Anda di halaman 1dari 13

Pilih simpulan bahasa yang betul dan bulatkan jawapan yang diberikan.

1. Pak Jumat yang ________________ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya. A bongkok sabut B manis mulut C kering hati

2. Abang terpaksa ber ________________ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain. A tikam lidah B gelap hati C putih mata

3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya ______________ . A atas pagar B paku belanda C naik angin

4. Sikap Yasin yang suka ________________ itu menyebabkan dia tidak disukai. A angkat mata B angkat kaki C angkat diri

5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______. A hutang darah B naik darah C mabuk darah

6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _____________nya berbakti kepada tanah. A titik peluh B makan suap C ada jalan

7. Pekerja itu __________________ menanggung kepayahan hidup di rantauan. A besar hati B ada hati C cekal hati

8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya. A buah hati B buah mulut C buah tangan

9. Ain mengambil sikap ______________ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu. A atas pagar B pilih kasih C hentam

10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _____________________. A pekak badak B pisau cukur C buta huruf

11. Aida suka membaca, maka dia digelar ________________________. A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin

12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun ______________ sudah turun. A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga

13. Mira ________________. Dia suka membocorkan rahsia orang. A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang

14. Datuk saya ______________ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak. A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh

15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang ________________itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama. A makan suap B makan angin C makan tuan

16. Ramlah mendapat ____________apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu . A mata duitan B buah tangan C durian runtuh

17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi ______________ negara ke Sweeden . A Guru Besar B duta besar C Hakim Besar

18. Pandangan golongan _____________ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di kemudian hari. A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering

19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ . A air hujan B air mata C air terjun

20. Saya tidak bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _____________dalam mengendalikan kerja-kerjanya . A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan

21. Kami terpaksa ____________kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami . A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati

22. Kerja-kerja ________________ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan . A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia

23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga, Ong Wee Kiat ________hendak mencuba lagi . A sakit hati B baik hati C tawar hati

24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau ____________ dengan syarikat di luar negara itu . A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga

25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _____________ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu. A tangkap mata B tangkap muat C tangkap buta

26. Zainal _____________ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu. A ringan mulut B ringan tulang C ringan lidah

27. Pemuda itu sanggup _______________ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu. A sakit hati B samar muka C sabung nyawa

28. ______________ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham. A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu

29. Siti Aisyah ___________________ apabila Cikgu Norhayati memujinya. A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing

30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______________ untuk mengatasi masalah yang rumit itu. A jalan keluar B jalan belakang C jalan tengah

31. Persembahan Zaki yang __________ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang pertandingan mendeklamasikan sajak itu. A ada akal B ada gaya C atas pagar

32. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ____________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit. A bodoh sepat B buaya tembaga B bintang terang

33. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim ___________ dan berkahwin pula dengan adik isterinya. A patah kandar B hilang akal C ganti tikar

34. Pemuda-pemuda di desa itu ___________ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah. A makan garam B mandi kerbau C mandi peluh

35. Nenek Limah tinggal ________________ di pondok buruknya itu. A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara

36. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai. A tali barut B tebal telinga C teluk rantau

37. Ayah membayar ______________ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2. A buah pena B hutang darah C wang muka

38. Malik menanam sayur di tanah yang luasnya hanya ____________ di hujung kampung untuk menyara hidupnya. A dapat terpijak B retak seribu C sekangkang kera

39. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai ____________ yang luas. A tahi minyak B teluk rantau C isi perit

40. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru. A buruk siku B hilang akal C hangat hati

41. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ______________ itu. A muka tembok B lintah darat C pisau cukur

42. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba ____________ kerana buruk padahnya. A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut

43. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ . A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang

44. Untuk mengelakkan ____________ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol. A patah hati B pasang kaki C perang mulut

45. Sekiranya Sharul ada, tentu kita _____________ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya. A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah

46. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja ______________ . A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing

47. Kerani bank itu menjadi __________ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya. A jejak barat B gelap mata C cupak hanyut

48. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang ___________ kepada hadirin. A panjang akal B cari akal C masuk akal

49. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi ________ pengganas. A patah kandar B mata petai C tali barut

50. Tidak usahlah kamu percaya akan ____________ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu. A khabar angin B omong kosong C hangat hati

51. Bakul-bakul ini adalah _______________ orang-orang yang cacat penglihatan. A ringan tangan B bekas tangan C buah tangan

52. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung. A gelap hati B mata durian C gelap fikiran

53. Mereka mendapat ___________ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar. A tulang belakang B mata durian C durian runtuh

54. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si ______________ itu. A mulut murai B mulut tempayan C mulut manis

55. Sesiapa sahaja yang ______________ akan didakwa di mahkamah. A makan suap B makan hati C makan darah

56. Kami _______________ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak. A putih hati B ada hati C putih mata

57. Liyana merupakan ______________ pasukan bola jarring sekolahnya. A tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu

58. Jika tiada ______________ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah. A batu lesung B batu api C kepala batu

59. Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu. A rambang mata B mata keranjang C mata hati

60. Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _____________, kata Malek. A ada angin B mulut murai C senapang bamboo

61. Kadar _____________ di kalangan penduduk luar bandar sudah jauh berkurangan. A buta ayam B buta huruf C buta perut

62. Banyak syarikat bumiputera terpaksa _______ akibat kelembapan ekonomi negara. A gulung tikar B balik gagang C hutang darah

63. Encik Idrus gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang. A halwa telinga B buah pena C bidan terjun

64. Daud terkenal sebagai ___________ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam. A kepala batu B kutu embun C kera sumbang

65. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap ___________. A baik sangka B buruk siku C pilih kasih

66. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti ____________ apabila lalu di hadapan gadis itu. A cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat

67. Usahlah memandang saya seperti __________. Saya juga berhak bersuara di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini, kata Juah kepada penduduk kampung. A anjing kurap B pisau cukur C penyapu baharu

68. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _____________ Encik Abu dan Puan Zaini. A buah pena B anak emas C nyiur gading

69. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _________ itu akan menghulurkan derma kepada anak-anak yatim. A tangkai jering B ketam batu C buaya tembaga

70. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan fesyen pakaian ini. A bongkok sabut B patah kandar C cupak hanyut

71. Tuk Penghulu menasihati ________ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain. A anak emas B anak buah C angak angkat

72. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ . A hidung tinggi B buah mulut C bulat hati

73. Pak long dan mak ngah sanggup ber __________ hanya kerana berebut harta pusaka. A hisap darah B patah arang C paling tadah

74. Dia _______________ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. A makan diri B makan gaji C makan hati

75. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu. A baik sangka B buruk siku C campur tangan

76. Karim terpaksa ______________ kerana belum mendapat gaji lagi. A ikat perut B mulut tempayan C pekak badak

77. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _____________. A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap

78. Sikap Ana yang ____________ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya. A buah pena B berat tulang C nyiur gading

79. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______________ keluarganya. A bongkok sabut B patah kandar C anak emas

80. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai _______ nya telah berjaya. A anak angkat B anak buah C anak tut

10

81. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya ____________. A lepas tangan B bidan terjun C baik hati

82. Jangan bersikap ______________ketika mengadili sesuatu permainan. A buruk sangka B berat sebelah C baik hati

83. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja __________ ketika terpandang akan dirinya. A senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing

84. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ___________. A gila bahasa B alim kucing C buruk siku

85. Ana yang __________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh Cik Zul. A ada hati B cekal hati C terang hati

86. Kerajaan Melaka mempunyai _______________ yang luas sehingga ke Sumatera. A nyiur gading B anak gahara C teluk rantau

87. Banci penduduk 2013 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______________ di seluruh negara. A isi rumah B isi perut C isi hati

88. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ___________ Jalan Masjid India. A kaki bangku B kaki lima C kaki ayam

11

89. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada _________ nya di sawah. A panjang akal B titik peluh C ringan tulang

90. Sejak Anuar berpisah dengan ___________ nya dia asyik termenung sahaja. A puteri lilin B anak buah C mata air

91. Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang _______ . A kaki bangku B tangkai jering C bulat hati

92. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya ______________. A hisap darah B patah arang C berat mulut

93. Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _____________ banyak pihak tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. A membuka mata B membuka peluang C membuka tembelang

94. Datuk Murad telah memberi _________ kepada Ramasamy sama ada mahu meneruskan kerja atau diberhentikan kerja . A kata putus B kata dua C kata sepakat

95. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _________ daripada latihan pusat kerana ibunya meninggal dunia. A menarik diri B membawa diri C menyerah diri

96. Azli tidak_____________ membiarkan pengemis itu kelaparan. A ada hati B sampai hati C kecil hati

12

97. Nabila murid yang cemerlang. Namun begitu, di sentiasa _________________. A rendah diri B tawar hati C ringan mulut

98. Hassan baru sahaja ________________ dengan sebuah syarikat swasta di Perak. A makan suap B makan hati C makan gaji

99. Jangan ______________, kawan-kawan. Bukan saya yang pecahkan pasu itu, kata Arif kepada kawan-kawannya. A panjang tangan B campur tangan C serkap jarang

100. Kakak telah meluahkan _____________nya untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada ayah dan ibu. A ambil hati B isi hati C ada hati

13

Anda mungkin juga menyukai