Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3101 - PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TARIKH MULA : 24 Ogos 2013

NAMA PELAJAR : SEMESTER : 05

TARIKH HANTAR : 21 September 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 2. Menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap. 3. Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran kemahiran bahasa. 4. Menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. (Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4) Objektif Projek 1. Menghuraikan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran serta mengolahkannya dengan menarik dalam bentuk pengurusan grafik. 2. Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa. 3. Merancang satu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan memilih dan menerapkan sekurang-kurangnya dua aspek Kemahiran Bernilai Tambah. 4. Menulis refleksi berkaitan dengan tugasan yang dihasilkan dengan tepat dan penggunaan bahasa yang berkesan.

Tugasan Projek Kursus ini menjelaskan dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan Bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi aspek falsafah, objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis), konsep 5P, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah, dan sistem bahasa.

Berdasarkan pernyataan di atas, secara individu anda dikehendaki menghasilkan tugasan seperti di bawah berpandukankan Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu (KBSR). 1. Membuat kajian tentang falsafah, objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan menulis semula dalam bentuk nota ringkas dan pengurusan grafik yang menarik dan berkesan. (20%) 2. Berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang anda kaji dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR, pilih dan analisis sekurang- kurangnya dua hasil pembelajaran (kemahiran bahasa yang berlainan) untuk dihuraikan dalam bentuk esei yang lengkap. (20%) Mengaplikasikan satu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahap Dua dengan memasukkan aspek Pengisian Kurikulum dan sekurangkurangnya dua aspek Kemahiran Bernilai Tambah. Berikan justifikasi anda mengapa anda memilih aspek tersebut. (40%) Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. (20%)

3.

4.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK 1. Tugasan ini ialah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara berkumpulan untuk mengumpul data dan maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. ii. Fon yang digunakan ialah Arial bersaiz 11 dan ditulis dengan langkau 1.5 sahaja iii. Bahan rujukan dengan kadar minimun tiga buah buku menggunakan sistem APA. iv. Panjang tugasan adalah antara 2,500-3,000 patah kata dan tidak melebihi 20 muka surat (termasuk semua bahan sokongan projek seperti gambar,carta, transkripsi temu bual dan sebagainya.) v. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali 5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1. Liputan kandungan isi yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. Isi,fakta dan huraian tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan. b. Menganalisis Kemahiran-kemahiran Bahasa dalam Hasil Pembelajaran. c. Menghasilkan satu contoh aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu dengan memilih dua aspek dalam Kemahiran Bernilai Tambah dan Pengisian Kurikulum dan memberikan justifikasinya. d. Menulis refleksi yang menunjukkan kefahaman terhadap setiap soalan tugasan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda secara ilmiah 4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan tugasan hendaklah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan. 7. Rujukan perlulah daripada sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 Internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain. Tugasan disediakan oleh: ........................................ (IBRAHIM BIN YUSOF) Penyelaras Kursus Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian Melayu Disahkan Oleh: (AZMI BIN AYUB) Ketua Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu IPGK Raja Melewar. Disemak Oleh: .................................................. PN.HJH AMANAH BT MD.NOOR Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Melayu IPGK Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai