Anda di halaman 1dari 1

Unit SPBT, SMK Jengka 21, 26400 Bandar Jengka. Pengetua, SMK Jengka 21, 26400 Bandar Jengka.

20 Jun 2013.

Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN BILIK BOSS KE BANGUNAN UTAMA Merujuk perkara di atas, Unit SPBT SMKJ21 memohon menukarkan bilik BOSS di bangunan baru ke bangunan utama di atas faktor-faktor berikut: iiiiiiivBilik yang terletak jauh dari bangunan utama dan sunyi Operasi BOSS kurang lancar kerana terletak jauh dari bangunan utama Proses pemantauan dan penyeliaan bilik tidak dapat dilaksanakan kerana jauh Saranan daripada pihak JPN dalam Kursus Peningkatan Pengurusan Buku Teks pada 10-12 Jun 2013.

2. Berdasarkan faktor-faktor yang telah dinyatakan, Unit SPBT mencadangkan agar bilik BOSS sekolah dipindahkan ke bilik baru bersebelahan Perpustakaan sekolah. Ini bagi melicinkan perjalanan operasi bilik BOSS selain meningkatkan kualiti keceriaan bilik BOSS sempena pemantauan BOSS yang bakal diadakan pada bulan September. 3. Perhatian dan kerjasama dari pihak sekolah amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

........................................................ ROSNIZAN BINTI ABDUL RASHID Setiausaha, Unit SPBT SMKJ21.

Anda mungkin juga menyukai