Anda di halaman 1dari 20

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT3119) PENDIDIKAN RENDAH

ISI KANDUNGAN

Panduan Kursus Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang
1

akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan memahami pembacaan anda. anda. Ambil masa untuk

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

1. PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN PETA MINDA

PERNIAGAAN definisi perniagaan perniagaan dan bukan perniagaan perniagaan dan untung perniagaan dan ekonomi perniagaan dan masyarakat faktor-faktor pengeluaran perniagaan kini dan masa depan

KEUSAHAWANAN definisi usahawan dan keusahawan perbezaan antara keusahawanan dan perniagaan peranan usahawan dalam masyarakat sebab-sebab usahawan menceburka diri dalam perniagaan sebab-sebab kegagalan usahawan

1.1.

PENGENALAN

1.2.

Perniagaan Definisi Perniagaan

1.2.1.

Perniagaan telah lama dijalankan oleh manusia bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan. Bagi peniaga ia merupakan aktiviti jualbeli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang bertujuan mendapatkan keuntungan. Perniagaan meliputi empat aspek iaitu barang atau perkhidmatan, pertukaran nilai, keuntungan perniagaan dan kepuasaan atau nilai faedah kepada pengguna.

Barang merupakan produk yang fizikal. Ia boleh dilihat, dipegang dan dirasa seperti makanan, pakaian, mesin, alat tulis dan sebagainya.

Perkhidmatan pula adalah produk bukan fizikal yang merupakan kepakaran atau kemahiran. Ia dapat memberi kepuasan atau nilai faedah seperti pendidikan, perlindungan keselamatan, komunikasi, pelancongan dan pengangkutan.

Pertukaran nilai adalah nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk wang samada dibayar menggunakan wang tunai, kad kredit, cek, wang pos dan sebagainya. Nilai wang membantu peniaga mencatat urusniaga dalam sebutan wang ke dalam buku akaun untuk pengiraan.

Keuntungan perniagaan adalah matlamat utama sesuatu perniagaan dan adalah pulangan atau ganjaran hasil daripada sesuatu aktiviti jual-beli.

Apabila penguna akhir membeli barangan dan perkhidmatan, mereka akan mengharapkan kepuasan yang maksimum atau nilai faedah daripada penggunaannya. Adalah menjadi etika
5

peniaga untuk menjual barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

1.2.2.

Perniagaan dan bukan perniagaan iaitu organisasi perniagaan dan

Terdapat dua jenis organisasi bukan perniagaan.

Organisasi perniagaan adalah organisasi yang menjalankan aktiviti jual-beli dan perkhidmatan bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Keuntungan ini digunakan untuk membiayai secara berterusan kos operasi perniagaan.

Organisasi bukan perniagaan pula mendapat pembiayaan daripada pihak kerajaan, pihak swasta, masyarakat dan individuindividu melalui yuran ahli, derma, penajaan persatuan. Organisasi bukan perniagaan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu agensi kerajaan dan badan sukarela. Contohnya bidang-bidang yang berkaitan dengan minat, sukan, kemasyarakatan, kebudayaan, pendidikan dan keagamaan. Agensi kerajaan adalah bertujuan menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat seperti hospital, sekolah, bomba dan sebagainya. Badan sukarela pula ditubuhkan oleh sekumpulan manusia untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum seperti FOMCA, PEMADAM, kelab, koperasi dan badan-badan sukarela menjalankan aktiviti bercorak sosial.

Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan

Dimensi

Perniagaan

Bukan Perniagaan Kebajikan ahli dan kesejahteraan awam Yuran dan bantuan

Matlamat utama Keuntungan Sumber kewangan -keuntungan

-modal -pinjaman Aktiviti Cukai Jual beli Dikenakan atas keuntungan Perkhidmatan masyarakat dikecualikan

1.2.3.

Perniagaan dan untung

Ganjaran yang diterima hasil daripada menjalankan perniagaan dipanggil untung. Ia merupakan pulangan kepada peniaga hasil usaha kesanggupannya mengambil risiko menjalankan perniagaan. Untung ini digunakan sebagai sumber modal tambahan bagi pengembangan perniagaan, mengukuhkan kedudukan kewangan dan kelancaran operasi perniagaan. Keuntungan perniagaan menunjukkan kejayaan, nama baik, dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk membeli barang dan perkhidmatannya dan mencerminkan potensi perniagaan dalam bersaing dalam pasaran. Untung adalah bakil hasil setelah ditolak segala kos perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pentadbitan perniagaan.

Rumus untung adalah: Untung = Hasil Perbelanjaan.

1.2.4.

Perniagaan dan ekonomi

Pencapaian ekonomi mencerminkan aktiviti perniagaan sesebuah negara yang diukur berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu pertumbuhan keluaran negara. Tahap perkembangan perniagaan dipengaruhi oleh faktor kestabilan ekonomi negara, kestabilan nilai mata wang, kekukuhan sistem kewangan, galakkan pelaburan oleh kerajaan, insentif oleh kerajaan kepada peniaga dan kuasa beli masyarakat. Justeru itu aktiviti perniagaan amat penting kepada ekonomi kerana ia membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai perniagaan, menambahkan kualiti dan kuantiti kemudahan infrastruktur awam,
7

mengembangkan industri hiliran dan huluan, menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat, meningkatkan kualiti produk, harga yang mampu dibeli oleh pengguna membantu perniagaan sokongan yang lain.

1.2.5.

Perniagaan dan masyarakat

Perniagaan dan masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Masyarakat memerlukan perniagaan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehidupan harian. Perniagaan pula memerlukan masyarakat untuk membeli barangan dan perkhidmatan mereka pada tingkat harga yang mampu dibeli bagi mendapatkan keuntungan.

Faedah perniagaan kepada masyarakat adalah dapat menawarkan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan kuantiti yang betul bagi memenuhi keperluan dan kehendak pada harga berpatutan. Perniagaan dapat menyediakan peluang pekerjaan dan ini membantu mengurangkan pengangguran bagi masyarakat setempat. Apabila masyarakat mempunyai pendapatan, maka dapatlah mereka membeli barangan bagi keperluan hidup dan meningkatkan taraf hidup mereka. Perniagaan dapat membangunkan kemudahan infrastruktur setempat kerana kemudahan yang disediakan untuk perniagaan seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik dan air sekali gus dapat dinikmati oleh penduduk di sekitarnya. Ini dapat mengurangkan masalah sosial. Oleh kerana perniagaan mempunyai tanggungjawab sosial, masyarakat akan mendapat manafaatnya dalam bentuk sumbangan kebajikan, derma, penajaan, bantuan kewangan untuk aktiviti kemasyarakatan daripada perniagaan.

Akhirnya hasil daripada perkembangan perniagaan yang pesat dapatlah pertumbuhan ekonomi negara ditingkatkan secara maksimum. Kepentingan bukan perniagaan kepada masyarakat adalah menyediakan kemudahan asas, menyediakan tapak perniagaan, memberi perlindungan dan keselamatan, mengurangkan masalah sosial dan menyediakan maklumatmaklumat dan khidmat masyarakat.

1.2.6.

Faktor-faktor pengeluaran

Faktor-faktor pengeluaran digunakan oleh perniagaan sebagai input seperti bahan mentah bagi mengeluarkan output seperti barangan dan perkhidmatan. Faktor pengeluaran terdiri daripada pengusaha, modal, buruh dan tanah.

Pengusaha adalah tenaga manusia yang merancang, menanggung risiko dan mengurus sesuatu perniagaan. Seseorang pengusahan akan menyelaras dan menggabungkan berbagai-bagai faktor pengeluaran bagi mengeluarkan sesuatu output. Pulangan atau ganjaran bagi usahawan adalah untung.

Modal ialah dana yang digunaka untuk menjalankan perniagaan. Contohnya barangan, tunai, jentera dan mesin, peralatan dan premis yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan yang lain. Kos yang telibat bagi penggunaan modal adalah faedah.

Punca keluaran yang menggunakan tenaga manusia dalam sesuatu pengeluaran barangan dan perkhidmatan adalah dipanggil buruh. Sumbangan buruh sama ada mental dan fizikal sangat diperlukan untuk menggerakkan perniagaan. Ganjaran bagi buruh adalah upah atau gaji.

Konsep tanah ini dikaitkan dengan anugerah alam yang dicipta oleh Tuhan untuk melancarkan proses pengeluaran. Ia meliputi hasil bumi seperti perhutanan, sumber lautan, pertanian, sumber galian dan tapak perusahaan. Ganjaran yang diterima bagi faktor tanah ialah sewa.

1.2.7.

Perniagaan kini dan masa depan

Cabaran perniagaan kini untuk maju dan berkembang adalah bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan, kreativiti dan inovasi pengusaha. Antara cabaran perniagaan adalah menggunakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi terkini untuk mengeluarkan barangan dan
9

perkhidamtan yang berkualiti dan berdaya saing. Teknologi terkini banyak menggunakan jentera dan mesin yang digerakkan menggunakan teknologi robotik dalam mengeluarkan produk secara cekap, menjimatkan masa dan besar-besaran. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga meningkatkan kecekapan hubungan jaringan perniagaan seperti berhubung dengan pembekal, pelanggan dan pihak yang berkepentingan samada dalam negara atau luar negara. Contohnya menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk mengurus operasi, mempromosi, mendapat pesanan, mendapatkan bekalan, mengagihkan tempahan, mengurus pengangkutan dan pembayaran, penjualan dan mmebuat keputusan yang kesemuanya boleh dijalankan secara pantas menggunakan elektronik dan atas talian. Ini juga boleh meningkatkan e-dagang, e-niaga, eperbankan, e-pemasaran, pengurusan inventori secara automasi dan pemprosesan urus niaga.

Cabaran masa depan yang perlu diambilkira oleh pengusaha adalah globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. persaingan sengit dari segi kualiti, harga, penyampaian, mobiliti pekerja dan modal dan masalah celaru budaya; kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi dari aspek perubahan produk, tempoh pasaran yang semakin pendek, desakan kepada kemahiran teknologi dam modal yang tinggi; kekurangan sumber tenaga buruh yang mahir dalam bidang berkenaan; perubahan citarasa masyarakat dan struktur demografi seperti kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran pekerjaan, keperluan kemudahan suasana kerja yang berbeza daripada biasa, hayat pekerja yang semakin panjang dan pekerja yang matang; peningkatan tanggungjawab sosial seperti batasan aktiviti komersial, desakan pihak bukan kerajaan (NGO), kerajaan, pihak berkepntingan, buruh kanak-kanak, keprihatinan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU); peningkatan kepada sistem perniagaan Islam seperti produk Halal, perbankan Islam dan lain-lain pematuhan syariah; dan sumber yang semakin berkurangan yang menyebabkan ada batasan pengeluaran, keperluan kepada inovasi produktiviti dalam kecekapan penggunaan sumber.

1.3.

Keusahawanan Definisi usahawan dan keusahawanan


10

1.3.1.

Istilah usahawan dalam Bahasa Inggeris alah entreprenuer. Istilah entreprenuer berasal daripada bahasa Perancis entreprendre (Richard Cantillon, 1755). Usahawan didefinisikan sebagai Individu yang kedudukannya adalah di antara pembekal dan pengguna. Usahawan adalah orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu, mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan ideaidea perniagaan, melakukan inovasi dan sanggup mengambil risiko. Projek pengeluaran yang diusahakan adalah yang berskala besar. Usahawan mengambil inisiatif, mengorganisasi mekanisme sosial dan ekonomi. Tindakan usahawan adalah didorong oleh keperluan mendapatkan sesuatu untuk pencapaian diri, memenuhi keperluan pengguna dan dan menggunakan modal.

Keusahawanan ialah satu proses mewujud dan mengembangkan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan negara. Ia didefinisikan oleh Gartner (1989) sebagai proses penciptaan sesebuah organisasi. Definisi ini disokong oleh Kuratko & Hodgetts (1995) yang berpendapat bahawa keusahawanan merupakan penciptaan usaha niaga baharu melalui 4 dimensi iaitu Individu, Persekitaran, Organisasi dan Proses. Histrich & Peter (1998) pula mengatakan bahawa ianya merupakan proses keusahawanan yang baharu dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menanggung bersamanya risiko kewangan, psikik, sosial dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut. Jeffrey A Timmons (penulis buku The Entrepreneurial Mind) berpendapat keusahawanan melibatkan tindakan kreatif manusia dalam membangunkan sesuatu yang mempunyai nilai tambah. Aktiviti keusahawanan lebih mengejar peluang perniagaan yang menguntungkan daripada memikirkan sumber atau kekurangan sumber yang dimiliki.

1.3.2. Perbezaan perniagaan

antara

keusahawanan

dan

Perbezaan perniagaan dibandingkan dengan keusahawanan adalah perniagaan melibatkan aktiviti jual-beli untuk mendapatkan keuntungan. Keusahawanan pula manjalankan perniagaan mengikut undang-undang dan peraturan, halal di sisi agama, mengikut adat resam negara serta menyumang ke arah pembangunan dan
11

kemajuan masyarakat. Sumbangan usahawan adalah untuk memebri jasa dan bakti kepada pembagunan dan ekonomi negara.

1.3.3.

Peranan usahawan dalam masyarakat

Peranan usahawan dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari aspek mikro dan makro. Dari aspek mikro, usahawan menyumbangkan idea baharu atau produk baharu. Usahawan membuat tambahan nilai, ciri-ciri dan mewujudkan kegunaan atau fungsi baharu. Usahawan melihat masalah baharu, mencari idea bagi menyelesaikan masalah yang wujud dan melaksanakan rancangan perniagaan secara strategik bagi menghasilkan idea baharu bagi tujuan menyelesaikan masalah. Usahawan mengusahakan faktor pengeluaran seperti modal, bahan mentah, tenaga kerja dan mengeluarkan input-input kepada output yang berfaedah untuk kegunaan atau keperluan pengguna lalu dipasarkan atau diedarkan ke pasaran. Memastikan perniagaan yang ditubuhkan dapat diteruskan dan berkembang. Kekaburan , ketidakpastian, oleh itu usahawan berusaha agar keuntungan dan perkhidmatan terhadap pelanggan tidak terjejas. Peranan usahawan dalam aspek makro pula adalah mewujudkan peluang pekerjaan, menambah tahap kebajikan dan kemakmuran. Usahawanan dalam kalangam generasi muda dapat mengalakkan diri terlibat dengan kegiatan yang sihat atau berfaedah. Usahawan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat selaras dengan. Dasar pembangunan Nasional (DPN) yang bermatlamat untuk menyusun atau membasmi kemiskinan rakyat. Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pula dapat meningkatkan pendapatan pendapatan per kapita yang diukur melalui kuasa beli perbandingan. Selaian itu industri sokongan dapat dibangunkan. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meransang pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian. Contoh lain seperti industri berat HICOM dapat mewujud industri sokongan. Barangan di pasaran dapat dipelbagaikan oleh usahawan seiring dengan kemajuan atau peningkatan teknologi. Oleh itu pelbagai barangan dapat diperkenalkan di pasaran dalam dan luar negara. Usahawan tidak akan pernah ketandusan idea, mereka akan menggunakan sumber dengan cekap tanpa mensia-siakan sumber yang ada sama ada bernilai atau tidak di pandangan orang lain. Barang yang tidak
12

diperlukan tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dikita semula dan tidak akan berlaku pembaziran. Usahawan yang berjaya akan menjadi model ikutan masyarakat. Akhir sekali ciri-ciri usahawan yang memiliki keperibadian yang unik akan menjadi sumber inspirasi kepada usahawan baharu. 1.3.4. Sebab-sebab usahawan menceburkan diri dalam perniagaan Terdapat beberapa sebab usahawan melibatkan diri dalam perniagaan iaitu pengalihan negatif, tempoh peralihan , tarikan positif dan tolakan positif:

a. Pengalihan/ anjakan negatif yang bermaksud kewujudan usahawan adalah akibat penyisihan seseorang individu atau kumpulan daripada masyarakat terasing. Ianya tiada sesiapa untuk bergantung dan mereka cenderung untuk menjadi usahawan.Contohnya status imigran, diberhentikan kerja, bosan, marah, krisis pertengahan umur, bercerai dan kematian pasangan.

b. Tempoh peralihan iaitu seseorang yang berkedudukan tertentu bertukar pekerjaan kepada menjadi usahawan. Antaranya adalah anggota tentera yang akan bersara, pelajar institusi pengajian tinggi ke alam perniagaan dan banduan yang akan dibebas.

c. Tarikan positif iaitu usahawan datang dari bakal rakan kongsi, mentor, keluarga, pelabur atau pelanggan dan pembekal. Bakal rakan kongsi mulanya ditawarkan untuk berkongsi pengalaman, membantu kerja-kerja perniagaan dan penyebaran risiko. Perkaitan kuat hubungan antara keluarga juga dapat menggalakkan individu dalam pemilihan kerjaya usahawan.

d. Tolakan positif termasuklah akibat disingkirkan oleh rakan kongsi, pelabur menghentikan komitmen, kerana masalah persefahaman dengan rakan kongsi, tamat tempoh perjanjian perkongsian, bertukar mentor, kurang yakin pelanggan terhadap perniagaan asal. Ini akan menyebabkan usahawan menceburi bidang keusahawan yang lain.
13

1.3.5.

Ciri-ciri usahawan 1. Komitmen dan nekad Sikap ini merupakan satu bentuk personaliti yang amat penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka seseorang usahawan dan ianya memerlukan usahawan itu untuk melibatkan diri mereka sepenuhnya dalam perniagaan.

2. Berinisiatif Mempunyai inisiatif yang tinggi, mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku.

3. Berkeinginan kepada tanggungjawab Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha teroka mereka adalah berkait rapat dengan keinginan usahawan untuk mengekalkan lokus kawalan.

4. Sentiasa melihat dan merebut peluang Memikirkan pencapaian matlamat dan matlamat yang ditetapkan datang dari keupayaan melihat dan mengambil peluang yang terdapat di luar sana.

5. Bertolak ansur terhadap risiko kakaburan dan ketidakpastian Mereka hidup dalam dunia yang dicirikan sebagai dunia yang mempunyai kadar perubahan risiko dan kekaburan yang tinggi. 6. Berkeyakinan diri Mempunyai keyakiana diri terhadap keupayaan diri.Percaya apa yang mereka capai adalah keupayaan mereka sendiri. Memandangkan dunia ini penuh dengan cabaran dan
14

halangan maka mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah keupayaan mereka sendiri. Selain itu usahawan juga melihat bahawa [roses mencari ilmu pengetahuan adalah proses yang berpanjangan. Dengan itu usahawan hendaklah membaca yang dapat membantunya mmembuat keputusan dan melihat peluang peluang yang ada serta melibatkan diri dalam persatuan dan banyak lagi. 7. Berfikiran kreatif dan anjal Usahawan mestilah menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa keanjalan usahawan agak sukar untuk terus mempertahankan perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia hari ini yang mengalami perubahan dalam ekonomi. Terdapat beberapa cara yang dapat dipelajari dalam meningkatkan keupayaan kreativiti. 8. Keinginan kepada maklumbalas Seorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Mereka memiliki keinginanyang kuat untuk menggunakan pengetahuan yang mereka ada bagi memperbaiki prestasi mereka. Usahawan selalu dirujuk sebagai pendengar yang cemerlang dan dapat mempelajari sesuatu dengan cepat. 9. Tahap tenaga yang tinggi Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor yang kritikal untuk melancarkan usaha teroka yang dilakukan memandangkan usahawan perlu bekerja jeras dan jangka waktu kerja yang panjang. Ianya diperlukan bagi menangani masalah yang bakal dihadapi dengan lebih matang dan tidak berputus asa. 10. Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang Sentiasa menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa memastikan standard penghasilan barangan atau perkhidmatan mencapai tahap cemerlang. 11. Berorientasikan masa depan Mempamerkan keprihatinan terhadap masa depan jika dibandingkan dengan usahawan yang memegang teraju usaha teroka yang pertumbuhannya rendah dan sederhana. 12. Kesanggupan untuk belajar dari kesilapan. Menumpukan seluruh tenaga kearah usaha kejayaan.membezakan kegagalan dalam perniagaan dan kegagalan seorang usahawan. 13. Berkeupayaan memimpin Merupakan seorang yang memiliki pengetahuan tentang
15

teknologi dan keadaan pasaran dimana dia beroperasi. 14. Berwawasan Pembentukan matlamat dan wawasan memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta pemikiran yang cemerlang.

1.3.6.

Sebab-sebab kegagalan usahawan

1.3.6.1. Aspek pengurusan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Carta organisasi Huraian tugas kakitangan Rancangan pentadbiran perniagaan Pengalaman mengurus Latihan pengurusan Khidmat nasihat pengurusan Rakan kongsi Pekerja Meningkatkan motibvasi pekerja

1.3.6.2. Aspek Pemasaran 1. 2. 3. Promosi Mengenal pasti pelanggan Penyelidikan pasaran untuk memasarkan barangan/

4. Masalah perkhidmatan 5. 6. 7. 8.

Rangkaian pengedaran Kecekapan jurujual Keistimewaan barangan/ perkhidmatan Kesan persaingan


16

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Tahap persaingan Saiz pasaran Latihan dalam pemasaran Hubungan dengan pembekal Perancangan pemasaran Cara menetapkan harga Lokasi perniagaan

1.3.6.3. Aspek Kewangan 1. 2. 3. 4. 5. Penyediaan rekod-rekod kewangan Pengendalian rekod-rekod kewangan Penyediaan penyata-penyata kewangan Perancangan kewangan Masalah-masalah kewangan yang dihadapi

1.3.6.4. Aspek Undang-undang 1. 2. 3. 4. 5. Masalah undang-undang dalam perniagaan Mendapatkan nasihat undang-undang Dokumen berkaitan undang-undang Saluran undang-undang Masalah insolvensi

1.3.6.5. Faktor Diri: Ketrampilan Keusahawanan 1. 2. 3. 4. Inisiatif Melihat dan merebut peluang Kecekalan Kemampuan mencari maklumat
17

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Menitikberatkan mutu kerja Komitmen terhadap perjanjian kerja Orientasi ke arah kecekapan Perancangan yang sistematik Penyelesaian masalah secara kreatif Keyakinan diri Ketegasan Kemampuan meyakinkan orang lain Kemampuan menggunakan strategi pengaruh

18

Ujian 1 1. 2. 3. 4. Nyatakan perbezaan antara usahawan dengan peniaga? Huraikan perbezaan antara perniagaan dengan bukan perniagaan. Terangkan cabaran bagi perniagaan masa kini. Mengapakah bidang keusahawanan penting? usahawan dapat memberi sumbangan kepada

5. Bagaimanakah masyarakat?

Ujian 2 1. Norman bercadang untuk membuka sebuah kilang pembungkusan makanan ringan dan telah memilih sebuah tapak kilang di kampungnya. Kemahiran yang Norman ada dalam bidang pengurusan stok telah memberi keyakinan untuknya membuka kilang ini. Ketua kampung menasihati Norman supaya menjalankan perniagaan yang boleh memberi kebaikan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, semangat untuk meneruskan cita-citanya menurun apabila Norman mendapati beberapa industri pembungkusan makanan ringan di daerahnya menghentikan operasinya kerana tidak mampu bersaing dengan perniagaan yang lebih matang. Situasi ini menyebabkan Norman merasa amat kecewa.

a. i Jelaskan bagaimanakah kilang Norman dapat menyumbang bakti kepada masyarakat di sekitar kilangnya? [5 markah] ii Apakah cabaran-cabaran perniagaan akan datang yang perlu dijangkakan oleh Norman? [5 markah] b. Berdasarkan latar belakang Norman, apakah ciri-ciri yang dia perlu ada untuk mengatasi cabaran-cabaran berkenaan? [10 markah]

19

Rujukan Abu Bakar Hamed (2005). KEUSAHAWANAN & Pengurusan Perniagaan Kecil. Universiti Utara Malaysia. Aini Hayati Ahmad dll (2008). Pengajian Perniagaan 1. Longman Chell, E. (2001). Entrepreneurship: Globalization, innovation and development. UK: Thomson-Learning. Jaafar Muhamad (2003). Asas pengurusan perniagaan. Selangor: Fajar Bakti. Khairuddin Khalil (2003). Keusahawanan sebagai kerjaya (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kirby, D. (2003). Entrepreneurship. UK: McGraw-Hill. Kurato, D.F. & Hodgets, R.M. (2004). Entrepreneurship A contemporary approach (5th edition). Harcourt College Publishers. Longenecker, J.G., Moore, C.W. & Petty, J.W. (2003). Small business management: An entrepreneurial emphasis. Thompson: South Western. M.B. Muda dll (2003). Pengajian Perniagaan 1 (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. M.B. Muda dll (2003). Pengajian Perniagaan 2 (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Muda, M.B. & Saiful Bahri Sufar (2004). Pengurusan perniagaan II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Zaidatol Akmaliah Lope & Habibah Elias (2000). Perdagangan, keusahawanan dan ekonomi asas. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai