Anda di halaman 1dari 1

Rural Capital Sdn.

Bhd (RCSB), anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA), berfungsi sebagai syarikat pengurusan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti kutipan hutang dan pembiayaan serta menyediakan latihan dan pembangunan usahawan. Sejajar dengan perkembangan tersebut kami sedang mencari individu yang berdedikasi dan dinamik dalam memenuhi kriteria bagi jawatan berikut :

PEGAWAI UNDANG-UNDANG
(IBUPEJABAT)
Deskripsi Tugas: Meneliti, mengkaji dan menggubal semua bentuk dokumentasi undang-undang. Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu berkaitan undang-undang kontrak dan hal-hal komersial. Berhubung dan berunding dengan peguam Malaysia dan luar negara atau wakil-wakil yang berkaitan dengan isu undang-undang dan keperluan semua projek yang dilaksanakan oleh Syarikat. Menjalankan penyelidikan mengenai isu undang-undang dan menyediakan nasihat dalaman. Menghadiri dan menyelesaikan isu undang-undang yang mungkin timbul dari masa ke semasa.

Syarat Lantikan: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang atau yang setaraf dengannya. Pengalaman sekurang-kurangnya minimum 3 tahun di sektor perbankan atau institusi kewangan. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum. Boleh menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut masa yang telah ditetapkan. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang baik.

Pemohon yang berminat dijemput mengemukakan permohonan dengan memberi maklumat peribadi dan menyertakan salinan sijil, dokumen berkaitan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 25 November 2013:-

Rural Capital Sdn. Bhd. Bahagian Pembiayaan Perniagaan Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Tel No: 03-26132548 Fax No: 03-26021991 Email: admin@ruralcapital.com.my Contact Person: En. Rosli Mohd Isa / Cik Syazwana Jamaludin

Anda mungkin juga menyukai