Anda di halaman 1dari 10

Bergedil Daging

DianaA@myresipi.com Sesuai dihidangkan bersama Soto Ayam, Mee Soto ataupun dimakan begitu sahaja dengan juadah yang ada

Created on : 16-05-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi DianaA

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat 300 gram daging cincang 2 biji telur, asingkan kuning dan putih 3/4 cawan bawang goreng secekak daun sup, dicincang 2 ulas bawang putih 2 sudu teh serbuk lada putih garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. 2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering. 3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri. 4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

Ayam Masak Merah Madu

mass80@myresipi.com sedap dimakan ngan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih pun sedapppp....

Created on : 23-12-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi mass80

Bahan-bahan ( Untuk 3 orang )

1/2 ekor ayam - dipotong 2 sudu besar cili kering yang dikisar 8 biji bawang merah - dikisar 2 ulas bawang putih - dikisar 1 inci halia - dikisar 1 biji bawang besar - dibelah 6 1 batang serai - diketuk bahan tumis - bunga lawang dan adik beradik 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar madu sedikit kiub ayam sedikit gula dan garam secukup rasa - jika perlu

Cara-cara
1. Lumurkan ayam yang dicuci bersih dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan. 2. Tumis bahan penumis, serai yg diketuk dan bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan cili kering dan kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, madu, sedikit kiub ayam, sedikit gula dan kacau sebati, rasakan, jika ada yg terkurang boleh tambah hingga mendapat rasa yg seimbang, boleh tambah sedikit garam jika kurang masin. 4. Masukkan ayam yg digoreng tadi dan kacau sebati, boleh tambah sedikit air panas jika kuah agak pekat dan kacau lagi. Boleh tutup api dan dihidangkan.

Sayap Ayam Madu


Jan/ 11 18
..

Sayap Ayam Madu

Bahan-bahan 10 ketul drumet ayam 2 cm halia 1 sudu teh serbuk lada putih 2 sudu teh rempah kari 1 ulas bawang putih 3 sudu besar madu 1 sudu teh garam 1 sudu besar minyak bijan Cara-cara : 1. Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. 2. Lumur ayam dengan bahan tumbuk, garam, rempah kari, madu dan minyak bijan. Perap selama 1 jam. 3. Panggang hingga masak.

Marie Fudge Cake

yaniezara@myresipi.com Kek Batik dalam Bahasa Melayu..

Created on : 20-06-2012 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi yaniezara

Bahan-bahan ( (saiz loyang 7" x 7") )


250 gm butter 1 bungkus biskut marie 2 biji telur 1 cawan milo 1 cawan serbuk koko 1 cawan hirisan coklat gelap 1/2 cawan susu coklat 3/4 cawan susu pekat 1/2 st esen vanilla *optional*

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. Patah2kn biskut marie & asingkan. Campurkan semua bahan kecuali butter & hirisan coklat gelap. Panaskan atas api perlahan sambil dikacau sebati. Kemudian masukkan butter & hirisan coklat gelap tadi. Teruskan mengacau sehingga adunan kelihatan pekat & likat. Apabila adunan dah betul2 likat.. masukkan biskut marie tadi & terus kan mengacau hingga kesemua biskut diselaputi adunan coklat. 7. Matikan api & tuang dalam loyang.. tekan2 sket bagi padat. 8. Simpan dalam fridge sebelum dipotong & dihidang.

Bebola Kentang Rangup

Resepi2011@myresipi.com Koleksi resepi

Created on : 19-01-2012 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi Resepi2011

Bahan-bahan ( 8~10 )

600g kentang (bersihkan dan rebus bersama kulit) 2 biji (putih telur 2 camb serbuk kari 1 camb serbuk lada( nak pedas lebihkan ikut citarasa ) 1 labu bawang besar saiz sederhana( ~sebesar penumbuk kanak2) 3 biji bawang putih 3 camb bawang goreng 1/2 kiub knoor ayam/ ikut kesukaan tepung jagung secukupnya. Minyak untuk menggoreng Garam secukup rasa Serbuk roti secukupnya Sos mayonis - ( mayonis + sos cili )

Cara-cara
1. Kentang di kupas kulit dan ditumbuk lumat.Ketepikan. 2. Tumbuk lumat bawang besar,serbuk lada,serbuk kari, bawang putih, bawang goreng, kiub knor, garam hingga lumat dan bersatu. 3. Masukkan tepung jagung sehingga boleh dibentuk seperti bebola ikan/daging. 4. Putih telur dikacau sikit 5. Celup bebola kentang dalam putih telur dan golekkan rata2 dengan serbuk roti 6. Panaskan minyak dan goreng bebola hingga kekuningan.Pastikan minyak benar2 panas dan api sederhana. 7. Bahan2 di atas boleh ditambah mengikut selera..dan untuk lebih berkhasiat tambahkan bijirin oats segera....selamat mencuba.

Daging Goreng Kunyit

airieda@myresipi.com Resepi mak...1st time cuba...'try n error'

Created on : 11-12-2008

Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi airieda

Bahan-bahan ( 1-2 orang )


100 g Daging (di potong kecil & nipis) 1 biji bawang besar (di mayang nipis) 1 biji cili merah (di hiris nipis) 10 biji cili api (di belah 2)-nak pedas leh tambah lagi cilinya 1 inci halia (di tumbuk just utk pecahkan) 1/2 biji carrot (di potong nipis) minyak masak garam secukup rasa 1 st serbuk kunyit

Cara-cara
1. Rebus daging dengan halia sehingga daging empuk 2. Setelah daging empuk, masukkan minyak masak (cukup utk menggoreng) ke daging tadi. 3. Masukkan carrot, bawang, cili merah & cili api serta serbuk kunyit. Goreng hingga bawang garing. Jgn lupa garam secukup rasa.

4.

Daging Halia
Jan/ 13 02
..

Daging Halia Sumber : Trymasak Bahan-bahan: 300gm daging - 2 ketulan besar 3 hiris halia 2 ulas bawang putih 1 kuntum bunga lawang 1/2 cawan kicap manis 1/2 sudu besar cuka 1 sudu besar minyak bijan 1/2 sudu teh lada hitam 1 cawan air garam dan gula secukup rasa

Cara memasak : 1. Hiris nipis bawang putih dan halia. 2. Masukkan daging, bawang putih, halia, bunga lawang, air, kicap, lada hitam, minyak bijan dan cuka ke dalam periuk. 3. Dengan api yang kecil, renehkan daging selama 3 jam. 4. Apabila masak, hiris nipis daging tersebut dan curah Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!

Anda mungkin juga menyukai