Anda di halaman 1dari 11

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

SULIT 011
011
Bahasa
Melayu
LTS 2005
Set 3
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2005

BAHASA MELAYU
Kertas 1

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2005 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT


SULIT 2 SET 3 / 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

1 “__________ lah cara membuat kek perasa vanila,” kata


Chef Wan kepada suri rumah itu.
A Sini
B Situ
C Begini
D Begitu
Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

2 __________ Putera Sultan Selangor telah melawat hospital


yang baru itu pagi tadi.
A Yang Mulia
B Yang Berusaha
C Yang Berhormat
D Yang Berbahagia
Gambar 2

3 Semasa melawat kilang minuman itu, kami __________ dengan baik oleh pengurus kilang
tersebut.
A dilayan
B dijamu
C dijaga

Soalan 4 berdasarkan gambar 3

4 Nur Afiqah berusaha __________ diri dengan kawan-kawan


di sekolah barunya.
A menyesuai
B bersesuaian
C menyesuaikan

Gambar 3

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 2
SULIT 3 SET 3 / 011

Soalan 5 berdasarkan gambar 4

5 Rancangan “Hari Ini Dalam Sejarah” disiarkan __________


mengenang kembali peristiwa silam.
A bagi
B agar
C kerana
D supaya
Gambar 4

6 Suara Abdul Jamil sungguh __________ sehingga mengganggu adik perempuannya yang
sedang tidur lena.
A nyaring
B manja
C garau
D lunak

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

7 Tikus putih __________ bekas plastik ini hingga tidak dapat


digunakan lagi.
A memagut
B menggigit
C menggerit
D mengunyah
Gambar 5

8 Ibu bapa perlu memberi __________ kepada anak-anak untuk meningkatkan prestasi
pelajaran mereka.
A dorongan
B asuhan
C ingatan
D arahan

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

9 Tuan Haji Shamsuddin menabur bunga dan __________ air


mawar ke pusara isterinya.
A merenjis
B menyiram
C menyimbah

Gambar 6

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 3
SULIT 4 SET 3 / 011

Soalan 10 berdasarkan gambar 7

10 Sultan Mansur Shah telah menganugerahi Pendekar Radin


__________ pakaian serta _________ keris emas.
A sehelai ... sebatang
B sepasang ... sepucuk
C sepersalinan ... sebilah
D sebungkus ... sebatang
Gambar 7

11 “Fikirkanlah perkara itu __________ sebelum kamu membuat keputusan,” kata ayah
kepada Shuhaimi.
A masak-masak
B benar-benar
C hidup-hidup
D bulat-hidup

12 Rasdan gigih menjalani latihan. __________, dia gagal mendapat tempat pertama dalam
pertandingan lompat jauh.
A Meskipun
B Setelah itu
C Jika demikian
D Namun demikian

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13 Tan Ah Leong __________ tahi lembu yang bertaburan di


atas jalan ketika dia hendak pergi ke rumah kawannya.
A terpijak
B tersepak
C tertendang

Gambar 8

Soalan 14 berdasarkan gambar 9

14 “Amboi, cantiknya __________ di tasik itu!” kata Nita kepada


abangnya.
A flora dan fauna
B pemandangan
C keadaan
D suasana
Gambar 9

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 4
SULIT 5 SET 3 / 011

Soalan 15 berdasarkan gambar 10

15 Puan Zunaidah __________ tangan anaknya ketika hendak


melintas jalan itu
A menghayun
B memimpin
C menolak
D menarik
Gambar 10

16 Lima __________ rumah kedai telah hangus dalam kebakaran di Jalan Bendahara, Teluk
Intan pada bulan lepas.
A biji
B jalan
C pintu
D buah

Soalan 17 berdasarkan gambar 11

17 Hakim telah __________ pencuri itu hukuman penjara


selama setahun enam bulan.
A terjatuh
B jatuhkan
C menjatuhi
D menjatuhkan
Gambar 11

18 Rumah kayu yang usang di kampung Pasir Salak itu telah dibaiki dan dicat semula oleh
sekumpulan __________.
A bangsawan
B sukarelawan
C cendekiawan
D olahragawan

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19 Mak Cik Norhasimah membeli dua __________ serai di


pasar tani pagi tadi.
A ikat
B gugus
C batang
D rumpun
Gambar 12

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 5
SULIT 6 SET 3 / 011

Soalan 20
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

20 Mereka menuju ke ruang tamu untuk menikmati juadah yang sudah berhidang.
A sajian
B sarapan
C makanan
D hidangan

Soalan 21
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

21 Setelah disoal siasat, pencuri itu akhirnya mengakui perbuatannya.


A menolak
B menafikan
C menyetujui
D membantah

Soalan 22
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

22 Wajahnya muram sahaja kerana anak sulungnya menghidap penyakit jantung berlubang.
A Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
B Ketam menyuruh anaknya berjalan betul
C Minyak dengan air tidak akan bercampur
D Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Soalan 23
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

23 Bagaimanakah reaksi para penonton tentang pementasan teater itu?


A Para penonton ternanti-nanti untuk melihat pementasan teater itu.
B Reaksi para penonton sungguh baik kepada pementasan teater itu.
C Pementasan teater itu mendapat reaksi yang sungguh menggalakan.
D Para penonton menyambut baik kedatangan kru pementasan teater itu.

Soalan 24
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24 Angin ribut yang bertiup menghalang para nelayan mendapat ikan yang banyak.
A Apakah yang berlaku kepada para nelayan?
B Di manakah para nelayan mendapat ikan yang banyak?
C Mengapakah hasil tangkapan para nelayan agak berkurangan?
D Bagaimanakah caranya para nelayan mendapat ikan yang banyak?

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 6
SULIT 7 SET 3 / 011

Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya yang semakin membimbangkan dewasa ini.
A Pihak polis yang bimbangkan kadar kemalangan jalan raya dewasa ini, bercadang
mengambil tindakan tegas.
B Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak
polis mengenakan tindakan tegas.
C Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin merisaukan pada
masa ini, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.
D Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan
dewasa ini, pihak polis telah mengenakan tindakan yang berat.

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Pelajarannya patah di tengah jalan.


II Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua.
III Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu.
IV Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum meninggal dunia.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

27 I Ayah rantai abang kerana dia terlalu nakal.


II Rantai kasih antara Azli dengan Siti telah putus.
III Rumah Zahid terletak kira-kira dua rantai dari jalan raya.
IV Rantai emas yang dipakai oleh adik telah diragut oleh seorang lelaki tua.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua.


II Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai jenis masakan.
III Sektor pertanian merupakan sektor yang penting di negara kita.
IV Penyakit demam denggi amat berbahaya dan boleh membawa maut.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 7
SULIT 8 SET 3 / 011

29 I Pasu-pasu bunga itu saya cat.


II Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
III Program itu dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
IV Dia mengucapkan kepada kami terima kasih atas pertolongan yang kami berikan.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

30 I Barang-barang elektrik yang dijual di bazar itu sungguh amat murah.


II Pekerja lebuh raya sedang memperlebar jalan menuju ke pekan Tangkak.
III Kamus ekabahasa yang baru itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
IV Encik Suhaimi dan keluarganya berada di Pulau Langkawi hanya seminggu sahaja.
A II dan III sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bunga Raya berwarna merah,


Menjadi lambang kebanggaan negara;
Gundah perasaanku bertambah marah,
Sampah bertaburan di merata-rata.
Batang rumbia dibuat sagu,
Sagu diadun dijadikan lepat;
Hati sedih bertambah sayu,
Banjir kilat longkang tersumbat.
Pohon merbau pohon meranti,
Sumber pembalakan negara tercinta;
Bukit hijau pupus kini,
Lantaran percambahan industri berleluasa.
Panjat kelapa menggunakan sigai,
Sigai dicipta oleh Pak Senan;
Sisa toksik berlimpahan di sungai,
Pembangunan menggugat rezeki nelayan.
Gula melaka nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Pencemaran udara menyesakkan dada.

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 8
SULIT 9 SET 3 / 011

Bunga mawar berwarna-warni,


Mawar merah jadi pilihan;
Inikan budi masyarakat madani,
Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Putat pegaga dibuat ulam,
Tumbuh subur di tepi jemuran;
Marilah teman mencintai alam,
Menjaga kebersihan elakkan pencemaran.

31 Hutan di negara kita semakin pupus kerana


A dilimpahi sisa toksik.
B lapisan ozon kian menipis.
C berlaku pencemaran di kawasan hutan.
D projek pembangunan yang tidak terkawal.

32 Apakah perasaan penulis apabila melihat sampah bertaburan dan longkang tersumbat?
A Perasaan marah dan sedih
B Perasaan sedih bertambah pilu
C Perasaan marah dan otaknya buntu
D Hatinya kesal terhadap penduduk dan masyarakat

33 Perkataan laba dalam puisi di atas bermaksud


A rugi.
B bala.
C faedah.
D untung.

34 Apakah seruan dan harapan penulis kepada teman-temannya supaya


A menghijaukan kembali bukit yang pupus.
B mencintai alam dan menjaga kebersihan
C membersihkan longkang yang tersumbat
D teman-temannya memelihara alam semula jadi

35 Semua pernyataan yang berikut merupakan kesan pembangunan industri, kecuali


A masalah jerebu dan pencemaran alam.
B penipisan lapisan ozon oleh asap pencemaran.
C kemusnahan alam semula jadi secara berleluasa.
D pembuangan sampah di merata-rata oleh masyarakat.

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 9
SULIT 10 SET 3 / 011

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ramai yang menganggap pokok nanas atau ananas comosus hanya ditanam untuk
mendapatkan hasil buahnya saja. Sebenarnya, masih ada spesies nanas yang boleh
dikhususkan untuk dekorasi ruangan dalam dan halaman rumah.
Ananas bracteatus “Strituatus” merupakan spesies yang unik berbanding pokok nanas
yang biasa ditemui. Di negara kita, spesies ini begitu popular di kalangan masyarakat Cina
yang gemar menanamnya. Spesies ini tidak sukar untuk ditanam kerana memiliki ketahanan
sama ada ditanam pada cuaca redup atau di kawasan dedahan cahaya matahari terik.
Rupa bentuknya yang kecil dengan susunan daunnya yang seakan-akan roset lebih
menarik jika dipasukan dan diletak di atas meja. Susunan roset dedaun dari jambaknya
berwarna kemerah-merahan dan bercampur hijau di sekitar pucuknya sememangnya menarik.
Buahnya kecil tetapi tidak boleh dimakan.
Cara menyemai baka baru amat mudah kerana proses pertumbuhannya tidak
memerlukan pengurusan lanjutan. Anak benih yang baru boleh diambil dari jambak buah atau
jambak sendeng yang tumbuh pada bahagian bawah buahnya.
Penanam juga boleh mengambil anak benih yang sudah berakar yang tumbuh di sekitar
pokok induknya tetapi rupanya tidak cantik. Peminat nanas hiasan di Eropah lebih gemar
menyemai jambak atas buahnya kerana susunan daunnya lebih kemas.

Pasu yang memiliki ukur lilit enam puluh sentimeter boleh digunakan untuk menyemai
anak benih yang baru. Kompos perlu dicampur dengan sedikit tanah gambut dan dua bahagian
pasir kasar dan halus untuk memastikan pengaliran air yang baik.
Setelah anak benih ditanam, siraman awal dilakukan dan dua biji epal yang masak ranum
diletakkan di dalam pasu bagi membantu proses pertumbuhan akar, membaiki struktur tanah
semaian, dan menggalakkan pertumbuhan daun yang baru. Semaian ini perlu dibungkus
dengan beg plastik politena selama seminggu. Pokok ini boleh dipindahkan ke pasu lain dalam
tempoh enam bulan.

36 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?


A Pokok Nanas.
B Ananas Comusus.
C Keunikan Pokok Nanas Hiasan.
D Cara-cara Menanam Pokok Nanas.

37 Perkataan unik dalam petikan di atas membawa maksud yang berikut, kecuali
A ganjil.
B istimewa.
C tersendiri.
D luar biasa.

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 10
SULIT 11 SET 3 / 011

38 Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali
A Buah nanas hiasan tidak boleh dimakan.
B Masyarakat Cina gemar menanam nanas hiasan.
C Ananas bracteatus “Strituatus” amat sukar ditanam.
D Pokok nanas sesuai ditanam di kawasan bergambut.

39 Ananas bracteatus “Strituatus” dikatakan spesies yang unik kerana


A pokok nanas ini jarang ditemui.
B susunan daunnya seakan-akan roset.
C memerlukan epal ranum untuk pertumbuhan.
D bentuknya kecil dan susunan daunnya seakan-akan roset.

40 Buah epal ranum dimasukkan ke dalam pasu semaian supaya


A akar menjadi subur dan buah nanas menjadi lebih besar.
B warna daunnya lebih menarik dan rasa buah nanas lebih enak.
C pokok cepat membesar dan buah nanas itu menjadi lebih manis.
D dapat membaiki struktur tanah dan merangsang pertumbuhan daun baru.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

LEARNING TO SCORE 2005 : KERTAS 011


Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Perak HALAMAN 11

Anda mungkin juga menyukai