Anda di halaman 1dari 9

Malay Pantuns

By A.W. Hamilton Times Books International

PANTUN EMPAT KERAT 1 Semalam saya mimpikan bulan, Nyiur gugur dengan tandannya. Tidur semalam mimpikan tuan, Rasa kutidur di bantal lengannya. Jangan harap kepada padi, Mari ditanam dalam gembia. Jangan harap kepada mimpi, Hari siang manalah dia? Hari panas menjemur tidak, Saya biasa jemur di batu. Bentang tikar, tidur tidak, Saya biasa tidur di pangku. Hendak gugur, gugurlah nangka, Jangan menimpa si dahan pauh. Hendak tidur, tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. Sekocak, mendua kocak, Air segeluk saya tapiskan. Tengah malam, bangun mengucap, Bantal dipeluk, saya tangiskan. Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin di atas peti. Tepuk bantal, pinggil semangat, Supaya bertemu dalam mimpi. Jikalau tidak kerana bintang, Masakan bulan terbit tinggi? Jikalau tidak kerana abang, Masakan saya datang kemari? Perahu baharu, temberang pun baharu, Baharu sekali masuk Melaka. Abang baharu, adik pun baharu, Baharu sekali kenal biasa. Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat. Sekian lama saya mencari, Baharu sekali saya mendapat. Guruh berbunyi sayup-sayup, Orang di bumi semua bimbang. Jika ada angin bertiup, Adakah bunga hendak kembang? 11

18th-November-2006 Memutih ombak di rantau, Petang dan pagi tidak bersela. Memutih bunga di pulau, Setangkai sahaja yang menggila. Belayar masuk Kuala Kedah, Patah tiang timpa kemudi. Sekuntum bunga terlalu indah, Sekalian kumbang asyik berahi. Zaman berperang Raja Burma, Peluru sampai di pucuk kayu. Seekor kumbang menyeri bunga, Kumbang terbang, bunga pun layu. Layang-layang jatuh melayang, Jatuh ke laut disambar jerung. Siapa kata saya tak sayang? Kalau bunga rasa nak gendong! Kalau tuan pergi ke tanjung, Belikan saya pisau lipat. Kalau tuan menjadi burung, Saya menjadi benang pengikat. Naik bukit membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan. Tahan racik, burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. Padi ini padi Melaka, Belum direndang, beretih dahulu. Hati aku hati celaka, Belum dipandang kasih dahulu. Dari mana punai melayang? Dari paya turun ke padi. Dari mana datang sayang? Dari mata turun ke hati. Burung pipit terbang ke bukit, Tempat orang menanam pala. Pipi tersenyum, kening diangkit, Bagaimana saya tak gila. Sakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil di bawah rumah. Sakit hatiku pandang sanggul, Sanggul kecil berisi bunga.

12

13

14

15

16

17

18

19

10

20

Page 1 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

21

Rumah kecil pintu ke laut, Tempat orang menggesek biola. Tubuh kecil bagai diraut, Di situ tempat hatiku gila. Kelip-kelip api di dusun, Anak Keling bergelang kaca. Bukan mati kerana racun, Mati dijeling ekor mata. Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya? Apa guna bermain mata, Kalau tidak dengan sungguhnya? Bunga rampai di dalam puan, Bunga selasih di dalam peti. Sebelum jumpa dengan tuan, Sungguh hidup, serasa mati. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut, pecah batang. Hati muda jangan diturut, Kalau diturut, salah datang. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya. Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Banyak orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki. Banyak orang larang jangan, Saya seorang turut hati. Tekukur digulai lemak, Selasih di bawah batang. Sudah lumpur jalan pun semak, Sebab kasih saya datang. Kepiting, ketam kepiting, Sehari-hari merendang lada. Jikalau tidak hutan mendinding, Sehari-hari bertentang mata. Tampak bendera terkibar-kibar, Tampak dari atas bukit. Hati tak bolah tahan sabar, Kalau digagah jadi penyakit.

31

Kalau padi, kata padi, Tidak saya tertampi-tampi. Kalau jadi, kata jadi, Tidak saya ternanti-nanti. Anak pelanduk di luar pagar, Sayang patah sebelah kakinya! Tujuh tahun gunung terbakar, Baharu sekarang nampak apinya! Layang-layang di atas bukit, Kayu tengar dari seberang. Cinta sayang bukan sedikit, Racun penawar tuan seorang. Orang berinai berhitam kuku, Mandi dijirus air mawar. Tuan seorang biji mataku, Racun diminum jadi penawar. Tujuh hari dalam hutan, Air tak minum, nasi tak makan. Sehari tiada pandang tuan, Rasanya susut tubuh di badan. Terang bulan condong ke paya, Buah rambai di dalam dulang. Tiada orang semacam saya, Duduk ramai bercinta seorang. Pucuk paku diperbuat timba, Terbang bangau ke seberang. Tidak kuasa menanggung hiba, Duduk termangau seorang-orang. Apa lauk nasi rendam? Sayur petola dinihari. Apa ubat hati yang dendam? Gesek biola tarikkan nyanyi. Kalau tuan pergi ke Kedah, Singgah semalam di Kuala Muda. Tuan laksana kuntum yang indah, Ditunggu oleh burung geroda.

22

32

23

33

24

34

25

35

26

36

27

37

28

38

29

39

30

40 Singapura negeri baharu, Tuan Raffles menjadi raja. Bunga melur, cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga.

Page 2 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

41

Pukul gendang ditiup serunai, Raja berangkat ke Seberang. Putih mata siburung punai, Kayu ara ditunggu helang. Tengah hari masuk ke hutan, Potong rumput di tepi perigi. Asyik pungguk kepada bulan, Bulan dikawal Rajawali. Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari. Kering laut tanah Malaka, Baharu saya mungkir janji. Permata jatuh di dalam rumput, Jatuh di rumput bergilang-gilang. Kasih umpama embun di hujung rumput, Datang matahari nescaya hilang. Terang bulan terang ke paya! Anak gagak memakan padi. Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati. Orang duduk di muka pintu, Ambil pisau memotong nenas. Sebab tuan cakap begitu, Hatiku sejuk menjadi panas. Lipat kain, lipatlah baju, Mari ku lipat di dalam puan. Sukat air menjadi batu, Baharu saya lupakan tuan. Tuan Haji memakai jubah, Singgah sembahyang di dalam lorong. Teluk Tanjung lagi berubah, Inikan pula hati orang. Sungguhpun banyak bintang di langit, Bulan juga yang bercahaya. Sungguhpun banyak muda yang manis, Tuan juga di mata saya. Terang bulan terang ke paya, Raja Masir bertenun kain. Tuan dipandang bertambah cahaya, Rasaku tidak pada yang lain.

51

Kalau tuan pergi ke bendang, Jangan petik buah rembia. Tuan laksana bulan yang terang, Cahaya liput serata dunia. Belayar kapal bertimbang arus, Patah kemudi sepanjang pantai. Tuan laksana cindai yang halus, Alah membeli menang dipakai. Inderagiri pasirnya lumat, Kerang berjemur dengan lokan. Bagaimana Nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman. Hendak mati di hujung kuku, Asal berkubur di tapak tangan. Bulan terang di Pulau Upeh, Tempat raja menjemur pinggan. Saya seumpama kain putih, Apa suka tuan warnakan. Kalau roboh kato Melaka. Papan di Jawa saya dirikan. Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa di badan saya serahkan. Tiup api panggang tilan, Anak raja pulang menjala. Hidup mati di tangan tuan, Adik tidak banyak bicara. Belah-belung bunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu. Allah belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu. Ambil pena tuliskan surat, Mari ditulis di atas batu. Dari dunia sampai akhirat, Badan dua menjadi satu. Burung punai terbang sekawan, Entah tidak kembali lagi. Tuan laksana kain kapan, Hancur tidak berganti lagi.

42

52

43

53

44

54

45

55

46

56

47

57

48

58

49

59

50

60

Page 3 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

61

Asap api embun berderai, Cacak galah haluan perahu. Hajat hati tak hendak bercerai, Kehendak Allah siapalah tahu. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja. Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. Pilih-pilih tempat mandi, Esa teluk, kedua pantai. Pilih-pilih tempat menjadi, Esa elok, kedua pandai. Bunga melur kembang sekaki, Mari dibungkus dengan kertas. Di dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi! Sama cantik, samalah padan, kalau diukur, sama tinggi. Pagi-pagi awan berlari, Bintang sebiji membelah bukit. Kalau dapat gambar di hati, Dunia dipandang tinggal sedikit. Ada suatu kapal Surati, Mati tukang, mati kelasi. Kalau tak dapat bagai di hati, Biarlah bujang sampai ke mati. Baik-baik belayar malam, Arus deras, karangnya tajam. Kalau tidak malim yang faham, Di situ banyak kapal tenggelam. Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sucinya. Apa guna berbini cantik, Kalau tidak dengan budinya? Layang-layang menyambar buih, Tetak jeruju buang selupat. Kasih sayang dicari boleh, Yang setuju jarang mendapat.

71

Singapura dilanggar todak, Alah berkubu batang pisang. Orang tua berlaki budak, Bagai bulan dipagar bintang. Buah sauh dalam keranjang, Dibawa dari pekan Petani. Sungguh jauh, tali panjang, Punca ada di tangan kami. Berang-berang si tampuk manggis, Sayang durian gugur bunganya! Hitam-hitam, kupandang manis, Putih kuning apa gunanya. Teritip, tiram tergantung, Limau manis banyak dijinya. Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya. Jalan-jalan, sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang. Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Apa kena pada ku ini, Sini sangkut, sana pun goyang? Apa kena hati ku ini, Sini sangkut, sana pun sayang? Baju putih butang tembaga, Pakaian anak raja Melaka. Mata panjang, hati celaka, Di mana pandang di situlah suka. Sakit kaki ditikam jeruju, Jeruju ada di dalam paya. Sakit hati memandang susu, Susu ada di dalam kebaya. Di sini merak, sana pun merak, Merak seekor di hujung tanjung! Di sini hendak, di sana hendak, Badan seorang tidak tertanggung. Di mana tempat murai berbunyi? Pokok kekabu di tepi kolam! Di mana tempat kita berjanji? Di dalam kelambu di atas tilam!

62

72

63

73

64

74

65

75

66

76

67

77

68

78

69

79

70

80

Page 4 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

81

Di mana kuang bertelur? Di atas lata, di ruang batu! Di mana abang nak tidur? Di atas dada, di ruang susu! Burung pucung terbang melintang, Sudah melintang, membujur pula. Hidung dicium membayar hutang, Pipit digigit berhutang pula. Kain ini kain sutera, Kalau mandi dibasah jangan. Main ini kita berdua, Kalau mati menyesal jangan. Hilang dadu di dalam dadih, Dadih bercampur minyak lada. Hilang malu kerana kasih, Rindu hati bercumpur gila. Orang mengail di lubuk Bulang, Apa umpannya? Kulit duku. Bermain dengan kekasih orang, Nyawa bergantung di hujung kuku. Bangsal di hulu kerapatan, Sayang durian gugur bunganya! Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian apa gunanya! Benang putih biku Eropah, Semut ditangkap atas geta. Muka putih jalang celaka, Ambil laki beradap mata. Udang sama udang, Udang di pucuk nipah. Bujang sama bujang, Salah boleh nikah. Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading. Adakah singa memakan rumput? Adakah lembu memakan daging. Hari-hari jalan ke teluk, Tempat orang membakar arang. Lubuk dalam jangan diseluk, Takut dipatuk ular belerang.

91

Nyiur manis lebat setandan, Masak di bawah mayang mengurai. Laksana buah duduk tersimpan, Isi di dalam dikerebuk tupai. Teritip di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail. Iman, khatib lagi berdosa, Inikan pula kita yang jahil! Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah. Berapa tinggi tupai melompat, Sekali tak sekali jatuh ke tanah. Nait hati nak pancing temenung, Sudah terpancing ikan setoka. Nait hati nak peluk gunung, Sudah terpeluk biawak celaka. Kalau tuan pergi ke bendang, Baju merah baharu dijahit. Tuan laksana timun dendang, Di luar merah, di dalam pahit. Selasih di tepi tubir, Tanam bedara di tepi perigi. Kasih tuan di tepi bibir, Tidak mesra ke dalam hati. Sudah tahu peria pahit, Siapa suruh petik bunganya? Sudah tahu saya tak baik, Siapa suruh dari mulanya? Singapura bernama selat, Selat bernama negeri baharu. Pura-pura tidak melihat, Hati di dalam bagai digaru. Kapal belayar ke Pulau Pinang, Singgah berlabuh di hujung tanjung. Bagaimana boleh hatiku senang? Sangkarnya satu, dua burung.

82

92

83

93

84

94

85

95

86

96

87

97

88

98

89

99

90

100 Manis sungguh tebu seberang, Dari akar sampai ke pucuk. Manis sungguh mulut orang, Kena tipu di dalam pujuk.

Page 5 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

101 Limau manis condong ke paya, Boleh buat simpaian kain. Mulut manis kepada saya, Hati kasih pada yang lain. 102 Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Majapahit. Hilang sepuh nampak senam, Baharu tahu tuan tak baik. 103 Andoman ku sangka hantu, Nampak dari Kuala Acheh. Rosak iman kerana nafsu, Rosak hati kerana kasih. 104 Pisau raut hilang di rimba, Pakaian anak raja di Jeddah. Karam di laut boleh ditimba, Karam di hati bilakan sudah? 105 Pargar-pargar dengan kayu, Pokok limau di tepi paya. Berapa saya pujuk rayu, Tuan tak mahu apakan daya. 106 Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbang jangan. Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan. 107 Hendak hujan, hujan sekali, Boleh saya berkajang kain. Hendak buang, buang sekali, Boleh saya mencari lain. 108 Orang belayar lautan Ambun, Patah tiang dengan kemudi. Putus benang boleh disambung, Patah arang sudah sekali. 109 Asal kapas menjadi benang, Asal benang menjadi kain. Yang lepas jangan dikenang, Sudah menjadi orang lain. 110 Orang mengail di lubuk batu, Dapat seekor ikan gelama. Hilang satu, berganti satu, Masakan sama orang yang lama?

111 Pulau Pinang bandaraya baharu, Kapten Light menjadi syahbandar. Jangan dikenang zaman dahulu, Duduk mengalir si air mata. 112 Lain ulu, lain parang, Saya gereja di atas bukit, Lain dahulu, lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit. 113 Lipat kain bersimpul pulih, Mari ditaruh haluan perahu. Tempat main boleh dipilih, Tempat jatuh siapa yang tahu. 114 Rumah kecil tiang seribu, Rumah gedang terpanggung. Dari kecil timangan ibu, Sudah besar timangan untung. 115 Pulau Sembilan tinggal delapan, Satu merajuk ke Kuala Kedah. Sudahlah nasib permintaan badan, Kita di bawah kehendak Allah. 116 Berapa tinggi pucuk pinang, Tinggi lagi asap api. Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harap hati. 117 Tampak api di Tanjung Tuan, Luala Linggi bakaunya rendah. Harap hati kepadamu tuan, Langit yang tinggi dipandang rendah. 118 Daun terap di atas bukit, Tempat berjemur buah pala. Harap hati bukan sedikit, Sebanyak rambut di atas kepala. 119 Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi? Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati? 120 Limau purut, limau lelang, Masak di tepi Pengkalan Rama. Harimau mati tinggalkan belang, Orang mati tinggalkan nama.

Page 6 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

121 Anak angsa mati lemas, Mati lemas di air masin. Hilang bahasa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. 122 Kulit lembu celupkan samak, Mari dibuat tapak kasut. Harta dunia jangan ditamak, Kalau mati tidak mengikut. 123 Penatlah saya menanam padi, Nanas juga ditanam orang. Penatlah saya menanam budi, Emas juga dipandang orang. 124 Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang. Bukan bangsa menanam budi, Kalau tanam cuma terbuang. 125 Kalau ada duit sekupang, Boleh beli cuka mentahun. Habis padi burung terbang, Ulat tidak kenangkan daun. 126 Sakit menebang kayu berlubang, Kayu hidup dimakan api. Sakit menumpang kasih orang, Daripada hidup baiklah mati. 127 Pukul gendang tiup serunai, Anak Keling mandi minyak. Saya umpama rumput di bumi, Rendah sekali pada yang banyak. 128 Kapal belayar dari Arakan, Ambil gaji jadi jemudi. Mati ikan kerana umpan, Mati saya kerana budi. 129 Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti. Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati. 130 Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

131 Bagaimana saya tak ikat, Kait-kait dengan durinya. Bagaimana saya tak ingat. Orang baik dengan budinya. 132 Tenang-tenang air di laut, Sampan golek mudik ke tanjung. Hati terkenang, mulut tersebut, Budi yang baik rasa dijunjung. 133 Kalau ada jarum patah, Jangan simpan di dalam peti. Kalau ada pantun sepatah, Jangan simpan di dalam hati. 134 Saya tidak pandai menari, Sebarang tari saya tarikan. Saya tidak pandai bernyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan. 135 Cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baharu belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. 136 Sorong makan, tarik makan, Buah keranji di haluan perahu. Suruh makan, saya makan, Suruh mengaji saya tak tahu. 137 Ya Illahi tuanku rabbi! Kayu yang rendah menjadi tinggi. Selama kucing tiada bergigi, Tikus tiada sopan lagi. 138 Hujan ribut belayar ke pulau, Kelekatu ditimba ruang. Selagi hidup kita bergurau, Sudah mati tinggal seorang. 139 Pokok terap di tengah padang, Datang gajah dilelainya. Tengah sedap mata memandang, Datang Allah dicerainya. 140 Tanjong Katong airnya biru, Dibuat budak cermin mata. Sedang sekampung lagi dirindu, Inikan pula jauh di mata.

Page 7 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

141 Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan! Intailah kami antara nampak! Esok jangan rindu-rinduan. 142 Naik ke bukit bermain angin, Pandan berbuah akan permata. Sakit sungguh bercerai main, Makan berkuah air mata. 143 Laju, laju, perahu laju, Lajunya sampai ke Surabaya. Lupa kain, lupa baju, Tetapi jangan lupakan saya. 144 Pucuk pauh, delima batu, Anak sembilang di tapak tangan. Sungguh jauh, negeri satu, Hilang di mata, di hati jangan. 145 Kajang tuan kajang melipat, Kajang saya mengkuang layu. Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya terbuang lalu. 146 Kiri jalan, kanan pun jalan, Sama tengah pokok mengkudu. Kirim jangan, pesan pun jangan, Sama-sama menahan rindu. 147 Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan. Hendak dibawa, perahunya sempit, Tinggal emas, tinggal junjungan. 148 Dian tiga, lilin pun tiga, Tanglong tergantung rumah laksamana. Diam juga, sabar pun juga, Ada umur tidak ke mana. 149 Malam ini merendang jagung, Malam esok merendang serai. Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. 150 Dari mana hendak ke mana? Tinggi rumput dari padi. Tahun mana bulan mana, Hendak kita berjumpa lagi?

151 Tanam pisang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari. Ku pinang tak dapat-dapat, Ku cium-cium kubawa lari. 152 Tarik papan sorong papan, Buah kerinji dalam baju. Suruh makan dia makan,

153 Daun selasih mari dimakan, Dimakan versama sambal kicap, Terima kasih saya ucapkan, Kerana diberi kesempatan berucap. 154 Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menumpang mandi, Kalau ada umur panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi. 155 Campurkan garam sesedap rasa, Untuk hidangan tuan puteri, Dengan berpantun kita berbahasa, Dengan berbahasa kita beridentiti. 156 Anak Melayu berbudi pekerti, Manis bahasa penuh bersopan, Bimbingan cikgu begitu bererti, Memberi idea meluaskan fikiran. 157 Selapas bersanding sepanjang hari, Semua tetamu pun sudah pergi, Sejurus selapas pintu siap dikunci, Sedangkan kau nak tunggu lagi? 158 Walau tanpa katil dan bantal, Aksi pasangan itu masih handal, Ibarat ulat jatuh ke dalam sambal, Semakin berguling semakin gatal. 159 Adik Zana Suzana, Berenang tanpa celana, Datang sekawan ikan piranha, Lari sambil gundah gulana! 160 Khamis bersidang, Sabtu pun bersidang, Bersidang sampai lewat malam; Bapa bersidang, anak pun bersidang, Habis bersidang pergi makan ulam.

Page 8 Of 9

Malay Pantuns
By A.W. Hamilton Times Books International

161 Di mana tempat murai bercakak? Pokok Kekabu di tepi Kolam! Di mana tempat kita berkokcak? Di dalam kelambu di atas tilam! 162 Di mana tempat murai bercakak? Pokok Kekabu di tepi perigi! Di mana tempat kita berkokcak? Pada malam, di dalam mimpi! 163 Kueh donut mari dimakan, Makan dengan teh secawan; Terima kasih saya ucapkan, Kerana ambil saya jadi kawan. 164 Pagi ini pagi Jumaat, Main Lap Top atas kerusi; Tepuk bantal, panggil semagat; Supaya bertemu dalam mimpi. 165 Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hari ini kita beristirahat, Mimpi esok mana ku tahu? 166 Pulau Pinang negerinya baru Kapten Light menjadi Raja Bila terkenang zaman dahulu Duduk mengalir air mata 167 Anak Melayu berbudi pekerti, Manis bahasa penuh bersopan; Berkawan dengan kamu sehari, Macam telah kena sepuluh tahun. 168 Malam ini malam Sabtu, Main facebook dengan Zuraini; Ku sediakan Big Apple seribu, Untuk kau merayakan Aidilfitri. 169

171

172

173

174

175

176

177

178

179

170

180

Page 9 Of 9

Anda mungkin juga menyukai