Anda di halaman 1dari 26

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejakkan kakinya dalam arena pengajaran


malahan ramai guru yang berpengalaman juga mengatakan, konsep pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi
terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi
perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang
guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah
amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya
ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara
satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas
dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih
samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula
dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah
jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep
strategi

serta

pendekatan

pengajaran.

Akhir

sekali

kita

perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

akan

mengulas

Pendekatan
Pengajaran
Strategi Pengajaran
Kaedah Pengejaran
Teknik Pengajaran

PENDEKAT
AN
PENG
AJARAN
Konsep Pendekatan
Mengikut huraian kamus dewan 1998, pendekatan merupakan strategi atau
langkah-langkah yang perlu diambil bagi memulakan serta melaksanakan sesuatu
tugas. Didalam konteks pendidikan pula, konsep pendekatan bermaksud cara
mendekati sesuatu. Dalam erti kata lain, objektif pelajaran yang ditentukan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, pendekatan merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut

Edward M. Anthony 1963, pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik.
Berdasarkan kepada huraian yang diatas, secara amnya kita boleh merumuskan
bahawa, pendekatan haruslah berlandaskan kepada model, prinsip atau teori
pembelajaran, contohnya :

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Daripada konkrit kepada yang abstrak.


Daripada mudah kepada yang kompleks.
Daripada keseluruhan kepada bahagian.
Daripada umum kepada spesifik.
Daripada spesifik kepada umum.
Daripada dekat kepada jauh.
Daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui.

Pendekatan adalah bersifat aksiomatik, iaitu penyataannya dianggap benar tanpa


memerlukan

sebarang

bukti

atau

alasan.

Jika

kita

menggunakan

cara-cara

melaksanakan model, prinsip atau teori pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu
pelajaran, maka model, prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai
pendekatan untuk pelajaran yang berkenaan. Misalnya pendekatan induktif, deduktif,
integratif, elektik dan sebagainya. Secara konseptualnya, pendekatan di dalam bidang
pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang berciri aksiomatik dan
diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran dengan
berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang telah ditentukan.

Contoh-contoh pendekatan pengajaran :


1) Pendekatan Induktif
2) Pendekatan Deduktif
3) Pendekatan Integratif
4) Pendekatan Tematik

5) Pendekatan Elektik
6) Pendekatan Komunikatif

1) Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat,

kemudian

membuat

generalisasi

ataupun

kesimpulannya.

Dalam

penggunaan kaedah induktif ini, gakan memulakan pengajarannya dengan memberikan


beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji,
mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus
itu, kemudiaanya membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Didalan
sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh
mengemukakan beberapa contoh yang khusus, diikuti oleh aktiviti soal jawab untuk
membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenalpasti prinsip atau fakta

yang terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru tidak digalakkan untuk memberikan sebarang penerangan atau
menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid, melalui aktiviti soal
jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang
dikemukakan.
Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu
kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
berbagai-bagai mata pelajaran. Pendekatan induktif berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran bahasa adalah lebih dikenal sebagai pendekatan gramatikal yang
memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh struktur
penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu
kesimpulan mengenainya dilakukan. Pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian
atau penemuan yang melibatkan proses memerhati, mengkaji, menganalisis aspek
bahasa itu diawal pembelajaran dan dirumuskan daripada data-data yang telah
dipelajari itu.Ini bermakna, guru-guru tidak digalakkan member definisi serta
menerangkan

isi

pembelajaran

secara

keseluruhan

kepada

murid,

tetapi

hanyamengemukakan soalan, bertanya, berbincang dan memerhati atau sebagainya


dan diakhir pembelajaran, guru hanya membuat generalisasi.

2) Pendekatan Deduktif
Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang
bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan
diikuti dengan aplikasinya terhadap contoh-contoh yang khusus. Kadangkala,
pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau
generalisasi yang baharu daripada rumus, prinsip, hukum atau teori yang telah
diketahui. Kaedah deduktif yang berdasarkan kepada pendekatannya merupakan
kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi
kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih

prinsip, rumus, hukum teori atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk
diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan deduktif mengkehendakkan pelajar


mempelajari peraturan dan diberikan maklumat tertentu tentang bahasa yang hendak
dipelajarinya

itu

kemudiannya

mengaplikasikan

peraturan-peraturan

tersebut.

Pendekatan ini menekankan kepada pembelajaran peraturan-peraturan nahu bahasa


Melayu. Dalam pengajaran bahasa Melayu, pendekatan ini menyarankan bahawa
analisis

rumus-rumus

tatabahasa

diperkenalkan

dahulu

sebelum

membuat

mengaplikasikannya. Pendekatan ini menutamakan generalisasi dilakukan pada


peringkat awal pengajaran sebelum bergerak kepada contoh-contoh. Secara literalnya,
sebelum penggunaan pendekatan deduktif ini dilakukan dalam sesi pengajaran, guru
hendaklah memberitahu murid tentang objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid
dibimbing untuk mengingati kembali rumus, hukum, prinsip, teori atau apa sahaja yang
berkaitan agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan
kesimpulan yang baharu.

3) Pendekatan Integratif
Pendekatan integratif adalah bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran
pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran
asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza, menghargai
unsur kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat
yang sama. Berbanding dengan kaedah pembelajaran langsung seperti kuliah dimana
murid-murid kita dikehendaki duduk dan dengar, pendekatan integratif memerlukan
mereka untuk berfikir, mensintesis dan memberikan gerak balas terhadap apa yang
diajar. Beberapa prinsip pendekatan integratif boleh dilaksanakan dan dijadikan rujukan
dalam mencari pendekatan yang terbaik dalam pengajaran dengan menggunakan

kaedah ini. Pertama dengan memberikan penumpuan kepada strategi pemusatan murid
dengan memberikan kuasa kepada murid-murid bagi menggalakkan pembinaan
hubungan. Kedua ialah Prinsip penggunaan pelajaran aktif dengan memberi muridmurid mengaplikasi teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.
Ketiga, peranan guru sebagai fasilitator. Keempat ialah keutamaan yang diberikan
kepada kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Kelima ialah peluang
untuk kerja berpasukan dan yang terakhir ialah penggunaan teknologi dalam
menyiapkan tugasan atau projek.

4) Pendekatan Tematik
Di dalam pendekatan aktiviti pengajaran di peringkat sekolah rendah, pendkatan
tematik sering digunakan dalam pengajaran bahasa. Strategi pengajaran tematik
adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran dalam kumpulan, khasnya kumpulan
mengkut pelbagai kebolehan. Mengikut Louis Cohen, dan Lawrence Manian 1983,
pendekatan tematik adalah amat sesuai untuk digunakan sebagai proses perbincangan
tema dalam aktiviti kumpulan. Tema yang dipilih dalam perbincangan kumpulan akan
menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran dengan aktiviti pembelajaran
secara kumpulan. Sehubungan dengan itu, strategi pengajaran secara kumpulan yang
menggunakan pedekatan tematik boleh dilaksanakan dengan menggunakan tiga cara

iaitu yang pertama, tema dipecahkan kepada beberapa sub topik dan kemudiannya
dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cedas, sederhana dan lambat. Kedua,
tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan yang
mempunyai pelbagai kebolehan. Dan yang ketiga ialah tema yang berbeza tetapi saling
lengkap-melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
Walau apapun cara yang dilakukan, selepas perbincangan, dapatam-dapatan
hendaklah dibentangkan oleh wakil kumpulan masing-masing dalam kelas supaya
semua murid dapat menghayati hasil pebincangan diantara kumpulan serta dapat
membuat kesimpulan dengan lebih tepat.

5) Pendekatan Eklektik
Perkataan eklektik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu eclectic yang
membawa maksud penggunaan atau pemilihan yang tidak terbatas kepada satu
sumber. Dibawah konteks pendidikan, konsep pendekatan eklektik merupakan
gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dalam kelas. Pendekatan elektik sering digunakan
dalam pelajaran yang memerlukan strategi pengajaran untuk mengajar rumus, prinsip,
hukum, konsep dan sebagainya. Oleh yang demikian, pedekatan ini menggabungkan
pendekatan induktif dan deduktif.

Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini adalah


bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
seimbang, berkesan dan berfaedah. Pendekatan eklektik mempunyai beberapa
kelebihan. Antaranya ialah pendekatan ini adalah sesuai untuk digunakan untuk kelaskelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Ini secara tidak
langsung

dapat

mengurangkan

kelemahan-kelemahan

yang

terdapat

didalam

pendekatan-pendekatan tersebut. Disamping itu jua, pedekatan eklektik juga sesuai


digunakan sebagai strategi pengajaran untuk aktiviti kumpulan, khasnya semasa
melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan secara serentak.

6) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif pula adalah berpusat kepada bentuk-bentuk komunikatif
seperti mana yang diperlukan dan diamalkan dalam kalangan masyarakat pada hari ini
seperti meminta maaf, bercerita, melapor, berjanji dan sebagainya. Ahli-ahli yang
cenderung dengan pendekatan komunikatif ini adalah seperti K. Johnson dan W.
Littlewood. Mereka berpendapat bahawa matlamat uatama orang mempelajari bahasa
adalah supaya mereka boleh menggunakan bahasa itu untuk berkomunikasi iaitu
menggunakan bahasa untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain dalam
pelbagai situasi. Pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif disusun

mengikut fungsi komunikatif seperti meminta, menjemput, menyatakan, member arah


dan sebagainya. Fungsi komunikasi ini pula disusun serta diajar mengikut apa yang
diperlukan oleh pelajar untuk menolong mereka supaya boleh berkomunikasi didalam
bilik darjah atau dalam kehidupan yang sebenar dengan lebih berkesan.
Disamping itu, struktur bahasa juga diajar sebab murid tidak akan dapat
berkomuniksi dengan berkesan jika mereka tidak mempunyai kecekapan dalam
berbahasa. Struktur bahasa yang hendak diajar hendaklah sesuai dengan fungsi
komunikasi yang dipelajari. Dalam pendekatan komunikatif, penguasaan bahasa yang
paling tinggi ialah penguasaan berkomunikasi. Ini bermakna, pelajar mestilah
mempunyai kebolehan untuk membuat pilihan terhadap struktur ayat yang sesuai untuk
konteks bahasa yang tertentu dan mengenal fungsi komunikasi di dalam ayat tersebut.
Ini secara tidak langsung akan melibatkan kecekapan tatabahasa, kecekapan
sosiobudaya dan kecekapan wacana.

STRATEG
I
PENGAJAR
AN

Konsep Strategi.

Mengikut kamus dewan 1998, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk
kepada kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah
dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang
telah ditentukan. Dengan perkataan yang lain, strategi pengajaran dan pembelajaran
merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan kepada
sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Sebenarnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.
Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad dalam bidang kepada
perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, didalam
sesuatu waktu

pelajaran, strategi pengajaran dan

pembelajaran merangkumi

pertimbangan-pertimbangan seperti :
i.
ii.

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.


Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang

iii.

ditentukan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan

iv.

mengikut prinsip dan teori pembelajaran.


Penaguihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara

v.

optimum.
Penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah

vi.

dan teknik mengajar.


Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,


menyusuan dngan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan
pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan
daripada beberapa contoh yang berikut :
i.

Startegi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa, misalnya

ii.

pertuturan, membaca dan menulis.


Strategi penyerapan nilai-nilai murni

iii.
iv.

matapelajaran.
Strategi integrasi fakta-fakta dalamberbagai-bagai mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah

v.

kumpulan.
Strategi penggabungjalinan kemahian-kemahiran pelajaran dalam kelas

dalam

pengajaran

sesuatu

bercantum.

Secara konseptualnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangn teori


pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

Strategi-Strategi Pengajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori


yang utama iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi
pemusatan bahan pelajaran strategi pemusatan tugasan dan aktiviti.

A) Strategi Pemusatan Guru


Strategi

pemusatan

guru

adalah

merupakan

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dibawah strategi
pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Didalam bilik
darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran iaitu guru
banyak memberi penerangan manakala murid pula hanya duduk mendengar. Kaedah
keseluruhan kelas, menerang, mendemonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran
berkumpulan dan sesetengah kemahiran pelajaran yang berpusatkan guru dalam
pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan
guru.

Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru

i.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang

ii.

penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.


Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah secara sehala. Guru

iii.

banyak bercakap manakala murid hanya banyak mendengar.


Ciri kepemimpinan guru adalah bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang
untuk menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak dan

iv.

memberikan arahan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

v.

pengajaran guru sahaja.


Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

vi.

murni atau perkembangan emosi.


Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan

vii.

peperikasaan.
Teknik mengajar guru hanya ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta
secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan

viii.

menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi.


Interaksi antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat

ix.

dipupuk.
Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari

x.

segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.


Dibawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak
berinisiatif.

B) Strategi Pemusatan Murid

Dibawah strategi pemusatan murid, murid perlu memainkan peranan yang utama
dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan

diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah. Guru
merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau secara individu. Didalam proses
pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, l bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran menjadi
pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid.

Ciri-ciri strategi Pemusatan Murid

i.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang


penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid

ii.

menjalankan aktiviti pembelajaran.


Komunikasi dan interaksi diantara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru
menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan
bertindak balas dengan memberikan jawapan mereka terhadap soalan yang

iii.

telah diutarakan oleh guru kepada mereka.


Ciri kepemimpinan guru di dalam bilik darjah adalah bersifat demokratik. Muridmurid senantiasa digalakkan untuk memberikan pendapat mereka. Guru banyak
menggunakan

kaedah

perbincangan

dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran.

iv.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapain objektif

v.

pembelajaran murid-murid.
Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, sosial dan jasmani.

vi.

Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk

vii.

mengkaji kelemahan-kelemahan murid.


Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupayta

viii.

membuat kesimpulan.
Peluang interaksi antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif

ix.

seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.


Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari
segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Dibawah strategi pemusatan
murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

C) Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya


boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta,
graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan
projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti
pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat uji kaji dan
computer.

Dibawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan


peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran . dengan

menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih


mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Manakala, murid-murid pula boleh
memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendirian atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di
antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran
ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan
video, pengajaran terancang pula melalui mesin-mesin mengajar seperti komputer dan
modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan yang bercetak.

Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran adalah berkait rapat


dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi
atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti
transparensi dan projektor atau komputer riba. Sesetengah strategi pengajaran
pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid.
Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri-penemuan, kaedah penyelesaian
masalah dan kaedah projek yang perlu melibatkan penggunaan radas dan bahanbahan pembelajaran yang lain.

Ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran

i.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan


peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada
penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Komunikasi dan
interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, diantara
murid dengan bahan pembelajaran.

ii.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan


kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi ini menekankan kepada perkembangan kognitif, jasmani, sosial dan
emosi. Penggunaan alat bantumengajar dapat membantu murid memahami
konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan
pembelajaran, murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan
bahan pelajaran yang canggih. Disamping itu mereka dapat memupuk semangat
berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau

iii.

pertolongan guru.
Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna,
menarik serta berkesan. Peluang interaksi antara murid adalah banyak. Sifatsifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melihatkan
penggunaan bahan pembelajaran untuk menghasilkan sesuatu projek atau

iv.

menjalankan sesuatu ujikaji.


Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman secara langsung. Dengan
adanya bahan-bahan pelajaran, maka ilmu abstrak dapat dikaitkan dengan
situasi yang konkrit.

D) Strategi Pemusatan Tugasan Dan Aktiviti.

Strategi berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh


Merrill. Sebagai langkah pertama, murid-murid diberikan satu tugasan yang merupakan
masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Sebagai alternatif, hasil
pembelajaran atau masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan oleh mereka

diakhir satu-satu urutan pembelajaran juga boleh diberi sebagai menggantikan


masalah. Dalam hal ini, harus diingatkan bahawa ,murid-murid seeloknya dibawa
secara ansur maju untuk melalui masalah-masalah yang mempunyai aras kesukaran
secara meningkat. Melalui cara yang sedemikian, maka murid-murid akan lebih
berupaya untuk manangani masalah-masalah yang diberi.

Ciri-ciri strategi pemusatan tugasan dan aktiviti

i.

Murid-murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang ditunjukkan oleh


guru.

ii.

Murid-murid mengaplikasikan pengetahuan baharu.

iii.

Murid-murid meyepadukan pengetahuan baharu dalam kehidupan seharian


mereka. (Integrasi)

iv.

Murid-murid mengambil bahagian dalam strategi pengajaran pemusatan tugasan

KAEDAH
PENGAJAR
AN

Konsep Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara ataupun peraturan yang digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu
siri tindakan guru yang sistematik, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik
dalam jangka masa pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara
mendekati sesuatu objektf pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun. Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada
satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna, kaedahkaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan
kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori
pembelajaran. Misalnya, di dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, iaitu
pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang
mengandungi lima prosedur yang disusun seperti mengenal pasti masalah, merancang
penyelesaian, mengumpul maklumat, membuat tafsiran dan membuat kesimpulan.
Di dalam sesuatu pendekatan, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh
digunakan. Oleh yang demikian, selain daripada kaedah inkuiri-penemuan, guru juga
boleh menggunakan kaedah Socrates, kaedah induktif, kaedah penyiasatan, kaedah
kerja praktis, kaedah dapatan dan sebagainya dalam pendekatan induktif.

TEKNIK
PENGAJAR
AN
Konsep TeknIK
Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk
kepada suatu muslihat atau strategi atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru
dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Menurut Kamus
Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,

karang-mengarang dan sebagainya. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknikteknik mengajar yang biasanya digunakan oleh guru ialah teknik bercerita, bersyarah,
perbincangan, demonstrasi, latih tubi, hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan,
simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcaraan, sumbangsaran, permainan dan
sebagainya. Kaedah mengajar boleh menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu
dilaksanakan dengan satu teknik yang sesuai. Misalnya, prosedur kaedah bercerita
boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan. Demikian juga
dengan prosedur-prosedur kaedah penyoalan, kaedah syarahan dan sebagainya.
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam suatu situasi pengajaran
ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan pemerhatian serta membangkitkan rasa
ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh yang demikian, teknik
pengajaran yang dipilh haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan
serta minat seseorang murid itu. Dalam hal ini, pemilihan bahan pelajaran yang sesuai
hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Misalnya, mengikut kajian Piaget,
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik
mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep pembelajaran
kepada mereka ialah teknik bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai
bahan konkrit. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras
kemahiran objektif pelajaran.

Contoh-contoh lain bagi teknik pengajaran :


i.

Teknik TOC ( Theory of Constraints ), digunakan untuk membantu pelajar


menyelesaikan masalah sama ada ciri peribadi mahupun ciri akademik. Dengan
penggunaan teknik TOC ini, para pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir

dan komunikasi secara lebih sistematik, logikal, tepat dan mudah dalam proses
penyelesaian masalah.
ii.

Teknik awan, iaitu teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya.
Teknik ini banyak menggunakan kaedah dan teknik mengajar seperti main
peranan, perbincangan, sumbangsaran dan pemudahcaraan.

iii.

Teknik sebab dan akibat adalah teknik yang digunakan untuk membimbing
pelajar mimikir tentang akibat sesuatu idea, tingkah laku, kejadian dan
sebgainya. Disamping itu, teknik ini juga digunakan untuk membimbing pelajar
membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya dari
sesuatu masalah yang timbul. Teknik sebab dan akibat ini banyak menggunakan
kemahiran berfikir secara kritis dan kratif serta reflektif, bersama dengan alat
berfikir dalam bentuk carta, peta minda dan pengurusan grafik.

iv.

Teknik mencita-citakan kejayaan pula merupakan teknik yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan
teknik merancang secara kolaboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir
secara sistemati dan logikal.

Anda mungkin juga menyukai