Anda di halaman 1dari 20

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN JASMANI
(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN SATU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

v vi viii ix ix ix x xi xi xiii xiii 1

iii

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

ini,

selaras

dengan

tahap

kebolehan

murid

dan

keadaan

persekitaran.

Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke21.

Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat

terima kasih.

menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

vii

PENDAHULUAN

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas murid: i. mengamalkan

Masalah Pembelajaran membolehkan

tingkah

laku

dan

sikap

positif

dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

ii.

mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

ix

iii.

menunjukkan

kemahiran

dan

keterampilan

ke

arah

i. ii. iii. iv. v. vi.

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan bekerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: Bentuk Kurikulum Transformasi

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

6.1 Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani

Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri daripada kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan kesenggangan. Bagi asas permainan dan olahraga hanya akan diajar selepas Tahun Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains

diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi, fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi. Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan

membolehkan murid mencapai Standard Pembelajaran berikut : i. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan betul ii. iii. melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti iv. perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan kemahiran motor v. mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

Kandungan.

pergerakan atau lakuan motor vi. menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan motor

xi

vii.

memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan pergerakan

6.2

Perlaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani

viii.

memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan

6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani

ix. x.

melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala

Modul

pengajaran

disediakan

berpandu

kepada

Standard

Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai

xi. xii.

memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal

atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian

prestasi murid. Di dalam modul pengajaran guru juga mengandungi senarai semak untuk menguji tahap kemahiran yang dikuasai oleh murid. lakuan motor

xiii.

menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam aktiviti fizikal

xiv.

mengaplikasikan kecergasan berdasarkan

melalui aktiviti fizikal dalam kemahiran asas dan khusus xv. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat xvi. melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga kecergasan xvii. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah

keselamatan semasa melakukan aktiviti jasmani

xii

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Belajar Melalui Permainan Belajar Sambil Bermain Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Pertandingan

PENTAKSIRAN Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak rubrik, senarai semak pemerhatian, senarai semak rating, buku log, penggredan dan ujian kecergasan.

xiii

PENDIDIKAN JASMANI TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Kemahiran Pergerakan

Pergerakan asas lokomotor 1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul 1.1.1 Melakukan aktiviti pergerakan lokomotor i. berjalan ii. berlari iii. melompat iv. ketingting Pergerakan bukan lokomotor 1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan alkuan yang betul 1.2.1 Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor \i. i. membongkok ii. duduk iii. memusing iv. mendekam Kemahiran manipulasi alatan 1.3 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul

1.3.1 Melakukan aktiviti manipulasi alatan seperti i. melambung ii. menyambut iii. mengimbang iv. melantun

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan

1.4.1 Permainan tradisional i. congkak ii. batu seremban

2. Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Pergerakan Asas: Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor 2.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor dangan lakuan yang betul 2.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri kelakuan pergerakan lokomotor i. berjalan ii. berlari iii. melompat iv. ketingting

2.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dengan lakuan yang betul

2.2.1 Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor i. berdiri ii. membongkok iii. duduk iv. memusing v. mendekam

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN Akuatik Asas 2.3 Menjaga keselamatan air

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3.1 Mengenal pasti peraturan dalam air 2.3.2 Mematuhi aspek keselamatan sepanjang aktiviti air 2.3.3 Memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan aktiviti air

Rekreasi dan kesenggangan 2.4 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesegnggangan 2.4.1 Permainan tradisional i. congkak ii. batu seremban

3. Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

3.1 Konsep Kecergasan

3.1.1 Melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan 3.1.2 Melakukan aktiviti menyejukan badan

3.2 Komponen Kecergasan Kapisiti aerobik 3.2.1 Mengenal pasti komposisi badan 3.2.2 Mengukur ketinggian 3.2.3 menimbang berat badan

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4. Kesukanan

Keselamatan dan Pengurusan 4.1 Mematuhi dan mengamalkan pengurusan dan keselamatan 4.1.1 Menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti 4.1.2 Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan 4.1.3 Meletakkan alatan di tempat yang selamat semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal Tanggungjawab Kendiri 4.2 Mempunyai keyakinan dan tangggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal 4.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan menerima cabaran 4.2.2 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan Interaksi Sosial 4.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal Dinamika Kumpulan 4.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut 4.3.1 Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti fizikal

4.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan 4.4.3 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dan kerjasama dalam kumpulan

Terbitan:

Kementerian Pelajaran Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917

Anda mungkin juga menyukai