Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) ( 2000 : 1397 ) teknik merupakan kaedah mencipta sesuatu hasil seni

seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Hal ini menunjukkan Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, 1998:77 ),satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Bagi pendapat saya,teknik boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksaan kaedah pengajaran dalam sesuatu proses P&P. Menurut Edward M. Anthony,1963 ( Kamaruddin Hj.Husin, ibid ), A technique is implementational that which actually takes place in a clasroom.It is a particular trick,stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective.Kenyataan di atas menyatakan bahawa merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai satu objektif.Bagi pendapat saya,teknik yang digunakan perlu selaras dengan kaedah yang digunakan dengan pendekatan yang dipilih. Bagi Noriati A.Rashid ( 2009 : 102 ) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar,teknik pengajaran merujuk kepada suatu kemahiran guru menjalankan langkahlangkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum dalam waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Terdapat pelbagai jenis teknik mengikut Kamarudin Hj. Husin ( 1999 : 124 ) dalam bukunya Pengajaran Lisan Kemahiran Mendengar dan bertutur.Antara teknik yang terdapat dalam pengajaran bahasa ialah teknik main peranan,teknik permainan bahasa,teknik latih tubi,teknik bercerita,teknik inkuiri,teknik perbahasan,teknik

kuiz,teknik sumbangsaran,teknik soal jawab,teknik simulasi,teknik drama dan teknik perbincangan.Pada pendapat saya,teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.Teknik juga merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat memcercepatkan proses pembelajaran murid.

Teknik Simulasi Menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (1994: 163) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu,simulasi adalah satu situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan,menyelesaikan masalah,isu atau tugasan tertentu dalam keadaan yang terkawal dan selamat. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang berkonflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan. Manakala menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (ibid) ,main Peranan ialah satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain,dan kemundian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan.Bagi pendapat saya,simulasi adalah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip mengikut tempoh masa yang tertentu.

Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut. Menurut Mohd.Dahalan Mohd.Ramli (ibid : 166),teknik Simulasi mempunyai enam tujuan iaitu membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi,membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan,membolehkan pelajar memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi,membolehkan pelajar berbincang dan mengeluarkan pemikiran yang kreatif dan kritis dan membolehkan pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi Noriati A.Rashid ( 2009 : 135 ) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar,Teknik Simulasi dalam bilik darjah dengan berkesan, guru seharusnya mengetahui, memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang telah disediakan iaitu,guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas,sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi Simulasi hendaklah diberikan,pilih murid-murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar,bagi Sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu,jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng, baju dan sebagainya,semasa sesi Simulasi, pastikan murid-murid yang lain yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu,selepas sesi Simulasi, guru hendaklah meminta murid-murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan dan suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran. Bagi Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib ( 1995 : 45 ) dalam bukunya pengajaran dalam Bilik Darjah,Kaedah dan Strategi,kelebihan Teknik Simulasi adalah memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan

dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.Selain itu,dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid dan melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul.Teknik ini juga dapat membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik serta memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.Kelemahan Teknik Simulasi pula adalah timbul perasaan Prestasi gelisah pelakon bagi yang murid kurang yang baik tiada akan pengalaman membosankan berlakon. penonton.

Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi.Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton.Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah. Teknik Sumbangsaran Menurut Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman (1996 : 203) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu,sumbangsaran merupakan satu teknik

perbincangan yang kreatif untuk mendapat beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam masa yang singkat atau terkawal.Selain itu,sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Muridmurid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu seperti membuat karangan dan sebagainya.

Menurut Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman (ibid) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu,teknik Sumbangsaran mempunyai empat tujuan iaitu melatih murid-murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis,memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain,melatih murid-murid supaya menguasai kemahiran lisan dengan baik dan melatih murid-murid supaya dapat menyelesaikan masalah bersama-sama. Untuk menjalankan sesi Sumbangsaran dengan berkesan, guru harus mematuhi dan memahami beberapa prinsip iaitu topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid,garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas,setiap kumpulan harus memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahli-ahlinya mengemukakan cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan,semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan,cadangan dan idea yang

dikemukakan, walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir,setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan cadangan,ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What? Why? Who? Where? When?) dan pastikan peruntukkan masa untuk sesi

Sumbangsaran adalah patut dan mencukupi. Bagi Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib ( 1995 : 60 ) dalam bukunya pengajaran dalam Bilik Darjah,Kaedah dan Strategi Kelebihan menggunakan Teknik Sumbangsaran adalah setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan pendapatnya,idea-idea penyelesaian dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri,strategi pembelajaran berpusatkan murid,sesi Sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan

rasional,penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan,muridmurid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain,interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan dan dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kelemahan menggunakan Teknik Sumbangsaran adalah cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak,murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah,banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan,terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir dan pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan. Teknik Bercerita Menurut Faziah Sulaiman (1996 : 210) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini bukanlah perkara baru, malahan cara ini pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur. Teknik menimbulkan Bercerita minat mempunyai untuk lapan tujuan iaitu memotivasikan untuk serta

murid

belajar,melatih

murid

menguasai

kemahiran,memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita,mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira,melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya,melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan,memperkaya pengalaman

murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka dan menambahkan bahanbahan untuk murid menulis karangan. Teknik Perbincangan Menurut Abdul Aziz Sultan (1996 : 187) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Teknik Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu topik sambil guru memandu serta mengarahkan menyeluruh. Melalui teknik perbincangan ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat, di samping bekerjasama dengan murid-murid yang lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Dalam menjalankan teknik perbincangan, guru haruslah bijak untuk menyusun tempat duduk murid-murid sebelum memulakan sesi perbincangan. Ini kerana, penyusunan tempat duduk kedua-dua jenis perbincangan di atas adalah berbeza. Bagi Abdul Aziz Sultan (1996 : 190 ) dalam bukunya Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Terdapat dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan kelas (biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru) dan perbincangan kumpulan-kumpulan kecil (biasanya diketuai oleh murid).Tujuan utama mengadakan perbincangan dalam kelas ialah untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan mereka dengan sistematik dan tepat. Selain itu, mereka juga berpeluang menggunakan kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain. Di samping itu, ia juga dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid-murid. pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat

Untuk melaksanakan teknik perbincangan dengan berkesan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip perbincangan iaitu guru haruslah memilih tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid, di samping mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka,tujuan perbincangan harus dijelaskan kepada pelajar sebelum sesi perbincangan dimulakan supaya mereka dapat membuat persediaan sekali gus mencapai matlamat perbincangan,bahan-bahan yang dipilih hendaklah menarik minat dan dianggap penting oleh murid,bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaharu dan ini mungkin dapat mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan,semasa aktiviti perbincangan, guru harus

menggalakkan dan membimbing setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan,semasa sesi perbincangan, murid-murid digalakkan supaya mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa,pengerusi dan pencatat markah harus dipilih daripada kalangan murid-murid dan sebelum mengakhiri pelajaran, guru sseharusnya memberikan pujian kepada murid-murid yang terlibat dalam aktiviti perbincangan supaya mereka berasa idea dan pendapat dihargai dan akan menimbulkan minat mereka untuk menyertainya lagi. Terdapat empat jenis perbincangan iaitu Teknik Perbincangan secara Syarahan, Teknik Perbincangan secara Seminar,Teknik Perbincangan secara Forum dan Teknik Perbincangan secara Perbahasan. Teknik Bermain Bermain adalah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Menurut Julia Dobson (1970) dalam makalah, bertajuk Try One of My Games, menyatakan "Saya sendiri mendapati bahawa sesuatu permainan bahasa yang baik merupakan cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan latihan congak di bilik darjah, kerana ia membawakan keseronokan serta mengurangkan ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa, dan mungkin juga mengukuhkan aktiviti pembelajaran tersebut".

Aktiviti permainan biasanya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan iaitu, selepas aktiviti pembelajaran bahasa, pendidikan jasmani, pendidikan moral dan sebagainya. Di antara aktiviti-aktiviti permainan itu ialah permainan bahasa, kuiz, teka-teki, silang kata dan sebagainya. Menurut Andrew Wright (dalam buku Mok Soon Sang 2000:139), permainan bahasa boleh dilakukan secara kelas, individu, berpasangan atau kumpulan. Bagaimanapun, kebanyakan aktiviti permainan biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil ataupun secara berpasangan. TEKNIK PERBAHASAN Menurut Mengantar Simanjuntak pula (dalam buku Kamarudin Hj. Husin 2001:85),bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan

berkesan,melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur,menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai,mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif,melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas,guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar dan perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ Menurut Mengantar Simanjuntak pula (ibid),teknik kuiz ini diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC ) .Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu melalui teknik ini.Selain itu,teknik ini dapat membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu teknik ini dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.Keadaan ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. TEKNIK SOAL JAWAB Menurut Abd.Aziz Abd.Talib (2000:60) dalam bukunya Pedagogi Bahasa Melayu,Prinsip,Kaedah dan Teknik,teknik ini merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Mengikut pendapat Edward M. Anthony (dalam buku Mok Soon Sang 2000:26), tujuan utama teknik soal jawab ialah mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis dan mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai