Anda di halaman 1dari 3

SERANGKAP MADAH, SEULAS BICARA YANG DIPERTUA PIBG

Bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita semua diberi kelapangan untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 pada tahun 2013 ini. Tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkan buat seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tualak ini yang sudi memberi kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah sebuah pertubuhan yang berperanan sebagai pemangkin agenda sekolah. Bagi mencapai matlamat yang cemerlang dan gemilang kita mestilah menggembeleng tenaga dan buah fikiran yang jitu dan tidak berbelah bahagi untuk mencapai cita-cita yang murni ini. Diharapkan dengan komitmen yang kita berikan dapat melahirkan anak-anak kita yang baik tingkahlakunya dan mewujudkan sahsiah yang cemerlang dengan izinNya. Di dalam dunia yang semakin mencabar ini kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan berketrampilan yang tinggi. Harapan saya kepada semua pihak agar sentiasa menjalinkan hubungan yang baik, mempunyai sifat kasih sayang, belas ihsan dan bermuafakat supaya anak-anak kita dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Saya juga berharap sokongan yang padu daripada ibubapa dalam segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan selamat bermesyuarat. Semoga perjalanan mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. PIBG CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG

MOHAMAD SYAFEI BIN MAT YANG DIPERTUA PIBG SK TUALAK

ALUAN PENASIHAT PIBG

Alhamdulillah, saya panjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan izinNya kita dipertemukan lagi di dalam mesyuarat agung PIBG kali ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pertemuan ini menjadi medan untuk kita menjalinkan ukhwah, membina kesefahaman dan membentuk pemuafakatan. Kita perlu sentiasa menyedari akan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. untuk memastikan anakanak kita mendapat pendidikan yang sempurna. Sehubungan itu saya menyeru agar kita sentiasa berusaha seiring bagi mencapai hasrat tersebut. Guru-guru di sekolah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan memastikan murid-murid belajar dengan tekun bagi melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan pekerti terpuji. Mengamalkan budaya penyayang dan melaksanakan tugas dengan dedikasi disamping bekerja secara berpasukan menjadi teras membina kejayaan. Kepada para waris, saya mengharapkan agar mengambilalih tugas guru tersebut semasa anak -anak berada dirumah dengan memastikan agar mereka tidak leka mengulang kaji pelajaran. Oleh itu, sama-samalah kita jadikan budaya bekerja antara guru dan para waris sebagai sebuah rangkaian permuafakatan dalam usaha menghasilkan kecemerlangan anak-anak yang kita bentuk dengan kesungguhan dan kita laksana dengan penuh keikhlasan. Saya selaku penasihat berharap agar laman pertemuan para waris dan guru Sekolah Kebangsaaan Tualak pada hari ini dimanfaat sepenuhnya untuk beramah mesra, mencambah minda, berkongsi rasa, menimba pengalaman dan meneguhkan kesepakatan dalam usaha murni melahirkan anak-anak kita sebagai modal insan berwawasan, kukuh jati dirinya, kental semangatnya dan bijaksana dalam tindakannya. Akhir kata, saya ucapkan selamat bermesyuarat, semoga segala usaha kita mendapat petunjuk dan diberkati oleh Allah S.W.T. Terima kasih.

.......................................
HAJAH ROHANI BT MD HASSAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TUALAK

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TUALAK 06300 KUALA NERANG KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37

TARIKH : MASA :

28 FEBRUARI 2013 (KHAMIS) 10.30 Pagi DEWAN SK TUALAK

TEMPAT :

PERASMIAN OLEH:
YB. DATO' SERI MAHAWANGSA, DATO' SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID SHMS.,SSDK.,DPMP.,BLM. JP

Anda mungkin juga menyukai