Anda di halaman 1dari 18

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,
tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 __________ riangnya Muhammad Afif melihat kepulangan abangnya sekeluarga dari luar
negara.

A Agak
B Sering
C Betapa
D Demikian

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

2 Puan Jawiyah menggubah dua __________ tuala untuk


dijadikan gubahan berbentuk dua __________ cendawan.

A helai ... kaki


B bidang ... pokok
C keping ... pasang

Gambar 2

3 Mereka __________ kereta pacuan empat roda itu ke bengkel yang berhampiran kerana

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

enjinnya rosak.

A Menunda
B Menuntun
C Mengheret
D Mengusung

4 Kehidupan Mak Temah dan anak-anaknya _________ semenjak kematian


suaminya

A terumbang-ambing
B terhuyung-hayang
C terolang-aling

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
5 Ahmad asyik berpeluk tubuh………………………rakan-rakannya sibuk
mengemaskan bilik darjah.

A malahan
B semenjak
C walaupun
D sedangkan

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


2
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

6 “______ rasa kita patut berangkat sekarang juga,” titah


Sultan Awalludin.
A Hamba
B Patik
C Beta
D Tuanku

7 Kakak Saiful yang ______ itu bekerja sebagai _______ di syarikat penerbangan
Itu.

A cendekiawan … angkasawan
B rupawan … pramugari
C jelitawan … pragawati
D usahawan … juruterbang

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
8 Adik sungguh gembira ketika menikmati ________ kek yang dibuat oleh ibu.

A sebiji
B sehiris
C sekeping
D sepotong

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


3
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

9 Norman begitu asyik apabila melihat daun-daun kelapa itu ________ ditiup
angin.

A melayang-layang
B melambai-lambai
C mengibar-ngibar

Soalan 10 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

10. Kamala berjalan ________________rumah ______________ perhentian bas.

A daripada ….. kepada


B dari ….. kepada
C daripada …. ke
D dari …ke

11 Perlawanan bola sepak itu terpaksa ____________________ kerana hujan lebat.

A dipinda

B ditangguh

C digantung

D digant

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


4
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Soalan 12 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

12 itu telah disertai oleh ramai orang.

A Pertandingan memasak

B Pertandingan masakan

C Pertandingan masak

13 Perasaan cinta _________ alam sekitar perlu ditanam dalam jiwa kanak-kanak sejak
dari kecil lagi.

A akan

B tentang

C dengan

D terhadap

Soalan 14 dan Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


5
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

14 Pekerja-pekerja binaan sedang _______________ beg-beg simen dari atas lori itu.

A menjunjung

B mengandar

C menjinjing

D memikul

15 Di tepi bangunan yang belum siap dibina itu ada se_______________ pasir.

A deret

B gemal

C timbun

D tongkol

16 Pelayan restoran itu _______________ minuman ke dalam gelas dengan berhati-hati.

A bertuang

B menuang

C tuangkan

17 Semua mangsa banjir telah ditempatkan di sebuah _______________ buat sementara


waktu.

A pasar raya

B jalan raya

C balai raya

18 Sejak ketua mereka menghilangkan diri, pengikut-pengikut kumpulan itu seperti


_________.

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


6
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

A anak ayam kehilangan ibu

B katak di bawah tempurung

C si buta kehilangan tongkat

D rusa masuk kampung

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19 “Bakat terpendam yang dimiliki oleh penyanyi itu perlu digilap dari sekarang,” kata
komposer ternama itu.

A tertutup

B terendam

C terserlah

D tersembunyi

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20. Orang ramai disaran agar tidak menyembunyikan maklumat tentang penjenayah yang
dikehendaki oleh polis.

A menyatakan

B menerangkan

C mendedahkan

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


7
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

21 Bola itu berada di sudut bilik belakang rumahnya.

A tengah

B hujung

C belakang

D penjuru

Soalan 22 hingga Soalan 23


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

22 “Bagaimanakah caranya membuat bakul ini?’ tanya Ainnisya kepada kakak saya.

A Ainnisya bertanya kepada kakaknya tentang cara membuat bakul itu.

B Ainnisya bertanya kepada kakak saya tentang cara membuat bakul itu.

C Ainnissya bertanya kepada saya tentang cara kakak membuat bakul itu.

D Ainnisya bertanya kepada kakak tentang cara membuat bakul itu.

23 Abang saya membuat tabung yang cantik itu.

A Tabung itu dibuat oleh abang saya yang cantik itu.

B Tabung saya yang cantik itu dibuat oleh abang.

C Tabung yang cantik itu dibuat oleh abang saya.

Soalan 24
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


8
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

24 Bagaimanakah kamu menjawab setiap soalan ketika peperiksaan?

A Saya menjawab dengan berhati-hati.

B Saya membaca dan menulis.

C Saya berasa sukar untuk memahami.

D Saya berasa gembira.

Soalan 25
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

25 Ya, peristiwa Ayuni mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan sukar


dilupakan.

A Adakah Ayuni tidak dapat melupakan peristiwa itu?

B Adakah Ayuni dapat melupakan peristiwa itu?

C Bagaimanakah perasaan Ayuni ketika mendapat kejayaan?

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

26 I Dia membuat catatan ringkas pada sekeping kertas.


II Pegawai itu sedang memberi laporan yang ringkas tentang kemajuan kerja yang
sedang dijalankan.
III Kakak melipat pakaiannya dengan rapi supaya ringkas apabila dimasukkan ke
dalam beg.
IV Abang sedang ringkas cerita tentang sejarah asal kampung itu.

A II dan IIIsahaja

B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II dan IV sahaja

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


9
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

27 I Wajah ayahnya kelihatan samar dalam cahaya yang malap itu.


II Pesalah itu masih disiasat kerana bukti yang diperoleh masih samar.
III Pegawai polis itu bijak samar diri untuk menangkap penjenayah itu.
IV Ayah tidak faham tujuan kedatangan pemuda itu ke rumah kerana dia bercakap
dengan maksud yang samar.

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan IV sahaja

D III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Salleh baru balik dari luar negara.


II Bola itu termasuk ke bawah kereta Pak Hakim.
III Pondok itu betul-betul terletak di dalam sawah.
IV Matahari terbit di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat.

A I dan II sahaja.

B I dan III sahaja.

C I, II dan IV sahaja.

D II, III dan IV.

29 I Jangan berjalan di hadapan orang tua ketika mereka sedang berbual.


II Dia meletakan keretanya di samping Restoran Maju.
III Abang menemukan bungkusan itu di tepi longkang.
IV Kakak menghidangkan kuih-muih itu di atas meja.

A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja


30 I Salmah risau akan kucing kesayangannya yang hilang sejak semalam.
II Pengantin lelaki dijangka sudah sampai di sini petang esok.

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


10
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

III Dapur itu telah ibu dan kakak kemaskan.


IV Datuk melepaskan beberapa das tembakan ke arah tupai itu.

A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja

Soalan 31 hingga soalan 35.


Baca dailog yang di beri,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Armila : Fadilah,lihat gambar ini.Teruk betul kemalangan ini!

Fadilah : Tiga sekeluarga terbunuh dalam nahas ngeri di Perlis.Eh,dahsyatnya!

Armila : Nampaknya kemalangan jalan raya semakin bertambah setiap kali musim perayaan

Fadilah : Ini kerana semua orang mahu cepat sampai.Kenderaan dipandu dengan laju.

Armila : Bukan itu sahaja,ada banyak sebab berlakunya kemalangan,misalnya pemandu


keletihan tetapi enggan berhenti rehat.

Fadilah : Keadaan jalan juga boleh menjadi penyebab utama kemalangan jalan raya.

Armila : Maksud kamu,keadaan jalan yang bagaimana?

Fadilah : Maksudnya jalan yang lekak-lekuk,berliku-liku serta sempit.

Armila : Keadaan cuaca juga boleh menyebabkan kemalangan.Semalam televisyen ada


menyiarkan kemalangan yang berlaku dalam keadaan kabus tebal di Lebuh raya
Jeli.

Fadilah : Itu pun satu sebab juga. Dalam keadaan berkabus,jarak penglihatan pemandu
terbatas.

Armila : Pemandu seharusnya berhat-hati apabila berdepan dengan keadaan tadi. Ini tidak,
mereka memandu macam biasa sahaja.

Fadilah : Jelaslah sikap pengguna jalan raya menjadi punca utama berlakunya kemalangan
jalanraya, misalnya pejalan kaki yang tolol!

Armila : Eh,tidak baik kau cakap begitu!

Fadilah : Bukankah mereka itu tolol kerana tidak menggunakan jejantas apabila melintas

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


11
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

jalan?

Armila : Itu pun satu hal juga.Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina
kemudahan tersebut tetapi mereka tidak menggunakannya.

Fadilah : Kesimpulannya,kita selaku pengguna jalan raya harus sedar pentingnya


keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Armila : Benar kata awak itu.Saya juga yakin,kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika
semua pengguna jalan raya mengubah sikap.

31 Kata Fadhilah “Eh,dahsyatnya!” adalah merujuk kepada

A gambar serta tajuk berita


B berita yang mereka baca
C tajuk berita dalam akhbar itu
D liputan kemalangan itu

32 Kemalangan jalan raya meningkat setiap kali musim perayaan kerana

A sikap semua pengguna jalan raya


B keadaan jalan raya yang sesak
C sikap pemandu kenderaan
D jalan berliku dan tidak rata

33 Pada pendapat Fadilah punca utama kemalangan jalan raya ialah

A keadaan kenderaan
B sikap pengguna jalan raya
C pemandu enggan berehat
D keadaan cuaca

34 Apakah yang harus dilakukan oleh pemandu kenderaan apabila berdepan dengan

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


12
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

keadaan jalan dan cuaca yang buruk?

A Memandu macam biasa


B Mengurangkan had laju
C Mematuhi isyarat jalan raya
D Memandu dengan laju

35 Berdasarkan petikan,yang manakah bukan punca kemalangan jalan raya?

A Sikap pejalan kaki yang degil


B Tidak mematuhi had laju
C Berlumba-lumba di jalan raya
D Memandu dalam keadaan yang letih

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PENCINTA ALAM

Persatuan ini telah mengadakan mesyuarat pada 10 Januari 2010. Sebanyak 45 orang
ahli dan dua orang guru penasihat turut hadir dalam mesyuarat itu. Mesyuarat ini
diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa baru. Berikut merupakan ahli jawatankuasa
baru dalam Persatuan Pencinta Alam:

Penasihat : Puan Kamisah binti Abdullah


Puan Maizon binti Ismail
Pengerusi : Kamal bin Jaafar 6 Melati
Setiausaha : Ang Sai Choon 6 Mawar
Bendahari : Tan Hui Shan 6 Cempaka
AJK : Nor Liza binti Amir 6 Kemboja
Albert Lee 6 Kenanga
Khannan A/L Krisnan 6 Mawar

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


13
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Lim Peng Chun 6 Cempaka

Sepanjang tahun ini, Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk mengadakan


pelbagai aktiviti seperti kuiz, ceramah, gotong-royong membersihkan taman permainan,
projek mengumpul tin minuman dan lawatan sambil belajar.

Pada semester pertama, kuiz akan diadakan antara pelajar-pelajar Tahun 5 dan
Tahun 6. Manakala ceramah-ceramah akan disampaikan oleh guru-guru penasihat dan
penceramah-penceramah jemputan.

Gotong-royong membersihkan taman permainan akan diadakan pada semester ke


dua. Projek mengumpul tin dijalankan sepanjang tahun. Persatuan ini juga akan
mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang minuman ringan.

Harapan kami agar persatuan ini akan terus maju dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh, 15 Januari 2010


Sai Choon
ANG SAI CHOON
Setiausaha,
Persatuan Pencinta Alam.

36 Apakah tujuan mesyuarat itu diadakan?

A untuk melantik jawatankuasa baru.


B untuk mengadakan laporan aktiviti persatuan
C untuk mengadakan lawatan sambil belajar

37 Bilakah projek mengumpul tin minuman dijalankan?

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


14
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

A Sepanjang tahun
B Semester dua
C Semester satu

38 Siapakah yang menyampaikan ceramah?

A Pengerusi dan guru besar


B Setiausaha dan bendehari
C Guru-guru penasihat dan ahli jawatankuasa
D Penceramah-penceramah dan guru-guru penasihat

39 Perkataan “jemputan” dalam petikan bermaksud

A tetamu
B undangan
C pelawaan
D permintaan

40 Apakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010?

A Kuiz, ceramah, taklimat dan bergotong royong.


B Ceramah dan pertandingan kebersihan kelas
C Kuiz, ceramah, gotong royong, projek dan lawatan.
D Lawatan, kuiz, pertandingan kecerian bilik darjah dan taklimat.

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU 011 – SET 1


Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)
15
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

1 C 11 B 21 D 31 C
2 A 12 A 22 B 32 B
3 A 13 A 23 C 33 B
4 A 14 D 24 A 34 B
5 D 15 C 25 A 35 C
6 C 16 B 26 B 36 A
7 B 17 C 27 A 37 A
8 D 18 A 28 C 38 D
9 B 19 D 29 C 39 B
10 D 20 C 30 A 40 C

JADUAL SPESIFIKASI ITEM (BM 011 – SET 1)

BIL TAJUK RENDAH SEDERHANA TINGGI

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


16
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

1 Kata Bantu √
2 Penjodoh Bilangan √
3 Kata Kerja √
4 Kata Ganda √
5 Kata Hubung √
6 Kata Ganti Diri √
7 Pengimbuhan √
8 Penjodoh Bilangan √
9 Pengimbuhan √
10 Kata Sendi √
11 Pengimbuhan √
12 Pengimbuhan √
13 Kata Sendi √
14 Penggunaan Kata Yang Tepat √
15 Penjodoh Bilangan √
16 Pengimbuhan √
17 Kata Majmuk √
18 Peribahasa √
19 Perkataan Seerti √
20 Perkataan Berlawan √
21 Perkataan Seerti √
22 Ayat Yang Sama Maksud √
23 Ayat Yang Sama Maksud √
24 Jawapan Bagi Soalan √
25 Soalan Bagi Jawapan √
26 Kata Banyak Makna √
27 Kata Banyak Makna √
28 Ayat Yang Betul √ √
29 Ayat Yang Betul √
30 Ayat Yang Betul √
31 Pemahaman(Dialog) √
32 Pemahaman(Dialog) √

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


17
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

33 Pemahaman(Dialog) √
34 Pemahaman(Dialog) √
35 Pemahaman(Dialog √
36 Pemahaman(Laporan) √
37 Pemahaman(Laporan) √
38 Pemahaman(Laporan) √
39 Pemahaman(Laporan) √
40 Pemahaman(Laporan) √
JUMLAH 10 20 10

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman – Set 1)


18

Anda mungkin juga menyukai