Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 6-7, BLOK E15 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

TEL: +603 8884 4083 FAKS: +603 8884 4028 LAMAN WEB: http://www.moe.gov.my/bmkpm/ E-MEL: transkrip@bm.matrik.edu.my

BORANG PERMOHONAN SALINAN TRANSKRIP


Sila tandakan ( ) pada petak yang berkenaan.

HILANG

ROSAK

TERJEMAHAN

MAKLUMAT PEMOHON NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK KOLEJ PENGAJIAN SESI KAEDAH SERAHAN ALAMAT SURAT-MENYURAT NO.TEL RUMAH E-MEL TANDATANGAN PEMOHON : ___________________________________________________________________________ (HURUF BESAR & HURUF CERAI ) : ______________________________________________ : ______________________________________________ : ______________________________________________ : ______________________ : SENDIRI POS JURUSAN : _________________________

: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ : ________________________________ NO.TEL BIMBIT : _________________________ : ___________________________________________________________________________ : ________________________________ TARIKH : _________________________

_______________________________________________________________________________________________
1. SYARAT-SYARAT YANG HARUS DIPATUHI OLEH PEMOHON
Permohonan mendapatkan salinan transkrip akan dipertimbangkan berdasarkan sebab-sebab yang munasabah yang dikemukakan oleh pemohon (seperti kehilangan dan kerosakan). Permohonan mendapatkan salinan transkrip akademik hanya boleh dibuat oleh pemohon yang terdiri dari bekas pelajar rasmi Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap permohonan salinan transkrip akan diselesaikan dalam masa SATU BULAN dari tarikh penerimaan surat/borang permohonan pelajar. Setiap permohonan transkrip hendaklah dipohon terlebih dahulu dan permohonan secara walk-in yang memerlukan transkrip pada hari yang sama tidak akan dilayan sama sekali.

2. PERMOHONAN
i) Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan hilang/rosak (semasa mengemukakan permohonan): Salinan LAPORAN POLIS (jika hilang) Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A) Salinan transkrip (jika permohonan melibatkan transkrip asal yang rosak) Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut: Nama Penuh, No. Matrik Pelajar, No. Kad Pengenalan, Sesi Pengajian, Nama Kolej, Jurusan, Alamat surat-menyurat ii) Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan terjemahan ke Bahasa Inggeris (semasa mengemukakan permohonan): Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A) Salinan transkrip asal Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut: Nama Penuh, No. Matrik Pelajar, No. Kad Pengenalan, Sesi Pengajian, Nama Kolej, Jurusan, Alamat surat-menyurat

3. PENYERAHAN SALINAN TRANSKRIP


Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat-menyurat seperti dalam surat/borang permohonan. Jika salinan transkrip hendak diambil sendiri oleh pemohon (bekas pelajar), kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan bagi pengesahan identiti pemohon oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas. Jika salinan transkrip hendak diambil oleh WAKIL PEMOHON, surat kebenaran mewakili pemohon perlu disediakan oleh pemohon dengan tandatangan pemohon disertakan dengan salinan kad pengenalan wakil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai