Anda di halaman 1dari 4

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SAINS SUKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani (KBSR)

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub-tajuk

: : : :

Pendidikan Jasmani Kesukanan Etika Dalam Sukan Kesungguhan dalam Sukan dan Permainan

Tarikh : 24 Julai 2013 Masa : 8.45 9.15 pagi (1/2 jam) Tahun : 4 Bestari Bil. Murid : 25 orang (12 L / 13 P)

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

1) Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara memupuk kesungguhan dalam sukan dan permainan 2) Afektif : berasa seronok melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan guru

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah melibatkan diri dalam sukan Penerapan nilai : Bertanggungjawab, berani, patuh, kreatif

Penggabungjalinan : Pendidikan Muzik dan Bahasa Melayu Bahan Bantu Mengajar (BBM): Video, Muzik Lagu, Lirik Lagu, Kad Manila, Pingat, Lembaran Kerja

Bahagian Masa Permulaan

Aktiviti

Fokus pembelajaran (isi pembelajaran)

Organisasi Kelas

Catatan

Tayangan video Set Induksi ( 5 minit)

1. Guru menunjukkan tayangan video kejayaan atlet-atlet Malaysia 2. Guru bersoal jawab dengan murid 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran

Guru

Video

Perkembangan

Langkah 1 ( 5 minit)

Penerangan Guru

1. Guru menerangkan cara memupuk semangat kesungguhan mencapai kejayaan dalam sukan 2. Guru bersoal jawab dengan murid

Guru

Bahagian Masa

Aktiviti

Fokus pembelajaran (isi pembelajaran) 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak atlet yang baru memenangi sesebuah acara sukan 2. Guru membuat gaya mengumumkan kemenangan atlet 3. Murid (atlet) ke hadapan kelas untuk menerima pingat 4. Guru menyarungkan pingat kepada murid (atlet) 5. Murid (atlet) membuat gaya kemenangan 6. Murid lain sebagai penonton bertepuk tangan sambil bersorak riang

Organisasi

Catatan

Guru

Langkah 2 ( 5 minit)

Lakonan

Pingat Kad manila

= Murid (atlet) = Murid (penonton) Guru Guru

Langkah 3 ( 10 minit)

Lembaran Kerja

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid 2. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja 3. Guru dan murid berbincang jawapan Guru

Lembaran kerja

Penutup Nyanyian (5 minit)

1. Guru dan murid menyanyikan lagu Jika Kau Boleh bersama-sama

Muzik Lagu Lirik Lagu

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada pengajaran hari ini, saya telah mengajar bagi tajuk Etika Dalam Sukan. Kehadiran murid ialah 100%. Bagi set induksi, saya menunjukkan tayangan video kepada murid-murid mengenai kejayaan atlet-atlet Malaysia yang pernah dikecapi sama ada dalam negara mahupun luar negara. Contohnya kejayaan pemain-pemain yang semakin mendapat tempat di mata dunia seperti Dato Lee Chong Wei bagi acara badminton, Dato Nicol Ann David bagi acara squash, pemain bola sepak dan sebagainya. Video ini mendapat perhatian daripada murid-murid kerana rata-rata mereka amat meminati dunia sukan terutamanya murid lelaki. Melalui pengenalan set induksi, saya dapat mengetahui pengetahuan sedia ada mereka tentang dunia sukan. Bagi langkah pertama, saya memberi penerangan berkaitan tajuk P&P iaitu cara memupuk semangat kesungguhan dalam diri untuk mencapai kejayaan dalam sukan. Seterusnya, saya melakukan sesi lakonan bersama murid dimana murid yang terpilih dikehendaki membuat gaya sebagai pemenang apabila saya sebagai pengacara mengumumkan kejayaan yang dikecapi atlet terbabit. Lakonan ini berjaya mencungkil bakat terpendam murid-murid di samping memupuk sifat berani dalam diri. Saya dapati murid-murid memberikan reaksi yang positif dan berebut-rebut untuk berlakon. Hasilnya, pelbagai gaya lakonan yang dapat saya lihat dan ini menunjukkan daya kreativiti yang ada pada mereka. Setelah itu, saya mengedarkan lembaran kerja dan berboncang jawapan bersama murid. Sebagai penutup, saya dan murid-murid menyanyikan lagu Jika Kau Boleh dengan penuh bersemangat.

Anda mungkin juga menyukai