Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nama dan alamat Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH,

Nama pengkaji : MOHD YAZID BIN SUKIMAN

Tajuk kajian : MEMBUKA MINDA IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 6 CEMPAKA DENGAN PROGRAM ILHAM SENI DAN LETS SKETCH 2010.

1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwai seni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatu sumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Suatu masa dahulu, saya telah mengikuti latihan amali praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 dan telah mengajar tahun 6. Minggu pertama, saya meminta murid melukiskan pemandangan di tepi pantai dan minggu seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang rumahku syurgaku. Setelah 2 minggu menjalankan peraktikum di sekolah tersebut saya menyemak lukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya mendapati 85% daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti penggunaan warna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama seakan peniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja. walaupun mereka berada di tahap 2 dan seterusnya akan melangkah ke sekolah menengah, akan tetapi tahap lukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan lain. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk lukisan yang akan dihasilkan. Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambil lewa serta dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentang lukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, mereka meniru rakan mereka dan tidak tahu untuk melukis yang lain. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akan meniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya merasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisan yang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukis lukisan mereka. Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan prinsip seni dari awal kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan seberapa banyak yang mungkin contoh-contoh lukisan menarik kepada murid menggunakan ICT ? Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan kreativiti idea mereka ketika melukis ? Adakah saya mampu untuk mengajar kesemua sekali tentang seni supaya mereka boleh menjadi seperti seorang pelukis yang berbakat ? Saya telah membincangkan pekara ini dengan beberapa guru lain serta panitia seni dalam mesyuarat bulanan sekolah. Sebahagian guru mengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi seorang pelukis apabila besar kelak. Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka kreatif kesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang terbaik untuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan idea ? Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namunn hasil lukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan idea untuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta murid tidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinan daripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea muridmurid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahap kreativit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yang cemerlang dalam semua aspek.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

2. Fokus kajian secara keseluruhannya saya mendapati murid-murid menghadapi pelbagai masalah dan saya telah mengfokuskan kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari segi kreativiti serta kekurangan idea ketika melukis. Murid lebih suke meniru lukisan rakan-rakan atau contoh yang telah dibuat oleh guru. Murid tidak reti untuk menokok tambah lukisan mereka mengikut kreativiti masing-masing supaya menjadi lebih menarik. Kebanyakan murid telah melakukan : Meniru lukisan rakan-rakan Lakaran dan penggunaan warna yang terhad Kurang kreativiti dan terhad Kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan Kurang pendedahan dari guru Oleh yang demikian, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh murid supaya boleh menjadi seorang yang lebih kreatif dan mempunyai minda yang kreativiti bukan sahaja dalam penghasilan karya mereka sekaligus dalam pelbagai aspek pelajaran yang lain. Seterusnya, mereka dapat membuat lukisan yang menarik dan membuka minda mereka tentang kreativiti yang ada dalam diri mereka sendiri.

3. Objektif kajian Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapao objektif-objektif berikut :

i.

Objektif umum Meningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni visual supaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik.

ii.

Objektif khusus Meningkatkan kreativiti murid Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalam lukisan mereka

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Membantu murid meningkatkan pemikiran yang kreatif Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya seni dalam kehidupan.

4. Kumpulan sasaran Kajian ini melibatkan seramai 42 orang murid tahun 6 cempaka yang keseluruhannya berbangsa melayu serta sekolah yang terletak di luar Bandar (kawasan kampong).

5. Tindakan yang dicadangkan 5.1 Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai permasalahan terserbut. Tinjauan dilakukan dengan bertujuan untuk mengumpulkan data yang seperti berikut : Meminta murid untuk membuat lukisan pemandangan di tepi pantai. Meminta murid untuk melukis dan mewarnakan rumahku syurgaku. Menjalankan aktiviti melukis di luar kelas dan meminta murid melukiskan pemandangan sekitar sekolah.

5.2

Program ILHAM SENI Cara perlaksanaan : 1. Guru membawa smua murid tahun 6 Cempaka ke dalam dewan terbuka. 2. Guru memberikan setiap murid 3 helai kertas lukisan. 3. Guru meminta murid melukiskan Rumahku Syurgaku. 4. Guru akan mengulas tentang lukisan murid-murid semua dan

mendedahkan murid bagaimana untuk mendapatkan idea.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

5. Guru menayangkan beberapa contoh lukisan pemandangan di tepi pantai yang menarik menggunakan ICT untuk murid mendapatkan beberapa idea dalam lukisan yang seterusnya. 6. Guru meminta murid untuk melukiskan pemandangan di tepi pantai. 7. Guru menganalisis kedua-dua lukisan murid tersebut.

5.3

Program LETS SKETCH ( 2 jam 2 lukisan dalam tempoh 3 minggu ) Cara perlaksanaan : 1. Guru membawa murid ke bawah pohon di tepi padang sekolah yang terbuka. 2. Guru memberikan 2 helai kertas lukisan kepada setiap murid. 3. Guru meminta murid memerhatikan alam semulajadi di sekeliling mereka yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea ketika melukis. 4. Guru meminta murid mencari sehelai daun yang menarik untuk mereka lukiskan dan sebagai sumber inspirasi murid dan guru meminta murid melukiskan sebesar kertas lukisan. 5. Guru meminta murid meneliti daun tersebut dan barulah melukiskannya. 6. Untuk lukisan kedua, guru meminta murid melukiskan 1 akar pokok untuk subjek utama mereka. 7. Guru meminta murid meneliti dengan baik dan seterusnya

melukiskannya. 8. Aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama selama tiga minggu. 9. Selepas tiga minggu, guru meneliti kesemua lukisan murid-murid samada murid dapat meningkatkan tahap kreativiti dan perkembangan idea mereka. Aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan setelah membuat tinjauan awal.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

6. Jadual pelaksanaan kajian

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan (individu / panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan (individu / panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Melaksanakan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 (dalam panitia)

Tarikh pelaksanaan 2 Mac 2010 10 Mac 2010 16 Mac 2010 19 Mac 2010 23 Mac 2010

6. 7. 8. 9. 10. 11.

28 Mac 2010 2 Mac 2010 10 Mac 2010 16 Mac 2010 19 Mac 2010 23 Mac 2010

12. 13.

1 April 2010 9 April 2010

14. 15.

12 April 2010 14 April 2010

16. 17. 18. 19.

Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

18 April 2010 20 April 2010 22 April 2010 28 April 2010

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

7. Kos kajian

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jenis Bahan Kertas lukisan Pensel 2B, 3B, 4B Potostat bahan & laporan kajian Plastik tempat duduk (20 x 30) White board (3 x 2) Buku catatan guru

Kuantiti x harga seunit 250 x RM 0.20 126 x RM 0.50

Jumlah kos RM 42 RM 63 RM 80

1 x RM 55 1 x RM40 1 x RM 2 JUMLAH

RM 55 RM 40 RM 2 RM 282

Anda mungkin juga menyukai