Anda di halaman 1dari 11

BMM3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Ahli Kumpulan: Intan Syafiqah binti Abdollah Norshuhaida bt Masre Syuhada Md. Sarip Wan Athirah Anith bt Wan Ariffin J2

TEORI PEMBUKTIAN
It is based on the idea that the central notion in terms of which meanings are assigned to expressions is that of proof rather than truth. Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.

Keharmonian dan Pembuktian

Koheren dalam Pembuktian

TEORI PEMBUKTIAN

Keharmonian dan Pembuktian


disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataanpernyataan yang berbeza maksudnya.

Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.

Idea Gentzen ialah aturan penambahan sebegini memberi makna pada kata-kata atau sekurangkurangnya pada kata-kata tertentu.Contoh lain: Maria pandai. Mariana tidak pandai. Kedua-dua pernyataan di kedengarannya tidak selaras. (kerana tiada penghubung logik) Untuk mengharmonikan kedua-dua pernyataan di atas, kata manakala ditambahkan. Maria pandai manakala Mariana tidak pandai. Penambahan sedemikian akan memberi pernyataan yang lebih harmonis dan bermakna bahawa Maria dan Mariana memiliki pencapaian yang berbeza.

Koheren Dalam Pembuktian


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.
Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataanpernyataan sebelumnya yang dianggap benar.

Teori koherensi menjadi dasar dalam pengembangan ilmu deduktif atau matematik.

Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah atau pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-hal yangbersifat faktual melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi bukti.

Ciri-ciri deduksi harus benar supaya kesimpulan yang koheren dan benar dapat ditarik darinya

Deduksi merupakan penaakulan yang sesuai dengan hukum-hukum serta-serta aturan logik formal (common sense).

Dalam hal ini orang menganggap bahwa tidak mungkin titik-titik tolak yang benar menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang tidak benar (Beerling at al, 1996 : 23).

Contohnya: 1.Logam mengembang apabila dipanaskan. 2.Besi mengembang apabila dipanaskan. 3.Besi ialah logam. Pernyataan (1) adalah fakta atau kebenaran yang tidak dapat disangkal. Pernyataan (3) koheren dengan pernyataan (1) dan (1) dalam erti kata bahawa (1) dan (2) membuktikan kesahihan pernyataan (3).

Bibliografi
Tiada nama pengarang http://esslli2009.labri.fr/course_63.html Tiada nama pengarang http://en.wikipedia.org/wiki/Logical_harmony Tiada nama pengarang http://id.shvoong.com/humanities/philosophy/ 2127746-teori-koherensi-coherence-theorytruth/#ixzz1zZqdPPqv Kamus Dewan Edisi Keempat(2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai