Anda di halaman 1dari 3

Seni Anyaman

Kraf yang paling best aku buat adalah anyaman...seronok membuat kraft menggunakan reben nih....macam-macam warna boleh diaplikasikan....dan pelbagai corak dan motif boleh cuba di buat....apatah lagi dalam kegunaan bahan....pelbagai jenis bahan boleh di'explore'....contohnya straw, daun pokok kelapa, lidi sate, tali kasut, tali rafia, daun mengkuang dan plastik yang bersaiz A4.......Kraf anyaman la yang paling banyak aku buat....sebab best sangat...dan aku juga ada hasilkan anyaman dalam bentuk bingkai gambar...saje je nak gantung kat rumah baru nanti....tapi gambarnya tak letak lagi....belum jumpa yang sesuai....

Sedikit info mengenai Seni Anyaman:

Anyaman ialah seni kraf tempatan yang dipercayai muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Anyaman adalah salah satu jenis kraf terkenal yang diusahakan dan diperkembangkan di seluruh negara.

Anyaman dihasilkan daripada proses menyilang jalur-jalur bahan tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan tidak mudah terburai.

Hasil anyaman tempatan biasanya berfungsi sebagai alatan kegunaan harian seperti tudung saji, bakul, alas pinggan, tikar, nyiru, dulang dan sebagainya. Dimensi baru anyaman wujud dalam bentuk yang lebih mementingkan cita rasa semasa seperti beg tangan, dompet, terendak lampu, perabot, hiasan dinding, pengadang ruang dan sebagainya.

Jenis-jenis kelarai yang terlibat adalah: a) kelarai berasaskan Flora b) kelarai berasaskan Fauna c) kelarai berasaskan rupa geometri d) kelarai berasaskan rupa abstrak e) kelarai berasaskan nama tempat dan nama pereka

Teknik dan proses yang terlibat di dalam penghasilan tikar mengkuang/pandan:

a) Lagang b) Menganyam c) Pepeh atau Lepih d) Sisip e) Kerat

Anda mungkin juga menyukai