Anda di halaman 1dari 9

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

1. Pengenalan. Ibu bapa merupakan orang yang pertama dalam mengenali tingkahlaku anak-anak mereka. Peranan ibu bapa amat luas dalam mendidik dan mengasuh serta memantau perhubungan anak mereka dengan rakan sebaya. Tingkah laku anak-anak kebanyakan meniru atau mencontohi kelakuan anak meraka yang menjurus kepada pembawaan dalam pergaualan rakan sebaya. Didikan yang ketat atau kehendak ibu bapa akan menimbul konflik kepada anak apabila mereka telah menjangkau dunia remaja. Pertentangan pandangan atau dunia pergaulan merupakan isu yang amat ketara yang dihadapi oleh remaja masa kini. Kehendak ibu bapa dan kehendak rakan sebaya jauh bertentangan yang akan berlaku konflik dalam jiwa remaja itu sendiri. Konflik dalam diri remaja aka mengundang masalah sosial kerana batasan pergaulan yang dipantau oleh ibu bapa atas desakan kehidupan. Ibu bapa dewasa ini lebih menjurus kepada dunia kerjaya yang lebih menguntungkan yang mampu naik taraf sosio-ekonomi keluarga. Peluang ini akan memudahkan remaja untuk mencari dunia sendiri dalam mengisi masa lapang bersama rakan sebaya. Di peringkat ini remaja akan menunjukkan gaya tersendiri agar dapat di terima oleh rakan sebaya. Mereka akan terasa diagungkan oleh rakan sebaya walaupun pada dasarnya tindakan mereka tidak di terima oleh masyarakat. Di peringkat ini remaja keliru dalam menilai tingkah laku yang baik atau buruk. Tingkah laku yang baik dalam konteks masyarakat adalah remaja yang akur dengan kehendak masyarakat serta menghormati hidup dalam komuniti serta menimbulkan masalah sosial kepada masyarakat sekitar. Tingkah laku seumpama ini bermula dari ibu bapa yang mana mereka memberi perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka. Ibu bapa sering berintreaksi dengan anak mereka serta mudah menerima pandangan anak-anak. Ibu bapa juga mampu menanangi masalah yang di hadapi oleh anak mereka seandainya anak-anak memerlukan khidmat nasihat.

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

Berbeza dengan anak yang kurang mendapat perhatian dari ibu bapa. Jiwa mereka tidak tenteram dan sering jiwa akan memberontak. Pemberontakan jiwa akan menimbulkan masalah sosial tehadap masyarakat sekitar. Masalah yang timbul dari remaja seperti berjinak dengan kongsi gelap, merokok, menghisap gam, dan ponteng sekolah. Kealpaan ibu bapa merupakan punca sebenar masalah yang di timbulkan oleh golongan remaja ini. Sepertimana yang telah dinyatakan tadi, keasyikkan ibu bapa dengan dunia mereka mengejar ekonomi serta dunia kerjaya menyebabkan mereka kurang memberi perhatian terhadap dunia pergaulan anak mereka yang meningkat remaja. Peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa penting bagi menentukan keberkesanan sesebuah keluarga. Ini jelas sebagaimana sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud : Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi Keremajaan harus di pantau agar mereka tidak menimbul gejala sosial kepada masyarakat sekitar. Ketika inilah ibu bapa akan mula memberi pandangan yang bertentangan dengan kehendak remaja. Pemberontakan jiwa sukar untuk dibendung, remaja anak melibatkan diri dalam vandalisma yang akan mengucar-kacirkan masyarakat. Ibu bapa pastinya dalam dilema untuk membentuk tingkah laku remaja ini.

2. Teori Ramai pengkaji melakukan kajian mengenai masalah remaja menggunakan

teori Konflik yang merupakan pandangan asal dari Karl Marx kemudian diikuti oleh Weber. Menurut Marx konflik bukan analisa sosiologi tetapi merupakan cara reformasi sosial. Ketegangan pemikiran seseorang apabila kecelaruan pada usia meningkat remaja. Ketegangan konflik akan menyebabkan perubahan sosial yang berbentuk revolusi dan adaptasi. 2

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

George Simmel pula menyatakan bahawa konflik timbul dari masyarakat itu sendiri berdasarkan kepada pengaruh persekitaran. Namun Lewis Coser berlainan

pandangan pula yang mana dia menyatakan bahawa konflik mempercepatkan proses kesetiaan dan akan membawa keharmonian dalam kelompok sosial. Brinkerhaff and White telah mengatakan bahawa terdapat 3 langkah penting dalam teori konflik. Konsep dialektik- konflik ini merupakan penyumbang perubahan utama dalam system perubahan system perubahan sosial bukannya evolusi. Konsep Determinise ekonomiEkonomi juga merupakan penyumbang

perubahan kepada social yang mana masyarakat berebut-rebut untuk memperkukuh kedudukan ekonomi mereka hingga terlupa tentang gejala perubahan sosial khususnya di kalangan remaja. Aktiviti sosial-mengutamakan menganalisis terhadap perkembangan sosial yang lebih mengkritik. Konflik mungkin timbul sekiranya seseorang itu menpunyai peranan dan ekspektasi yang berbeza-beza khususnya peranan ibu bapa yang telah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki status keluarga. Ibu bapa beranggapan bahawa mereka telah melaksanakan tugas sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak. Status seseorang akan menyebabkan seseorang itu akan dipandang tinggi terutamanya masyarakat Bandar. Menurut Teori Konflik perselisihan sering berlaku ekoran ibu bapa lebih menumpu kepada kerjaya hingga mengabaikan kerja di rumah serta member perhatian terhadap anak-anak. Kepenatan di tempat kerja hinggakan ibu bapa tidak ada masa menerima atau mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa kurang ambil tahu tentang pergaulan anak mereka terhadap rakan sebaya. Mereka juga kurang berkomunikasi dan bertanya tentang pencapaian pelajaran anak mereka. Kebebasan yang ibu bapa berikan kepada anak juga tidak ambil peduli siapakah rakan mereka. Dengan peluang ini remaja akan lebih mempercayai rakan 3

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

serta mengalih perhatian kepada kumpulan. Keintiman pehubungan keluarga akan berkurangan dan lebih menebal pergaulan di antara rakan sebaya. Pakar psikologi telah menggunakan 4 ciri tabiat manusia yang telah di asaskan oleh Freud. Pertama: Suatu tindakan yang tidak rasional yang wujud dalam diri manusia yang merangsang kepada tindakan yang agersif seksual bagi memperkembangkan kehidupan. Kedua: Analisis Transisi dimana anak akan meniru percakapan ibu bapa. Segala perlakuan ibu bapa akan dirakam ketika kecil lalu akan dipergunakan apabila mereka telah remaja. Kewujudan konflik apabila remaja cuba mencuba yang baru bagi mengubah apa yang telah rakamkan ketika kecil. Ini berlaku atas sebab emosi serta pengaruh persekitaran. Ketiga : Behaviorisma, tingkah laku yang terbentuk atas persekitaran yang menjadi ikutan remaja. Timbul konflik apabila remaja menerima pembelajaran yang salah yang menjadi ikutan. Ini akan menimbulkan masalah social khususnya perhubungan antan ibu bapa dengan anak keran di pengaruhi oleh persekitaran iaitu rakan sebaya. Teori Pemusatan Klien: Lazimnya manusia adalah sempurna dan dapat berfikir secara rasional apabila menghadapi sesuatu permasalahan. Mereka lebih

bertanggungjawab dan akan berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Namun, seandainya apa yang mereka ingin capai, tidak tercapai ini akan menimbulkan konflik pada diri mereka. Mereka akan berasa kecewa dan akan bermasalah. Segalah kasih saying yang diperlukan terhalang dan keselamatan tidak terjamin maka pemberontakan dalam jiwa akan berlaku konflik. James Becker pula mengatakan bahawa ketidakseimbangan displin dalam sebuah keluarga akan membawa kepada anak menghadapi masalah sosial. Anak-anak tidak mampu untuk mengawal diri dalam pergaulan. Lantaran itu ibu bapa perlulah membimbing, memahami, menyelami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka agar 4

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

remaja terasa diri mereka tidak di sisih oleh keluarga yang akan membawa kepada perpaduan dan harmoni dalam perhubungan. 3. Review Literatur Isu pertentangan dalam masalah sosial di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa sering tidak sehaluan dengan remaja yang mampu menyumbang kepada masalah sosial. Banyak kajian dan artikel yang telah di tulis mengenai masalah remaja ini yang melibatkan ibu bapa. Jurnal Anti Dadah Malaysia yang di tulis Mohammad Shahid Ismail & Mohammad Naza r Mohammed Remaja menghidu Gam : Pengaruh Keluarga dan Rakan Sebaya. 70% dalam kajian tinggal bersama keluarga, 16.7% tinggal bersama ibu sahaja, 13.3% tinggal bersama penjaga. Mereka telah membuat kajian di Asrama Pokok Sena, Gajah Mati, Kedah. Ternyata tekanan keluarga penyumbang kepada masalah ini. Menurut Berita Harian On Line: Portal Data Guru, Lebel Pendidikan, Penyumbang utama dalam masalah remaja ini adalah ibu bapa. Ramai remaja yang masih bersekolah telah terlibat dalam masalah ini. Mereka lebih terdorong dalam kegiatan yang berunsur negetif. Pengaruh negetif ini seperti terlibat dalam penagih dadah, minuman keras, samseng seks bebas dan ponteng sekolah. Kesemua ini adalah kelalaian ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Stastitik yang di keluar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia megenai masalah displin remaja sekolah hanya melibatkan 3 % daripada 5 juta lebih pelajar. Stastik ini melibatkan 10000 buah sekolah menengah dan sekolah rendah yang terlibat dengan salah laku sepanjang tahun 2010. Manakala 97% remaja sekolah tidak terlibat dengan masalah tingkah laku ini menurut Datuk Dr. Wee Kah Siong. 3.1 Rekod Kementerian Salah Laku 2010 SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH 72557 38927 111484 ORANG

REKOD SALAH LAKU REMAJA SEKOLAH

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

Dalam rekod ini tidak dinyatakan berapa bilangan perempuan atau lelaki. Data ini menunjukkan keseluruhan remaja sekolah menengah dan rendah.

3.2 BIL 01 02 03 04 05 06 07 08

PECAHAN SALAH LAKU REMAJA SEKOLAH 2010 JUMLAH KES 19,545 17,595 21,384 18,346 17,808 3,031 5,212 8,563 111,484

SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH JENAYAH KEKEMASAN DIRI KURANG SOPAN TIDAK MEMENTINGKA MASA KELUCAHAN VENDALISMA KENAKALAN JUMLAH KESELURUHAN

Ponteng sekolah merupakan penyumbang salah laku yang menyebabkan kepada masalah gejala sosial. Kekemasan diri bukan penyumbang kepada masalah social meskipun jumlahnya ramai kerana ini merupakan keperbadian kemas diri individu. Teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah di baca oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud pada Program Pemantapan dan Jati Diri Shasiah Remaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 yang bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ponteng sekolah merupakan penyumbang utama salah laku remaja sekolah. Terdapat seramai 5.2 juta remaja Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah tahun 2012. Daraipada jumlah itu 108,650 orang remaja telah terlibat dalam salah laku. 6

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

Salah laku yang di ambil kira ialah ponteng sekolah, memukul, bergaduh dan kekemasan diri. Jumlah ponteng telah dinyatakan dalam angka yang tepat yang selebih adalah salah laku yang lain.

3.4 BIL 01 02 03 04

SALAH LAKU REMAJA 2012 JUMLAH KES 18550

SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH MEMUKUL BERGADUH KEKEMASAN DIRI JUMLAH

90100

108620

Pecahan stastitik salah laku remaja sekolah dalam tahun 2012. Pecahan ini lebih menekan kepada ponteng sekolah. Ponteng sekolah merupakan penyumbang utama dalam segala masalah yang di hadapi oleh pihak sekolah. Semasa ponteng sekolah remaja ini akan merayau-rayau di segenap tempat terus menjurus kepada gejala yang negative seperti menghisap gam, bergaduh membuli dan lebih teruk kepada penagihan dadah. 3.5 TAHUN 2010 2012 JUMLAH PENURUNAN PENURUNAN SALAH LAKU TAHUN 2010 KE TAHUN 2012 JUMLAH SALAH LAKU 111848 108620 2864

Di lihat dari statistik tahun 2010 dan 2012 terdapat penurunan salah laku remaja sekolah. Ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat atau ibu bapa telah wujud dalam perhubungan mereka dengan anak. 7

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

3.6 TAHUN 2010 2012

PENURUNAN PONTENG SEKOLAH TAHUN 2010 KE TAHUN 2012 JUMLAH PONTENG SEKOLAH 19545 18550 955

JUMLAH PERBEZAAN

Kalau di nilai dari statisitik yang diperolehi kesedaran salah laku ponteng sekolah juga nampak ada penurunan. Ini disebabkan kesedaran pelbagai agensi luar yang membantu seperti pihak polis serta kesedaran ibu bapa. Pencapaian akademik akan mereka telah menyedarkan mereka bertapa pentingnya dunia pendidiakan anak mereka. 4. Peranan Guru Dalam Membendung Salah Laku Remaja Sekolah

Masyarakat hari ini lebih menyalahkan pihak sekolah terutamanya guru sekiranya remaja sekolah menghadapi salah laku. Guru di katakan punca masalah mereka. Meskipun para pendidik yang sering di persalahkan namun mereka tetap menerima dengan sikap yang positif. Pendidik sedaya upaya untuk menidakkan tanggapan masyarakat ini. Banyak peluang dan ruang yang telah guru lakukan untuk membendung gejala salah laku ini. Seseorang remaja sekolah yang di dapati melakukan setiap salah laku akan di beri khidmat nasihat. Pihak sekolah meneliti punca masalah yang sebenar yang dihadapi oleh pelajar berkenaan. Guru akan menilai punca masalah ini dari pelbagai sudut sama ada dari pengaruh ibu bapa atau rakan sebaya. Guru sering melakukan perbincangan bersama ibu bapa agar mereka sama memantau perlakuan anak mereka semasa di rumah. Melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru sering diadakan majlis randau(dialog) bersama bagi menenangi masalah yang

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

KPP6014

dihadapi. Kesedaran ini telah membuahkan hasil kalau dilihat dari stastitik penurunan salah laku remaja sekolah. Sikap positif ibu bapa tehadap perkembangan pencapaian akademik anak mereka telah membantu mengurangkan salah laku anak mereka. Kesedaran seumpama ini akan berterusan supaya dapat mengurangkan masalah social. Ini menunjukkan ibu bapa amat perihatin terhadap anak dan mula berkomunikasi dengan anak. Kesibukan kerja bukan penghalang kepada batasan pergaulan keluarga. Sikap ingin tahu perkembangan pencapaian anak akan membantu mengurangkan segala salah laku ini. 5. Kesimpulan Secara kesimpulan pengaruh ibu bapa adalah punca sebenar masalah salah laku yang timbul. Sebagai sebuah keluarga ibu bapa seharusnya ambil tahu pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa harus mendekatkan diri kepada anak-anak agar rasa tersisih tidak wujud dalam jiwa mereka. Lantaran itu tidak berlaku konflik dalam jiwa remaja.Ibu bapa perlu bersifat realistik dan mengalakkan anak-anak berdikari. Asmah Bee(1992) menjelaskan bahawa jangkaan ibu bapa ke atas pencapaian kanak-kanak selaras dengan kebolehan pelajar. Remaja akan berasa diri mereka dihargai dan diperlukan oleh keluarga masing-masing. Pengaruh rakan sebaya tidak mudah melekat pada mereka andainya ibu bapa mempunyai sikap yang sebegini. Pebincangan bersama keluarga amat mempengaruhi remaja. Ibu bapa perlu mempunyai sikap yang baik yang menjadi contoh kepada anak mereka

Rujukan Asmah Bee.(1993). Konflik di antara kaum remaja dengan ibu bapa. Seminar kea rah pembangunan Keluarga Bahagia.Terengganu. Atan Long.(1982).Psikologi Pendidikana. Kuala Lumpur. DewaN Bahasa dan Pustaka. 9

Anda mungkin juga menyukai