Anda di halaman 1dari 2

Merancang Pelan Penurunan Berat Badan yang Sesuai dan Praktikal http://www.mayoclinic.

com/health/weightloss/WT00018/NSECTIONGROUP=2 Artikel ini menerangkan bagaimana hendak menentukan gol penurunan berat badan untuk diri anda. Saya berharap anda dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca. Rumusannya adalah seperti berikut: Rancang gol yang pintar: Tulis pelan anda dengan jelas. Bagaiman, bila dan apa yang akan anda lakukan? Bagaimanakah anda akan melaksanakan pelan dalam kehidupan harian yang agak sibuk? Anda boleh menyemak dari semasa ke semasa sama ada anda mengikuti pelan anda. 1) Tentukan pelan dalam unit ukuran: Jika anda ingin berjalan untuk bersenam, anda perlu merancang jarak yang anda ingin berjalan dalam sehari, bilangan langkah atau masa yang ingin anda luangkan untuk berjalan. 2) Dapatkan pelan yang sesuai dan praktikal. Pelan haruslah sesuai dengan tahap kecergasan fizikal anda. Anda seharusnya boleh melakukan senaman yang anda rancang dengan intensiti yang anda ingini. Jumlah berat yang ingin anda kurangkan juga seharusnya praktikal. Anda boleh menentukan gol untuk mengurangkan 10-15% daripada berat badan. Pengurangan sebanyak 0.5-1 Kg dalam seminggu adalah munasabah. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor/ pegawai dietetik untuk mengenai berat idel anda. 3) Tempoh pelan Tentukan tempoh pelan. Bilakah anda harus bermula dan berapa lamakah anda ingin melanjutkan pelan tersebut? Jangan menganjakkan hari mula pelan anda. Mula pada hari yang anda tetapkan. Cuba sediakan pelan jangka masa panjang dan pendek. CTH: Pelan jangka masa panjang- Kurangkan 20 Kg dalam setahun. Pelan jangka masa pendek-Kurangkan 5 Kg dalam 3 bulan. Anda akan rasa mudah untuk merancang dan melaksanakan pelan jika anda membahagikannya kepada beberapa pelan jangka masa pendek. 4) Fokuskan proses Anda harus mengubah gaya hidup untuk mengurangkan berat. Anda harus memakan makanan yang sihat serta bersenam. Jadikanlah pengubahan gaya hidup fokus utama anda. Jika anda mengikuti cara hidup yang sihat, berat anda akan berkurang. Kesihatan anda juga akan bertambah baik. Anda akan rasa lebih ceria dan gembira jika memilih cara hidup yang sihat. 5) Rancang apa yang harus anda lakukan jika tidak dapat mengikut pelan.

Adalah baik untuk mengetahui sebab anda mungkin mengingkari pelan anda. Anda mungkin akan bercuti / keluar dengan kawan dan terpaksa memakan berbagai jenis makanan berkalori tinggi. Apa yang perlu anda lakukan supaya dapat memiminumkan risiko peningkatan berat. 6) Ubahsuai pelan anda Mula dengan pelan untuk mengurangkan amaun yang kecil. Apabila anda Berjaya dan sudah biasa dengan regim, anda boleh mengubahsuai pelan untuk mengurangkan jumlah yang lebih sedikit.

Tip untuk kejayaan: Andalah yang paling memahami dan mengetahui situasi anda. Anda dapat merancang pelan yang agak baik jika mengambil sedikit masa untuk berfikir dan menulisnya. Jangan melangkau waktu makan. Jangan mengelak langsung makanan kegemaran anda. Anda mungkin akan berasa geram atau hampa. Luangkan dua hari dalam sebulan, hari ke 15 dan 30 untuk memkan makanan kegemaran anda.

SEMOGA BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai