Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks

i. Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.

ii.

Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.
Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel. Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan. Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.

iii. iv.

v.

Mengapakah manusia dikatakan sebagai organisma yang kompleks?


Tubuh manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel. Setiap jenis sel mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Ini dipanggil pengukusan sel. Pengkhususan sel - Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Pelbagai jenis sel ini diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan dengan sendirinya. Disebabkan itu wujudnya pengkhususan sel. Contohnya, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.
sel

Tisu

Organ

Sistem

Manusia

Kepentingan organisasi sel dan pengkhususan sel


- Pengkhususan sel amat penting bagi organisma multisel kerana saiznya yang besar memerlukan pelbagai jenis tisu dan organ bagi memastikan fungsi tubuhnya dapat berjalan dengan sempurna - pengkhususan dan organisasi sel membolehkan fungsi yang spesifik dapat dijalankan oleh satu kumpulan sel sahaja dan bukan keseluruhan sel - ianya juga dapat memastikan proses yang berlaku di dalam organisma multisel berjalan secara sistematik - organisma multisel dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan teratur - kadar pertumbuhan organisma akan meningkat

Anda mungkin juga menyukai