Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hasrat untuk melaksanakan program ini adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran untuk mengurangkan jumlah tuna aksara di kalangan murid sekolah. Program ini merupakan usaha tambahan dalam memulihkan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR. Justeru itu, satu program yang khusus perlu diadakan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Namun, ini bukanlah satu usaha yang mudah untuk dikuasai oleh murid-murid terutamanya murid-murid bukan berbangsa Melayu. Situasi ini telah wujud sejak lama dahulu lagi. Bagi bangsa lain, bahasa Melayu hanya mula dipelajari apabila mula menjejakkan kaki di bangku sekolah pada tahun satu. Apabila berada luar dari kawasan sekolah, mereka akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan di setiap sekolah yang mempunyai murid-murid yang sebegini. Segala usaha yang dijalankan ini melibatkan semua pihak termasuklah pihak sekolah dan ibu bapa murid-murid itu sendiri. Semoga setiap langkah yang diambil ini akan membuahkan hasil demi meningkatkan tahap pendidikan kita.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan program ini dapat : 1. Mengurangkan jumlah murid yang tidak dapat membaca dan menulis. 2. Meningkatkan perbendaharaan kata bahasa Melayu bagi muridmurid berbangsa Thai. 3. 4. 5. 6. 7. Dapat mengenal huruf kv dan kvk. Memahami penggunaan perkataan dan maksud. Mengurangkan masalah kesalahan struktur ayat dan ejaan. Dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera. Mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian untuk mengatasi masalah buta huruf.
MATLAMAT
Adalah diharapkan program ini dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Membantu murid protim membaca dengan lancar. Membantu murid protim menulis dengan baik. Membantu murid Thai menguasai bahasa Melayu dengan baik. Membasmi masalah buta huruf di kalangan murid-murid. Menambah minat murid-murid untuk belajar bahasa. Mengurangkan masalah murid-murid malas membaca buku. Membantu murid-murid protim untuk lulus dalam UPSR.
PELAN TINDAKAN
BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 AKTIVITI Mesyuarat Kurikulum Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Membentuk AJK Kia2m Tegar Mesyuarat AJK Kia2m Tegar Penyediaan Bahan P&P Makluman Kepada Ibu Bapa Kelas Mula Beroperasi Pemantauan Bermula Penilaian Program TARIKH 1.1.2009 Jan. 2009 Feb. 2009 Feb. 2009 Feb. 2009 Feb. 2009 Feb. 2009 Setiap TINDAKAN Pen. Kanan 1 K. Panitia K. Panitia K. Panitia AJK AJK Setiausaha AJK Pen. Kanan 1
TAHUN 2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Anutcha a/l Seein Ku Azlan b. Ku Adnan Mohd Luqman Arieff b. Jasni Viwat a/l Keliang Somchai a/l Shed Zaidi b. Shaari Alissa a/p Sin Aseharinda a/p Ejop Jhinreedhi a/p Sommai
TAHUN 3 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Muhd Alif Hasri b. Idris Wan Muhd Fitri b. Wan Zalani Sumeet a/l Rawut Chalid a/l From Chatchaay a/l Sommai Pracen a/l Rasmi Mohd Amran b. Abu Bakar Wan Mohd Naufal b. Wan Ghazali
2. 3. 4. 5. 6.
Muhd Khairul Iman b. Marzuki Muhd Rizal Nur Adila bt. Mat Sabri Kha Nert a/l Nai Kil Ray Thanaporn
TAHUN 5 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kamphon a/l Tian Ku Muhamad Idlan b. Ku Mohd Lafdzi Norazam b. Abdul Hamid Soomrak a/l Shed Wan Muhamad Faiz b. Wan Zalani Nor Haslinda bt. Halim
TAHUN 6 1. 2. 3. 4. Mohd Fahmi b. Samudin Sutat a/l Erad Thirawat a/l nem Wanis a/l Ep
Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut : 1. Membaca dan menulis di dalam kelas sewaktu proses P&P berlaku. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Membaca kad perkataan yang mengandungi sukukata kv dan kvk. Membaca karangan dan buku cerita berpandu. Latihan menulis perkataan dan ayat mudah. Menyalin satu karangan pendek seminggu sekali. Menyalin karangan berpandu yang pelbagai bentuk. Mengadakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Membuat aktiviti pemulihan dan pengukuhan di dalam kelas.
KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah yang dilaksanakan adalah seperti berikut : 1. Murid-murid bagi tahap satu akan membaca kad perkataan di waktu pagi pada perhimpunan pagi. Pengawas bertugas akan mengendalikan pengedaran kad bacaan. 2. Murid-murid akan melengkapkan perkataan yang mempunyai sukukata mengikut gambar. 3. Murid-murid akan menyalin satu karangan pendek seminggu. Karangan yang banyak dalam tempoh 4 bulan akan diberi hadiah. 4. Murid-murid bagi tahap dua akan menyalin karangan berpandu yang pelbagai bentuk. 5. Murid-murid akan diberikan sebuah karangan sebagai kerja rumah setiap hari persekolahan. 6. Teknik menggunakan tanda baca dan ejaan dalam penulisan akan diajar sewaktu aktiviti menyalin karangan. 7. Mengadakan aktiviti membaca bahan bacaan mudah.
10
KEBAIKAN
1.
Murid-murid dapat memahami pelajaran dengan jelas kerana bahan-bahan dan aktiviti yang dijalankan dipilih mengikut kemampuan murid.
2.
Murid-murid diberi masa yang mencukupi sewaktu melakukan sesuatu aktiviti supaya dapat memahami pelajaran yang diikuti.
3.
Murid-murid akan lebih berminat untuk belajar bahasa Melayu kerana mendapat peluang untuk belajar melalui program ini.
4.
Murid-murid tidak akan berasa tersisih dan rendah diri untuk belajar bersama-sama rakan sebaya.
5.
Murid-murid dapat memperbaiki bacaan melalui aktiviti bacaan mudah di dalam kelas.
HALANGAN
11
1.
Keinginan atau kesedaran betapa pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak masih lagi rendah terutama bagi penduduk di kawasan kampung.
2.
Ibu bapa tidak begitu mengambil berat tentang pelajaran anakanak, hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada para guru.
3.
Aktiviti yang dirancang adakalanya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana guru-guru terlibat dengan aktiviti yang tidak dijangka.
4.
Murid-murid cenderung mahu pulang awal bersama rakan-rakan yang tidak terlibat dengan program ini.
5.
Guru-guru tiada peruntukan khas untuk menyediakan bahan-bahan untuk melaksanakan program kia2m tegar ini.
12
PENUTUP
Keseluruhan perancangan program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu terutama untuk murid-murid Thai. Walaupun terdapat beberapa masalah dalam merealisasikan program ini adalah diharapkan usaha murni ini dapat mencapai matlamat yang diingini. Peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran lain.
*************************************************************
13
KIA2M TEGAR
***************************
14
15