Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN

1.0

2.0

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Rasuah
1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam
1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah
Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis
2.1 Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan
Ekonomi

3.0

Undang-Undang Rasuah
3.1 Fungsi SPRM
3.2 Akta Pencegahan Rasuah
3.3 Pendekatan Undang-Undang

4.0

Etika dan Rasuah


4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah
4.1.1 Teori Etika Menurut Islam
4.1.2 Teori Deontologis
4.1.3 Teori Teleologis
4.1.4 Teori Hak Asasi
4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi

Kesimpulan
Rujukan

1.0

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini
kerana implikasinya adalah sangat besar kepada sesebuah negara jika

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 1


ETIKA DAN RASUAH

dibiarkan berleluasa. Ramai pemimpin dan individu tersohor terjejas


reputasinya akibat terlibat dan didakwa atas isu rasuah. Negara Malaysia
juga turut memberi perhatian utama menangani gejala rasuah ini agar
tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah oleh Transparency
International 2010, Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks
Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu sangat menakutkan dan jika
amalan ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam
kestabilan politik, ekonomi dan negara.
Mengapakah gejala rasuah ini kian sukar dibendung ? Adakah masyarakat
hari ini semakin mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma
keagamaan lantas melupakan etika kerja profesionalisme yang harus
diamalkan. Dalam apa jua tindak tanduk, jika prinsip etika kerja diabaikan,
ia akan mendorong seseorang itu melakukan kesalahan di sisi undangundang negara mahupun statusnya sebagai profesionalisma. Rasuah
adalah salah satu kesalahan yang menyalahi etika kerja profesionalisma,
agama dan sangat memalukan dari sudut moral seseorang. Selain itu, ia
turut memberi implikasi dari segi penguatkuasaan undang-undang dan
kesan kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara. Al-Quran juga ada
menyebut berkaitan kesalahan rasuah ini dalam ayat 188 surah AlBaqarah ertinya berbunyi :
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yang lain di antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah)
kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu
dapat memakan senahagian daripada harta benda orang lain
itu

dengan

(jalan

berbuat)

dosa,

padahal

kamu

mengetahuinya.
(Al-Baqarah : 188)
1.2 Definisi Rasuah
Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya merupakan takrifan

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 2


ETIKA DAN RASUAH

rasuah. Takrifan ini sinonim juga dengan perkataan suapan atau makan
suap . Suapan atau makan suap ini boleh dalam pelbagai bentuk
contohnya, pinjaman, hadiah, fee, cagaran berharga, harta, wang derma
atau apa sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan Pencegah
Rasuah Malaysia pula, terdapat empat kesalahan jenayah rasuah yang
utama iaitu :

Sebarang
Sebarang
Sebarang
Sebarang

perbuatan
perbuatan
perbuatan
perbuatan

meminta atau menerima rasuah.


menawar atau memberi rasuah
membuat tuntutan palsu
menyalahguna jawatan atau kedudukan.

Transparency International merujuk makna


jabatan-jabatan

atau

penjawat-penjawat

rasuah sebagai perilaku di


awam,

para

politikus

dan

pengawai-pegawai secara tidak wajar dan tidak sah menurut undangundang untuk memperkayakan dirinya dan kaum kerabatnya (keluarga
dan

sahabat

handai).

Mereka

ini

menyalahgunakan

kuasa

dan

kepercayaan awam yang diberikan kepada mereka.


Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau
korupsi) dalam bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan
perbuatan menyogok atau memberi suapan untuk tujuan kepentingan
individu atau bertujuan mendapatkan kekayaan atau kejayaan dengan
mudah dan segera.Nama lain bagi rasuah ialah tumbuk rusuk atau duit
kopi.
Perkataan rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah
atau rashwah yang membawa maksud sesuatu penyambung yang dapat
menghantar tujuan dengan harta sogokan . Perkataan ini berasal
daripada rasha yang merujuk kepada tali timba yang dipergunakan
untuk mengambil air di perigi.
1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam
Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilainilai murni dan etika kerja profesional dalam kehidupannya. Mereka hanya

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 3


ETIKA DAN RASUAH

mementingkan imbuhan atau pulangan yang bakal diperolehi berbanding


memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Selain itu, pengamal
rasuah juga adalah orang yang sukakan harta benda. Firman Allah Taala :
Tafsirnya : serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba, (surah
Al-Fajr;20).
Pengamal rasuah juga dikaitkan dengan sikap pemimpin dan majikan
yang tidak amanah dan ini turut disebut dalam Al-Quran. Firman Allah
Taala : Tafsirnya:
Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata, wahai
ayahku, ambilah

dia menjadi orang upahan (mengembala

kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah


ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.
(Surah Al-Qashash :26)
Kaitan sikap amanah dengan rasuah juga turut disebut oleh
Rasullullah s.a.w, ertinya;
Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. AlArabiy bertanya ;Bagaimana mengabaikannya wahai
Rasulullah ? Maka baginda bersabda : Apabila sesuatu perkara
diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari
kiamat
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Merujuk kepada surah dan hadis di atas, jelaslah dalam Islam, amalan
rasuah ini diharamkan dan balasannya dinyatakan secara jelas iaitu
neraka.

Peringatan

Allah

SWT

ini

bertujuan

supaya

umatnya

menitikberatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT dalam


apa jua urusan.
1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 4


ETIKA DAN RASUAH

Isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum, media,


ceramah dan sebagainya namun ia masih berlarutan. Rasuah yang sering
didedahkan dalam media massa ialah rasuah transaktif (transactive
corruption), yang membabitkan dunia korporat dengan pemerintah atau
masyarakat dengan pemerintah. Rasuah memeras (extortivecorruption)
pula berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi
mengelak sebarang kehilangan pendapatan atau imbuhan. Selain itu
salah satu bentuk rasuah yang popular juga ialah rasuah defensive
(defensive corruption) yang dilakukan seseorang untuk mempertahankan
dirinya. Rasuah dalam apa kategori sekalipun, ia boleh memberikan kesan
negatif kepada sosioekonomi negara.
Dari sudut sejarah pula, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan banyak
negara

dan

tokoh-tokoh

pemimpin

yang

tersohor.

Di

peringkat

antarabangsa, tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum


tembak pada 1990 dikaitkan dengan pengelibatannya dalam rasuah.
Begitu juga dengan Shah Reza Pahlavi, raja Iran yang terpaksa
meninggalkan tahtanya ke luar negara di sebabkan revolusi rakyat Iran
yang mahukan pentadbirannya bersih rasuah. Nasib yang serupa terjadi
kepada bekas

Presiden Filifina iaitu Ferdinand Marcos. Pemimpin itu

digulingkan rakyatnya sendiri kerana rasuah dan terpaksa hidup dalam


buangan sehingga akhir hayatnya.
Bagaimana pula dengan amalan rasuah di Malaysia pada hari ini? Masih
ingatkah beberapa tahun yang lalu kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati
ketika membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM). Kematiannya juga dikaitkan dengan rasuah. Kes yang terbaru
pula tentang Dr. Mohamad Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor
dikekalkan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan Mei lalu. Dr.
Mohamad Khir disabitkan dengan rasuah yang berkaitan pembelian dua
lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat
awam (Menteri Besar).

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 5


ETIKA DAN RASUAH

Berdasarkan persepsi rasuah di Malaysia (Indek Persepsi Rasuah -IPR)


yang dikeluarkan oleh Transparensi International , masalah rasuah tidak
banyak berubah sejak tahun 2001. Malah semakin meningkat tahun demi
tahun. Rujuk jadual 1.1 Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia.
Tahun

IPR

Ranking
dalam

2001
2002
2005
2006
2007
2008

4.9
5.1
5.1
5.1

Dunia
36
43
47

Jadual 1.2 : Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia


Sumber : Transparensi Internasional

Berikut pula statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia.


Berdasarkan statistik (rujuk jadual 1.2) angka tangkapan setiap tahun
semakin meningkat. Ini menunjukkan betapa seriusnya gejala rasuah di
negara ini. Contohnya, pada tahun 2003, 339 kes dan ia terus meningkat
sebanyak 18.5% setahun menjadi 590 kes pada tahun 2007. Dari
perspektif positif, kita boleh andaikan penguatkuasaan BPR semakin
berkesan berpandukan jumlah tangkapan yang semakin meningkat tetapi
dari sudut sebaliknya, ini menunjukkan moral rakyatnya semakin nazak
kerana amalan rasuah.
Tahun

Jumlah
tangkap
an

2003
2004
2005
2006

339
497
485
557

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 6


ETIKA DAN RASUAH

2007

590

Jadual1.2: Statistik Tangkapan Badan Pencegah Rasuah Malaysia


Sumber : Transparensi Internasional

2.0

Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis

2.1Bagaimana

Rasuah

Memberi

Kesan

Kepada

Pertumbuhan

Ekonomi
Hasil kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan peningkatan rasuah
sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan merosot sebanyak
1.61 % . Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah memberi kesan
terhadap ekonomi negara. Dalam perkataan lain, dengan peningkatan 1%
tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi 0.7%.
Dengan ini, peningkatan 1 unit dalam indek persepsi rasuah akan
mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun 0.545 mata
peratus (Pak Hung Mo, 2001).
Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, amalan rasuah adalah faktor
utama kepada kelemahan dalam makroekonomi. Contohnya, pelabur tidak
akan datang melabur ke negara yang amalkan rasuah secara berleluasa.
Kekurangan perlaburan menyebabkan pertumbuhan ekonomi lembab. Ini
juga turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Menurut David Ng (2006)
rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham
yang rendah dan tadbir korporat yang lemah. Menurut beliau lagi kos
yang ditanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai
budaya dalam ekonomi. Apa pengaruhnya kepada ekonomi dalam
negara? Firma luar akan berfikir dua kali untuk membuka syarikat di
negara ini kerana peningkatan kos dan ini mengurangkan peluang
pekerjaan. Ramai rakyat yang menganggur menunjukkan sesebuah
negara itu miskin. Berdasarkan kajian International Transparency, negara
yang bebas rasuah ialah negara yang maju berkedudukan 10 ke atas.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 7


ETIKA DAN RASUAH

Antaranya ialah Negara Finland, New Zealand, Sweden, Singapura,


Switzerland dan Canada.
Dalam

Pelan

Hala

Tuju

Program

Transformasi

Kerajaan

bab

Membanteras Rasuah, ada menyatakan:


Rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM 10 billion
setahun atau 1-2 % daripada KDNK, apabila keputusan
perniagaan

(contohnya,

pemberian

kontrak,

perolehan

sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah.


(Bab 7, Pelan Hala Tuju Program Transformasi.)
Berdasarkan petikan ayat di atas, rasuah menyebabkan ketirisan sehingga
RM10 billion setahun. Ini adalah sangat merugikan negara. Menurut
pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity pula, tanpa mengira
tahap pendapatan ancaman utama rasuah ialah pengaliran wang tanpa
peraturan dalam proses politik. Kesan rasuah juga menyebabkan orang
ramai dan komuniti perniagaan hilang keyakinan terhadap institusi
negara. Kedudukan Malaysia dalam GCI (Daya Saing Negara), Daripada 21
negara yang paling berdaya saing di dunia (tiga tahun lalu) kepada
kedudukan 24.
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 pula, menyebut jika
sesebuah negara itu tidak diurus dengan baik , akan menyebabkan
rasuah bertapak dan seterusnya menjejaskan sumber ekonomi negara. Ini
termasuklah amalan yang tidak wajar di jabatan dan syarikat kerajaan.
Berdasarkan laporan ini juga, pihak kerajaan akan mengambil inisiatif
untuk memperkemaskan lagi membanteras rasuah agar ia tidak dijadikan
sebab merosakkan ekonomi negara.
Selain itu, rasuah yang berleluasa juga menyebabkan persepsi orang
ramai terhadap penganugerahan projek utama kerajaan semakin buruk di
mana orang ramai membuat persepsi tiadanya ketelusan dalam sistem

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 8


ETIKA DAN RASUAH

perolehan kerajaan. Rujuk carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan


Kerajaan. Berdasarkan carta, pihak korporat dan pihak awam membuat
persepsi sistem perolehan kerajaan adalah tidak

telus dan tiada

keterbukaan iaitu 71% dan 54%. Ini adalah satu peratusan yang tinggi
berbanding kategori persepsi yang lain. Ini menunjukkan orang ramai
mahukan sistem perolehan kerajaan didedah dan diumumkan kepada
orang awam. Contohnya, pemberian tender-tender kerajaan dalam sektor
pembinaan.
Berdasarkan

carta

2.1

lagi,

persepsi

korporat

adalah

sangat

membimbangkan. Peratusannya dilihat sangat tinggi iaitu 74%. Persepsi


korporat inilah yang memberi impak besar kepada pelabur-pelabur untuk
menanam modal di negara ini. Pelaburan inilah yang akan mendorong
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat.
Rakyat yang berpendapatan perkapita yang tinggi akan melonjakkan lagi
kuasa beli dalam negara dan seterusnya membantu pertumbuhan
ekonomi.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 9


ETIKA DAN RASUAH

Persepsi ketelusan sistem perolehan kerajaan


80
70
60
50
40
30
persepsi korporat

persepsi awam

20
10
0

Carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan.


Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/
Bab 7 Membanteras Rasuah
Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia lagi, rasuah turut
menyebabkan jawatan kosong berkurangan dan ini menjejaskan peluang
graduan untuk memulakan pekerjaan . Tambahan pula, banyak jawatan
yang ada adalah berjawatan rendah yang perlukan kelayakan SPM
sahaja . Contoh mudah, jika terdapat sebuah kilang membuat komponen
komputer perlukan kos RM400 juta untuk memulakan operasi di Vietnam,
mengapa pula kilang tersebut perlu membayar dua kali ganda untuk
kilang yang serupa di Malaysia. Lebihan 100% ini dikira sebagai rasuah.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 10


ETIKA DAN RASUAH

Berdasarkan kajian yang dijalankan Transparency International Malaysia


lagi, golongan yang paling ramai memberi rasuah ialah golongan yang
bergaji tinggi iaitu melebihi RM5000 sebulan. Manakala golongan yang
bergaji rendah pula cenderung menerima rasuah kerana kemiskinan dan
ingin hidup mewah. Pernyataan ini sudah jelas perkaitan rasuah dengan
pertumbuhan ekonomi. Jika amalan rasuah berleluasa, ia memberi
persepsi negatif kepada pelabur luar. Pelabur luar pula diperlukan untuk
membantu

pertumbuhan

ekonomi.

Negara

yang

kaya,

mampu

menyediakan peluang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyatnya,


Pendapatan perkapita yang tinggi mengelakkan rakyatnya menerima
rasuah.
Selain itu, impak kepada gejala rasuah juga akan dirasai masyarakat
keseluruhannya.
meningkatkan

Bagaimana
kos

barangan

ini
dan

boleh

berlaku?

perkhidmatan.

Rasuah
Contohnya,

akan
jika

seseorang ingin mendapatkan lot perniagaan di sesebuah tempat yang


startegik, dia telah memberikan sogokan kepada pihak yang berkenaan
untuk mendapatkannya. Secara logiknya, ini juga termasuk dalam kos
yang perlu dia ambilkira untuk menjual produknya. Bukankah ini telah
memberi impak kepada pengguna? Selain itu, impak rasuah juga akan
menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan itu tidak
menepati

kriteria

dan

mutu

yang

sepatutnya

dan

seterusnya

menghapuskan persaingan terbuka. Hakikatnya, persaingan terbuka


adalah sangat diperlukan dalam sistem ekonomi bebas .Amalan rasuah
hanya akan menyebabkan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan
itu diabaikan asalkan barangannya dibeli atau projeknya diluluskan.
3.0
Rasuah

Undang-Undang Rasuah
merupakan

suatu

jenayah

atau

kesalahan

mengikut

Akta

Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah adalah jenayah kerana perbuatan ini


melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan. Jenayah rasuah negara ini

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 11


ETIKA DAN RASUAH

diletakkan di bawah organisasi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah


Malaysia).
3.1

Fungsi SPRM

SPRM dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang


mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.
Hanya pada 1 Januari 2009 ia digubal semula menjadi SPRM. Sebelum
menjadi BPR, pada 1 Julai 1973, jabatan berkaitan rasuah ini diberi nama
Biro Siasatan Negara (BSN), yang diluluskan di parlimen melalui Akta Biro
Siasatan Negara 1973. Pada 13 Mei 1982, nama jabatan ini bertukar
semula kepada BPR apabila Akta Pencegahan Rasuah 1982 di luluskan di
parlimen dan dikuatkuasakan. Walau apapun nama, fungsi utamanya
tetap sama iaitu menangani kes-kes rasuah. Fungsi dan bidang kuasanya
sentiasa di tambah baik untuk memastikan jenayah rasuah ini dapat
dikurangkan. Ini menunjukkan perbuatan rasuah itu dipandang berat dan
implikasinya adalah sangat besar kepada kestabilan sesebuah negara,
disebabkan inilah daripada sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditukarkan kepada BPR dan terkini SPRM.
3.2

Akta Pencegahan Rasuah

Berdasarkan Akta 575 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 12


secara jelas menyebut tentang penerima dan pemberi suapan adalah
bersalah dari segi undang-undang. Merujuk kepada seksyen 12 lagi,
perbuatan rasuah yang tidak terlaksana tetap dikira bersalah. Ini
menunjukkan beratnya kesalahan rasuah itu di sisi undang-undang , tetap
dikenakan tindakan walaupun pesalah belum pun sempat melakukan
kesalahannya (memberi dan menerima rasuah).
Maksud seksyen 15 pula, menyatakan, seorang pegawai penjawat awam
adalah melakukan jenayah rasuah jika menggunakan jawatan atau
kedudukannya untuk apa-apa maksud yang dia, keluarga atau kroninya
mendapat keuntungan atau imbuhan. Seksyen 20 pula, menjelaskan ,
bersubahat juga adalah kesalahan jenayah. Semua kesalahan berkaitan

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 12


ETIKA DAN RASUAH

rasuah ini boleh dihukum sebagaimana kesalahannya mengikut undangundang. Lihat Jadual 3.3, yang menunjukkan Akta Pencegahan Rasuah
1997.
Seksyen
Seksyen 10

Kesalahan
Kesalahan menyetujui menerima

Seksyen 12

suapan
Menerima atau memberi suapan
adalah bersalah walaupun maksud
tidak terlaksana atau perkara tidak
ada hubungan dengan hal ehwal atau

Seksyen 13

perniagaan prinsipal.
Secara rasuah mendapatkan penarikan

Seksyen 15

balik tender.
Kesalahan menggunakan jawatan atau

Seksyen 18

kedudukan.
Berurusan tentang, menggunakan,
memegang, menerima atau
menyembunyikan suapan atau faedah
berhubung dengan apa-apa kesalahan.
Percubaan, persediaan, persubahatan

Seksyen 20

dan komplot jenayah, boleh dihukum


sebagaimana kesalahan.
Jadual 3.3 : Petikan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Sumber : http://www.agc.gov.my
3.3 Pendekatan Undang-Undang
Badan pencegahan rasuah kini semakin berkesan kerana

mampu

menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun (rujuk 1.2 Statistik


tangkapan). Ini menunjukkan badan pencegahan rasuah negara ini
berusaha dengan keras untuk menjadikan negara bebas rasuah. Hanya
melalui

penguatkuasaan

langkah-langkah

lain,

Walaubagaimanapun,

undang-undang
peratusan

pada

asasnya,

dan

bersama

rasuah

dapat

negara

Malaysia

gandingan
diturunkan.
masih

lagi

menunjukkan persepsi rasuah di peringkat antarabangsa masih kurang

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 13


ETIKA DAN RASUAH

memuaskan. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras dalam usaha menjadikan


negara maju menjelang tahun 2020. Usaha membanteras rasuah hanya
dapat dijayakan melalui teladan. Ini bermaksud, ia perlu bermula
dariapada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan
bawahan. Kakitangan di negara ini perlu mengambil langkah-langkah
yang tepat bagi menghindarkan amalan rasuah.
Berdasarkan

undang-undang

membolehkan

saudara-mara

baru
yang

pencegahan
bersubahat

rasuah,

dengan

ia

turut

orang

yang

menerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib yang sama dengan
orang yang dituduh. Undang-undang baru ini diharap dapat mengekang
lagi gejala rasuah. Begitu juga dalam hal kes rasuah yang dilaporkan, di
mana ia akan disiasat sepenuhnya tanpa mengira kedudukan atau status
mereka yang terlibat. Dalam hal ini, pendedahan sepenuhnya akan
dibuat.

Butiran

tentang

pesalah

yang

disabitkan

kesalahan

akan

didedahkan kepada orang ramai sebagai tindakan pencegahan manakala


pemberi maklumat akan dilindungi.
Maklumat perolehan kerajaan seperti tender atau projek-projek akan
didedahkan melalui laman web kementerian berkenaan. Keperluan untuk
pendedahan ini dinyatakan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan No.
5, Tahun 2007 klausa 43.4, mensyaratkan agensi pelaksana mesti
mengumumkan

projek

dan

perolehan

yang

dianugerahkan,

nama

kontraktor yang berjaya, jumlah kontrak yang diperolehi dan tempoh


projek mesti dipamerkan di papan iklan gergasi. Ini termasuklah
keputusan tender mesti diumumkan kepada orang ramai di laman web
pelaksana dan portal kerajaan yang boleh diakses dengan mudah.
Berdasarkan kajian Transparency International, Kajian Global Corruption
Barometer 2009

rakyat negara ini mempunyai persepsi yang buruk

terhadap parti politik. Buktinya, berdasarkan persepsi rakyat Malaysia,


rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42% dan diikuti
kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10%

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 14


ETIKA DAN RASUAH

(badan kehakiman, parlimen dan media).

Oleh itu, pihak kerajaan

menguatkuasa undang-undang politik sedia ada untuk mengubahsuai


proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan dimana ahli politik
dan

parti

politik

disyaratkan

mendedahkan

sumber

pembiayaan

perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan


1966 dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua parti politik
mengemukakan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang
betul dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 pula adalah
untuk menghalang calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam
amalan rasuah dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka.
Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh
pegawai berpangkat tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini,
terdapat kekurangan ketelusan dan liputan terhadap tindakan yang
diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar sabitan
kesalahan

menurut

kategori

pesalah

(2005-2009),

jarang

berlaku

pendakwaan yang berjaya terhadap ahli politik. Sebagai perbandingan,


daripada 11 kes yang berkaitan ahli politik yang didakwa, hanya 9% yang
berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di
mana daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan. Lihat data
penuh dalam carta 3.2 di bawah.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 15


ETIKA DAN RASUAH
Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009
didakwa tetapi tidak disabitkan

54
46

Series 3

25

20

75

80

91

Carta 3.2 : Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009


Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/
Bab 7 Membanteras Rasuah

Rumusan berkaitan undang-undang jenayah rasuah ini, pendekatan


secara undang-undang adalah perlu tetapi mesti ada hadnya. Ini kerana,
secara lazimnya, pendekatan secara undang-undang tidak berkesan
sepenuhnya melainkan pihak kerajaan mencari jalan mengatasi rasuah di
peringkat akar umbi dan mendidik masyarakat mengamalkan nilai-nilai
murni dan etika kerja professional.
4.0

Etika Profesional

4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah


Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat perkaitan
dengan etika. Ini kerana orang yang mengamalkan rasuah adalah orang
yang tidak beretika. Tidak beretika bermakna tidak bermoral dan
berakhlak. Penjawat awam misalnya, jika mengamalkan rasuah, dia
dianggap orang yang tidak bermoral, buruk tingkah laku, dan tidak ada
integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 16


ETIKA DAN RASUAH

Apakah yang dimaksudkan dengan etika itu? Perkataan ini berasal


daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan
Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. (Garner,1986). Menurut
Bauman (1987), pula, perkataan etika bermaksud prinsip-prinsip moral
yang

membezakan

betul

atau

salah.

Manakala

Iwabuchi(1990)

mendefinisikan etika sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral dimana


etika berperana menentukan tindakan seseorang itu baik ataupun buruk.
Uthman (1986) menyatakan etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi
soal moral dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul..
Perkataan moral pula berasal daripada perkataan Inggeris iaitu moras
yang bermaksud adat dan kebiasaan. Moral merupakan kod tingkah laku
yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu
masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Etika dan moral
berbeza sebutan tetapi membawa maksud yang sama. Dalam soal amalan
rasuah yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan dengan nilai-nilai etika
dan moral. Shaw (1991), menyatakan etika bersifat teori manakala moral
bersifat amalan. Jelaslah, orang yang mengamalkan rasuah ialah orang
yang tidak bermoral. Orang yang tidak berakhlak dikaitkan juga dengan
orang yang tidak bermoral.
Apa pula makna akhlak dan perkaitannya dengan etika dan profesional?
Akhlak merujuk kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan
manusia sama ada baik atau buruk (Kamus Dewan, 1984). Profesional
merujuk , orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu
pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional pula nilainilai murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion
masing-masing. Etika profesional ini adalah perlu untuk mengamalkan
tindakan yang betul dan menjauhi tindakan-tindakan yang salah. Tujuan
etika ini untuk mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 17


ETIKA DAN RASUAH

Seseorang

yang

mengamalkan

etika

profesional

seharusnya

mengamalkan perkara berikut :

Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih.


Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat.
Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan
maklumat untuk kepentingan diri.

Terdapat pelbagai teori yang dapat dikaitkan dengan nilai etika kerja.
Sebagai sebuah negara Islam, kita mendahulukan teori yang berlandaskan
al-quran sebelum teori-teori lain yang didatangkan oleh ahli falsafah
barat.
4.1.1 Teori Etika Menurut Al-Quran
Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson),
konsep umum etika ini ada digariskan oleh Allah. Surah Az Zariat ayat 56,
maksudnya menyatakan tentang tanggungjawab dan rasa kehambaan
kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang menyalahi akan mengingatkan
kita kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan menunjukkan
kita perlu berserderhana dan istiqamah dalam apa jua urusan termasuk
dalam bidang pekerjaan kita. Sikap ini mestilah istiqamah iaitu berterusan
dalam beretika dan menjalankan kerja dengan jujur dan baik. Dalam alquran,

ada

konsep

forgiveness

dimana

segala

kesalahan

ada

pengampunannya. Dalam berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan


syarikat untuk mendapatkan kemaafan. Pengurus yang terlibat dalam
permasalahan sikap dan etika pekerjanya perlu bertolak ansur namun
bukan semua kesalahan perlu dimaafkan. Contohnya, dalam syarikat
kesalahan pecah amanah atau membocor rahsia perlu dilaporkan untuk
mengekang budaya rasuah.
Konsep pembalasan pula mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala
perbuatan yang dilarang akan mendapat dosa dan dosa akan diberi
pembalasan selepas hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam
menilai akibat dan natijah segala perbuatan kita menjadikan kita akan

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 18


ETIKA DAN RASUAH

sentiasa berjaga-jaga termasuk dalam urusan profesion kita. Konsep


rewards pula, pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil
atom tetap mendapat pembalasannya. Oleh itu setiap pengurus sumber
manusia (majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap jasa dan
kebaikan individu supaya hubungan menjadi harmonis. Ini secara tidak
langsung dapat mengekang pekerja bawahan menerima rasuah. Majikan
yang baik dan mengamalkan nilai-nilai mengikut konsep Al-quran tidak
akan tergamak untuk pecah amanah dan memberi hasil tidak halal
kepada keluarganya.
4.1.2 Teori deontologis
Teori ini berasal dari Yunani iaitu deon dan diasaskan oleh Immanuel Kant
(1804). Teori ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji
serta adil. Mengikut teori ini, betul atau salah sesuatu tindakan itu
ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang berpegang dengan
teori ini akan sentiasa berbuat baik. Walaubagaimanapun, orang yang
berpegang kepada teori ini tidak berfikir akan akibat kepada ketaatannya
kepada dirinya atau kepada orang lain. Dalam hal yang berkaitan dengan
bidang

pekerjaan

misalnya,

sebagai

pekerja

bawahan

kita,

kita

sememangnya perlu taat kepada majikan dan majikan pula perlu taat dan
patut kepada prosedur kerja serta peraturan syarikat. Dalam satu segi,
sikap ini dapat menahan diri seseorang itu untuk hindari amalan rasuah
dan perbuatan yang tidak bermoral namun dari sudut tersiratnya, patuh
secara melulu mengakibatkan keburukan pada dirinya dan keluarga.
Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir waras adakah sesuatu tindakan itu
membuta tuli atau tidak.
4.1.3 Teori Teleologis
Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill
(1806-1873) dimana ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu telos
yang bermaksud tujuan atau akibat. Teori ini sealiran dengan teori
Utilitarian. Menurut teori ini, tindakan dianggap betul jika akibat daripada
tindakan itu kearah kebaikan. Menurut teori ini sebelum melakukan

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 19


ETIKA DAN RASUAH

sesuatu tindakan , seseorang individu itu perlu memikirkan kesan baik


dan buruk. kebaikan yang dimaksudkan ialah yang terbaik dan untuk
dinikmati oleh seramai mungkin daripada faedah itu.
Dalam hal ini, sesuatu peraturan itu boleh dilanggar jika ada faedah yang
lebih baik. Contohnya, jangan menipu adalah sesuatu yang umum dan ia
boleh dilanggar jika ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini adalah baik
jika

bermaksud

untuk

kebaikan

tanpa

melanggar

undang-undang.

Contohnya, seseorang itu perlu berfikir banyak kali atas tawaran suapan
kerana akibatnya adalah besar. Tidak menerima suapan tadi adalah
mematuhi peraturan yang ditetapkan yang bertujuan baik. Sebagai
pekerja yang mengamalkan etika profesional, seseorang itu tidak boleh
melanggar peraturan walaupun untuk tujuan kebaikan. Tiada matlamat
yang menghalalkan cara.
4.1.4 Teori Hak Asasi
Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini, sesuatu
tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak
tertentu. Teori Hak Asasi adalah teori umum bagi setiap insan.
Berdasarkan teori ini ,setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian
untuk dirinya sendiri. Dalam bidang pekerjaan, seseorang itu perlu
pertimbangkan hak orang lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik
boleh terjadi apabila seseorang itu bertembung dengan kepentingan hak
orang lain sedangkan dia tetap dengan matlamat utilitariannya iaitu
kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Dalam Islam, hak asasi
kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan kepada
hak orang lain. Hak kita adalah terbatas tanpa memudaratkan orang lain.
Apa perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika mengamalkan teori ini,
tanpa mengamalkan teori kesederhanaan yang ditekankan dalam Islam,
seseorang ahli perniagaan misalnya, akan melebarkan perniagaannya
tanpa memikirkan adakah ia boleh memberi tekanan kepada orang lain.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 20


ETIKA DAN RASUAH

Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang
sama seseorang itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar
atau tidak. Keberkesanan prinsip etika bergantung kepada disiplin dan
kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang tidak bermoral
termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah
tentulah teori yang berlandaskan Al-Quran.
4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi
Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu
kebebasan. Berdasarkan teori ini, segala peraturan yang dibuat itu
walaupun memberi manafaat kepada masyarakat, ia harus ditolak jika
bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya. Berpegang
kepada teori ini, seseorang itu berhak membuat pilihan untuk hala tuju
mereka. Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk
membuat pilihan. Teori ini tidak boleh dijadikan pegangan sepenuhnya.
Contohnya, perbuatan rasuah misalnya,walaupun memberi manafaat
kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah menyebabkan
orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga
barang kerana kos tersembunyi (rasuah).
Kesimpulan
Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung
ia akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang
tidak dipatuhi sepenuhnya. Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan
yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah
kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya.
Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan merosot
kedudukan ekonominya. Begitu juga dengan persepsi negara luar
terhadap negara ini. Berikutan seriusnya, usaha menangani gejala ini,
rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas daripada
tindakan undang-undang.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 21


ETIKA DAN RASUAH

Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah mengamalkan


disiplin dan peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional
merupakan garis panduan kepada pekerja profesional menjalankan
tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang
dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di
negara ini. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kembali kepada
ajaran agama Allah adalah sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang
keras perbuatan merasuah kerana natijahnya sangatlah besar terhadap
negara, organisasi,individu mahupun keluarga mereka. Pihak kerajaan
perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini. Pastikan
tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.

SAUDAH BINTI ISMAIL EH 22


ETIKA DAN RASUAH

Anda mungkin juga menyukai