Anda di halaman 1dari 6

Isi Kandungan KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang

dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral,. Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya. Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika. Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya.Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu Tajuk 1. i. ii. Pelan Pengenalan Lukisan cadanganreka cadangan pelan reka bentuk bentuk lokasi bilik bilik seni seni sekolah yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kela

iii.

Lukisan

pelan

bangunan

sekolah

2.

Pengurusan

iklim

Bilik

Seni

(lukisan

pelan

bilik

seni

visual)

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visualsama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikaldan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.(a) Aspek fizikal Rajah 10.4 : Bilik Seni Sumber : http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah ataubilik seni adalah bersih , susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktivitiyang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukandengan cara-cara berikut:(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

i. Aspek fizikal ii. Aspek sosial

iii. Aspek emosi

3. Aktiviti seni visual i. Menggambar ii. Rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan 1. Pengenalan

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

2.

Kandungan

Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

3.

Alat

dan

Bahan

Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

4.

Teknik-Teknik

Membentuk

dan

Membuat

Binaan

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik Teknik

Picitan Lipatan Potongan Cantuman Pembungkusan Guntingan Luakan

5.

Jenis

Aktiviti

Membentuk

dan

Membuat

Binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

5.1

Arca

Timbul

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, 5.2 binaan Arca atau asemblaj. Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan

objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail 5.3 adalah kimpalan, Arca gam, skru dan lipatan. Stabail

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan 5.4 atau binaan. Asemblaj

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam

5.5

Model

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buahbuahan. 5.6 Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan. Diorama

Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

5.7 Boneka Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru. 5.8 Topeng Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan. 5.9 Origami Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.

iv. Kraf Tradisional

s.

Anda mungkin juga menyukai