Anda di halaman 1dari 5

PANTUN MERDEKA

Bendera berkibar di rumah Pak Agos Di halaman rumah pasang pelita Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka rakyat hidup aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka Jalur gemilang berkibar megah Sejarah negara jangan dilupa beratus tahun kita dijajah.

Kaum melayu, Cina dan India Hidup sejahtera bersatu padu Jasa pemimpin jangan dilupa rakyat terbilang negara maju.

Para pemimpin silih berganti Kini Pak Lah di tampuk kuasa Kita isi kemerdekaan ini membina peradaban negara tercinta.

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat Bersama kita menyambut merdeka Bersatu berazam penuh semangat Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Abdullatip Jelebu 31.Ogos.2004

PANTUN MERDEKA MEREDAH SASA BUMI MELAKA, AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA, TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN. BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA, INDAH REDUP DIHIAS MELATI; SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA, NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI. RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU, DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN; JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU, TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN, KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA; PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN, MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA. HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA, DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI; TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA, DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI. REMAJA KINI MENJULANG NUSA, BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN; MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA, DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN. CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH, GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP; ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH, NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP? Sumber: http://joharshuib.blogspot.com

Share this: StumbleUpon Digg Reddit

Entri ini dikirim pada hari Khamis, 27 Ogos 2009, 11:11 pm dan diletakkan dalam kategori Koleksi Pantun Melayu. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

33 Responses to Pantun Merdeka

1. bulan berkata: Ogos 30, 2009 at 12:12 am Merdeka!!! Bumi merdeka Kerana mu Pahlawan Kerana mu Negarawan Kerana mu Sultan dermawan Tanah Melayu maju perkasa Bersama bahasa jiwa bangsa Bersatu padu membangun nusa Jalur jalur berkibar dipuncak kuasa Merdeka! Merdeka ! Semangat kebangsaan saluas lautan Melambai lambai dihari peringatan Kebanggaan, bebas meneraju watan Bangun gagah jiwa pertiwi warisan Tanahair ku aman dan makmur Berdasarkan ideology Tun yang subur Tanahair ku selalu pandang ka timur Berdasarkan ideology Tun yang mashur Merdeka! (selepas 52 tahun) Putra Putri merai tanah pusaka Ketika hati ibu remok berduka Ayer mata bapa menyapu muka Gelombang kuasa para durhaka Tanahair merdeka sarupa neraka Merdeka! Bergema tangis gurindam cuitan Semangat tenggelam didasar lautan Melambai lambai suara tuntutan Keterbukaan amalan perosak watan Kembali layu jiwa jiwa pertiwi warisan Kemerdekaan lenyap sepi sama hakisan

Dataran Merdeka nama diberi

Buat bernyanyi serta menari Pasti ramai yang lupa diri Anak-bini tercari-cari. Twin Tower sungguh lah indah

KL Tower bermandi cahaya Orang tua pening dirumah Terkenang dara ntah kemana. 31 Ogos kita nantikan Wild party rakan dan taulan Sebelum party merempit sakan 12 malam kita laungkan. Merdeka! Merdeka! Merdeka.....

Anda mungkin juga menyukai