
(c) Plagiarism adalah dilarang sama sekali.

Disediakan oleh
Jaminan Kualiti Pengurusan
Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Anda mungkin juga menyukai