Anda di halaman 1dari 10

Kacang berakar melilit atap, Minyak berasi tidak berbau; Kampung terbakar kelihatan asap, Dagang bercinta siapalah

tahu. Ya Ilahi ya Tuhanku, Nabi Muhammad nabiku; Kitab Quran itu imanku, Kaabatullah kiblatku. Tetak-tetak batang tempinis, Tetak mari tengah halaman; Minta tidak masuk haru iblis, Sebab iblis rosakkan iman.

Buruk dengan paku-pakunya; Rupa buruk perangai pun buruk, Buruk dengan tingkah lakunya. Serindit di Kota Medang, Jatuh di telaga Inderagiri; Dagang terselit di kampung orang, Pandai-pandai membawa diri.

Anak buaya mandi berjemur, Mati ditimpa batang jati; Saya bertanya bintang timur, Tempat di mana matahari jadi. Kalau tuan ke Pulau Raja, Carikan limau dimakan ulat; Jikalau turut hatiku marah, Anak harimau kutelan bulat. Tetap papan dibuat perahu, Singgah ke darat menjerat rusa; Alamat datang memberitahu, Kalau tak ingat rosak binasa. Seorang pukul seorang menarik, Suara sampai di pintu Kota; Bunyi guntur di dalam langit,

Ubur-ubur dari seberang, Orang mengail balik subuh; Orang ke kubur habislah pulang, Tinggallah kafan mengikat tubuh. Orang dunia terlalu jahat, Tidak didengar ajaran orang; Badan tak pecak di liang lahad, Hinanya bukan sebarang-barang. Rumah buruk serambi buruk,

rasa bergetar urat anggota.

Pahit maung bukan sedikit, Kerana ubat terpaksa kumakan. Buah terung tepi tempayan, Gulai mari buah kembili; Tiung berpesan kepada bayan, Khabar tersampai kepada nuri. Kelip-kelip disangka api, Kalau api mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Jikalau mati mana tandanya. Bunga tanjung baru digubah, Gubah anak Tengku Cik Puan; Hujung tanjung lagi berubah, Inikan pula hatimu tuan. Kalau tuan ke rumah pakcik Daud, Minta petik buah selasih; Berubah masin air di laut, Baru berubah hatiku kasih. Hendak dibikin sipara labu, Peria melata di tepi kolam; bukankah landak tanduk seribu, Apa binatang darahnya hitam?

Limau di kebun mari dipetik, Petik budak orang Manila; harimau mengaum rusa bertempik, Lembu menghambat badak gila. Laksamana mudik berulang-ulang, Baju belah tinggal di bukit; Tuan laksana tumun dendang, Di luar merah di dalam pahit. Orang kerja meraut rotan, Diraut serung tengah hari; Sekuntum seroja di dalam lautan, Baunya harum satu negeri. Patah dahan cabang melela, Patah rantingnya lagi bertumbuh; Jangan dituru hati yang gila, Berkasih sayang tidak bersungguh.

Besar gunung di balik bukit, Sayang ketupat berisi santan;

Sapu tangan isi bertih, Kasi orang berteka-teki; Jika ketam berdarah putih, Apa binatang tanduk di kaki? Anak merak kampung Cina, Beri makan di kepala titi; Emas perak perhiasan dunia, Budi baik dibawa mati.

Patah kemudi menyusur pantai; Sudah jumpa songket yang bagus, Kalah membeli menang memakai.

Beli gula satu tempayan, Gula bercampur dengan madu; Jikalau ada belas kasihan, Di situ tempat kita mengadu. Encik Ali memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Budi sedikit bila dilupa, Macam rambut disimpul mati. Gunung tinggi terendak Cina, Nampak dari Pulau Seribu; Kasih pergi jangan lama, Tidak kuasa menanggung rindu. Bukan tanah menjadi padi. Kalau jadi hapa melayang; Bukan bangsa menanam budi, Kalau tanam Cuma terbuang.

Goreng pisang goreng keladi, Mari digoreng dalam kuali; Hidup di dunia hidup berbudi, Kalau mati nama terpuji. Anak itik berenang-renang, Air kolam sangat tenang, Budi sedikit takkan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Buat ketupat di bakul baru, Duduk makan di bulan terang; Sudah dapat kain yang baru, Kain yang lama terus dibuang. Kapal belayar menimbang arus,

Anak angsa mati lemas, Mati lemas di air masin; Hilang bahasa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. Sarawak sungainya sempit, Buah nenas lambung-lambungan; Hendak dibawa perahu sempit, Tinggal emas tinggal junjungan. Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi; Biarlah buruk kain dipakai, Asalkan pandai mengambil hati. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di kaki.

Tercampak badan di rantau orang, Budi bahasa pelindung diri. Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batangan galah; Amal ikhtiar bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah.

Raja Maluku meminjam kuda, Kuda dipinjam kuda maulana; Tuanku nyawa orang muda, Bertambah arif bijaksana. Istana tetamu tersegam indah, Tempat berehat pemimpin setia; Industri ilmu terlaksana sudah, Lahirlah rakyat berwawasan mulia. Menguning padi di Tambung Tulang, Dituai petani dibawa ke kilang; Ekonomi berkembang rakyat gemilang,

Tampi melukut di hujung tambak, Orang kota memasang ranjau; Kalau takut dilambung ombak, Sayulah mata memandang pulau. Tetap pandan di tepi bendang, Terbang ke desa burung kenari;

Wawasan kerajaan terus cemerlang. Sungguh berkhasiat daun pegaga, Sudah terkenal merata-rata; Persekitaran indah perlu dijaga, Sebagai warisan negeri tercinta. Ramai orang membeli jamu, Di bawah pokok cuaca redup; Bersungguh-sungguh mencari ilmu, Ilmu dicari penyuluh hidup. Gunung tinggi indah berbanjar, Banyak tumbuh si pohon ara; Jangan malas apabila belajar, Tak ada ilmu hidup sengsara. Tumbuh melata si pokok tebu, Pergi pasar membeli daging; Banyak harta tak ada ilmu, Bagai rumah tidak berdinding. Kelip-kelip api di dusun, Anak Keling bergelang kaca; Bukan mati kerana diracun, Mati dijeling ekor mata.

Sungguh harum si bunga sena, Tumbuh pula di rumah pangsa; Jadilah warga yang berguna, Dapat kita membela bangsa. Jalan malam terpijak duri, Melintas sungai di atas titi; Tingkatkan ilmu majukan diri, Agar hidup bahagia nanti. Pergi ke kebun menebang buluh, Buluh ditebang anak Melaka; Carilah ilmu bersungguh-sungguh, Buat bekalan di hari muka. Parang tajam tidak berhulu, Buat menetak si pokok ru; Bila belajar tekun selalu, Jangan ingkar nasihat guru.

Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya; Apa guna bermain mata, Jika tidak dengan sungguhnya.

Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Padi mula jangan dilurut, Kalau dilurut, pecah batang, Hati muda jangan diturut, Kalau diturut, salah datang. Banyak Saya Banyak Saya orang bergelang tangan, seorang bergelang kaki; orang larang jangan, seorang turut hati.

Kering laut tanah Melaka, Baharu saya mungkir janji. Permata jatuh di dalam rumput, Jatuh di rumput gilang-gemilang; Kasih umpama embun di hujung rumput, Datang matahari nescaya hilang.

Belajar kapal bertimbang arus, Patah kemudi sepanjang pantai; Tuan laksana cindai yang halus, Alah membeli menang memakai. Selasih di tepi tubir, Tanam betik ditepi perigi; Kasih tuan di tepi bibir, Tidak mesra ke dalam hati. Manis sungguh tebu seberang, Dari akar sampai ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Kena tipu di dalam pujuk. Orang daik membeli arang, Untuk membakar ikan haruan; Budi yang baik dikenang orang, Perangai jahat jadi cemuhan.

Pukul gendang ditiup serunai, Raja berangkat ke seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang. Tengah hari masuk hutan, Potong rumput di tepi perigi; Asyik pungguk kepada bulan, Bulan dikawal rajawali. Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari;

Supaya jadi seorang perwira. Kera di hutang terlompat-lompat, Si pemburu memasang jerat; Hina sungguh sifat mengumpat, Dilaknat Tuhan dunia akhirat. Ambil batu ditepi perigi, Ikan di sungai jangan dituba; Dadah itu meracun diri, Jangan disentuh, jangan dicuba. Daun jatuh jangan dikutip, Orang lalu di jalan raya; Jangan selalu salahkan nasib, Cuba dahulu hingga berjaya.

Ramai orang membeli pahat, Untuk memahat dinding yang kesat; Rasuah itu perangai jahat, Jika diamalkan akan tersesat. Sungguh terang cahaya bulan, Bulan mengambang sungguh menawan; Hendaklah sabar menempuh dugaan, Hidup memang banyak cabaran. Tengah hari cuaca redup, Tanam pula pokok halia; Susah senang mainan hidup, Usaha selalu agar berjaya. Burung merak lebat bulunya, Dipikat pula oleh Cik Baba, Emas dan perak harta dunia, Ingatlah Allah dan ingatlah keluarga.

Tahankan jerat gunakan tali, Pacak kuat biar melekap; Kalau bini suka membeli, Hutang berbaris suami ke lokap. Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak ditaati, Mana yang dapat jangan dilupa.

Pohon beringin, si pohon ara, Tempat berteduh si anak dara; Buatlah jasa pada negara,

Kalau meraut bingkat nyiur, Jangan dirautkan pisau tumpul; Kalau menuntut biarlah berguru, Ilmu dituntut barulah betul. Ketam rencung tak pandai menyepit, Hendak menyepit jari-jemari; Enggang sudah berkawan pipit, Tentu ada muslihat dicari.

Carilah kayu, buat pemukul; Barani buat beranilah tanggung, Tangan menjinjing bahu memikul.

Tebu bukannya bangkut, Rama-rama kaki penakut; Bukan kami kaki penakut, Berani kami berkorban nyawa. Perahu payang layarnya merah, Belayar menuju arah utara; Keris dipegang bersintukkan darah, Adat pahlawan membela negara. Anak ayam turun tujuh, Mati seekor tinggal enam; Nabi Muhammad nabi pesuruh, Menyuruh umat membawa iman. Masa berada di Pulau Jawa, Rakan diajak pergi berjala; Masa berkuasa janganlah lupa, Kuasa Tuhan tiada terhingga.

Pak Mahat anak jurangan, Mati diracun muntah darah; Hidup didunia banyak dugaan, Kepada Allah kita berserah. Terang bulan terang bercahaya, Cahaya memancar ke Tanjung Jati, Jikalau hendak hidup bahagia, Beramal ibadat sebelum mati. Pohon getah, pohon kelapa, Ditebang oleh si orang Cina; Taat perintah ibu dan bapa, Kalau derhaka buruk padahnya. Jika terjumpa ular tedung,

Bunga anggerik pohon benalu,

Buah berangan dari Jawa; Kalau cerdik fikir dahulu, Jangan diri dapat kecewa. Dari laut kaum nelayan, Berkayuh perahu bermuat ikan; Rajin dan usaha asas kesenangan, Jimat dan cermat asas kekayaan. Halminda raja perkasa, Cucu kepada Birma Sakti; Sebarang kerja hendak periksa, Supaya tidak sesal dihati. Orang haji dari Jeddah, Buah kurma berlambak-lambak; Pekerjaan guru bukanlah mudah, Bagai kerja menolak ombak.

Tidak sembahyang apa gunanya. Sapu tangan di dalam dulang, Anak udang mati dituba; Dalam kitab telah melarang, Perbuatan haram jangan dicuba. Banyak masa antara masa, Tidak seelok masa bersuka; Tinggalkan sembahyang jadi biasa, Tidakkah takut api neraka?

Bunyi tabuh berbunyi gong, Tanda isyarat sudah bermula; Walaupun harta setinggi gunung, Amalan soleh yang diambil kira. Indah sungguh gunung berbanjar, Di tepi sungai tidak berpaya; Jika gagal dalam belajar, Cubalah lagi hingga berjaya. Semai padi tidak berbaja, Ambil betik buat halua; Tanam dihati rasa reda, Tentu anda tak akan kecewa.

Berjalan jauh cepat lelah, Duduk sebentar berhenti rehat; Orang beriman disayangi Allah, Dapat balasan dunia akhirat. Kemuning di dalam semak, Jatuh melayang ke dalam paya; Walau ilmu setinggi tegak,

Taruh baju di dalam raga, Taruh bersama si bunga cina; Masa itu amat berharga, Jangan lalai memanfaatkannya.

Anak muda pergi mengaji, Singgah pula di rumah Nyonya; Jangan suka caci-mencaci, Jika diturutkan buruk padahnya.

Anak Melaka membeli kasa, Kasa dibeli bersama acar; Jangan suka membuang masa, Masa yang pergi tak dapat dikejar. Singgah sebentar di rumah Cik Esa, Kerana hendak membeli halia; Jika pandai membahagikan masa, Hidup kita tak sia-sia. Pergi ke sawah menanam padi, Singgah di sungai menangkap ikan; Hidup hendaklah bersendikan budi, Sifat sombong jangan amalkan. Pergi ke pekan membeli gergaji, Gergaji disimpan di dalam laci; Sombong itu sifat yang keji, Jika diturutkan akan dibenci.

Anda mungkin juga menyukai