Anda di halaman 1dari 4

REVISI UPSR

TAJUK : KATA KERJA DAN IMBUHAN



Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1






Gambar 1

1 Encik Khalid sedang _______ roti canai di restorannya.
A menguli C mencanai
B menebar D mengadun

2 Beg yang berat itu tidak _______ olehnya.
A bergalas C penggalas
B tergalas D menggalas

3 Majlis ulang tahun kelahiran adik _______ dengan
nyanyian beramai-ramai sebelum upacara memotong kek.
A disertai C disudahkan
B didahului D ditangguhkan

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2






Gambar 2

4 Fazrul tidak terdaya untuk _______ meja yang berat itu.
A menyanggah C menekan
B menongkah D menolak

5 Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan _______,
kata Asri kepada Shahrul.
A mengekori C mengejar
B mengikuti D menyusul





Soalan 6 berdasarkan Gambar 3






Gambar 3

6 Ibu _______ ayam itu dengan rempah sebelum
memanggangnya.
A mengadun C mencalit
B menabur D melumur

Soalan 7 berdasarkan Gambar 4






Gambar 4

7 Juara beregu badminton wanita dari Malaysia _______
piala yang dimenangi oleh mereka.
A menjulang C merangkul
B menatang D menjunjung

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5






Gambar 5

8 Encik Chin sedang _______ buluh untuk membuat sangkar
burung.
A meraut C merincih
B melentur D menghiris

9 Kementerian Pelajaran sedang _______ usaha untuk
memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis.
A mengemaskinikan C melipatgandakan
B menguatkuasakan D menambahbaikkan









Soalan 10 berdasarkan Gambar 6






Gambar 6

10 Encik Dahlan sedang _______ kain di bengkel untuk
memenuhi pesanan pelanggannya.
A menekan C mengecop
B menekap D mengecap

Soalan 11 berdasarkan Gambar 7






Gambar 7

11 Mak Cik Zainab _______ sayur kangkung untuk juadah
tengah hari nanti.
A menjerang C mencelur
B mengukus D merebus

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8






Gambar 8

12 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak
sebatang pokok tumbang _______ jalan.
A melintasi C merintangi
B merentasi D menyusuri

13 Encik Chong _______ kebunnya dengan kawat berduri
supaya tidak dicerobohi binatang liar.
A dipagari C memagar
B pagarkan D dipagarkan

14 Kucing peliharaan Salmah _______ adik saya yang
menarik ekornya.
A mengais C menggaru
B mencakar D mencengkam
Soalan 15 berdasarkan Gambar 9






Gambar 9

15 Anak kecil itu _______ dari pangkuan ibunya kerana
hendak bermain-main.
A berlungsur C melungsuri
B melungsur D melungsurkan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 10






Gambar 10

16 Mak Minah duduk di bawah rumah sambil _______ lidi
untuk dibuat penyapu.
A menghiris C melarik
B mengikis D meraut

Soalan 17 berdasarkan gambar 11






Gambar 11

17 Hassan menggunakan galah untuk _______ dahan pokok
yang sekah tu.
A mengambil C mengait
B memetik D mencantas

18 Dalam adat _______ masyarakat Melayu, pihak pengantin
lelaki akan membawa sirih junjung.
A peminangan C peminang
B meminang D pinangan

19 Keluarga saya telah _______ di kampung ini sejak lima
tahun yang lalu.
A bermastautin C bernaung
B berziarah D bertukar





Soalan 20 berdasarkan gambar 12






Gambar 12

20 Pemain hoki pasukan Kuala Lumpur sedang _______
pemain Johor dalam perlawanan akhir itu.
A mengasak C menyerang
B menampan D mengelecek

Anda mungkin juga menyukai