Anda di halaman 1dari 12

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BINA INSAN GURU PUSAT PENGEMBANGAN AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA CYBER JAYA

Program ini dilaksanakan berasaskan pendekatan Adventure-Base Counseling (ABC). ABC adalah satu kaedah pencelahan terapeutik alternatif kepada kaunseling tradisional yang semakin popular sejak tiga dekat lalu. Ia berbeza daripada kaunseling tradisional dalam beberapa aspek terutamanya setting. ABC berlangsung secara outdoor. Adventure, pada asasnya adalah usaha meneroka wilayah-wilayah baru yang kurang disedari dan berada di luar kebiasaan individu (Miles & Priest, 1990). Dalam konteks kemasyarakatan, adventure merujuk kepada usaha yang bertentangan dengan amalan rutin kehidupan. ABC memberi penekanan kepada tiga aspek pengalaman individu melalui afektif, kognitif dan psikomotor.

Objektif utamanya adalah peningkatan konsep kendiri menerusi pelbagaian unsur seperti kepercayaan (trust), membina matlamat (goal setting), pengalaman (experience), keseronokan dan sebagainya (Schoel et.al., 1990), melalui perkongsian pengalaman.

3.1 Pelajar berada dalam bulatan besar. 3.2 Fasilitator mengalu-alukan kehadiran pelajar dan mengucapkan tahniah kerana terpilih mengikuti kursus ini. 3.3 Fasilitator menjalankan aktiviti ice breaking bertujuan untuk: membina hubungan di kalangan pelajar, membina keyakinan diri, menanam sifat bertolak ansur membina percambahan minda

3.4 Kaunselor membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil mengikut nisbah yang sama antara peserta lelaki dan perempuan dalam setiap kumpulan atau mengikut keperluan. 3.5 Para pelajar memilih ketua kumpulan masing-masing berdasarkan kriteriakriteria seorang pemimpin yang terbaik.

3.6 Setiap kumpulan diarah menjalankan beberapa aktiviti yang dirancang oleh fasilitator agar dapat menimbulkan sifatsifat kepimpinan, percambahan minda, perkongsian maklumat tentang: Konsep kendiri Pengalaman Matlamat diri Keseronokan belajar

Di akhir aktiviti LDK, fasilitator berbincang dengan para pelajar tentang hasil aktiviti yang telah dijalankan. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan antaranya: Apakah yang anda fikir tentang aktiviti yang telah dilakukan? Positif/negatif dan alasannya. Apakah yang anda rasa (perasaan) tentang aktivitiaktiviti yang dilaksanakan. Seronok/tak seronok dan alasannya.

Apakah pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan? Baik/lemah dan alasannya. Apakah komen anda tentang keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan? Daripada aktiviti yang telah dilakukan, apakah yang anda boleh kaitkan dengan tugas anda sebagai seorang pelajar? Daripada aktiviti yang telah dilakukan, apakah yang anda boleh kaitkan dengan ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?

Fasilitator merumus semua aktiviti dengan mengaitkan dengan ciri-ciri dan tugas seorang pelajar: personaliti/penampilan masa belajar yang tidak bersempadan suka dengan tugas pelajar dan bermatlamat kreatif dan berdaya saing bekerjasama dan membina jaringan menjadi anak dan pelajar yang membanggakan

Fasilitator mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana memberi kerjasama dalam menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk menilai diri sendiri melalui experiential learning. Memberi semangat kepada pelajar yang akan menjadi pemimpin masa hadapan yang akan mencorakkan negara ini.

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid En.Baharuddin bin Ab. Latiff En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Tuan Haji Ruslan bin Saad En. Mohamad Hafedz b. Salleh En. Hishamuddin bin Hassan En.Zakaria bin Mustaffa Tuan Haji Norhizan b. Zainol En.Zulkapli bin Wagini En.Sudin bin Sarmin Penyelaras Pen.Penyelaras Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli

Jabatan / Institut Pengarah Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur IPG Kampus Perlis, Kangar, Perlis

Anda mungkin juga menyukai